Followers

Thursday, October 30, 2008

Sungai Buloh

Minggu lepas 24 Oct, Jumaat aku mengikuti rombongan site visit ke Sungai Buloh. Jam 10.00 pagi kami berkumpul Foyer Tower S& T untuk ke Sungai Buloh. Mr. Sim daripada Vamed membawa kami untuk site visit new campus at Sungai Buloh.. Vamed adalah syarikat yang akan design lab di Sungai Buloh bila kampus baru siap nanti. Kami ke Sungai Buloh untuk melihat bangunan yang tengah dalam pembinaan. Rombongan seramai 11 orang daripada fakulti dan staf Vamed yang turut serta dalam site visit ini. Kami bertolak dari Shah Alam jam 10.20 pagi dan tiba jam 11.20 pagi di tapak pembinaan. Di tepi tapak pembinaan, di luar pagar jumpa kuil Hindu, betul2 tepi jalan..wah! besar jugak.

Tapak bangunan ini dahulunya timbul banyak kontroversi..:-) Sekarang semua dah settled. Dulu tempat tersebut adalah leprosy colony. Dalam pembinaan sekarang ada 4 buah bangunan. Bangunan CTC, IMMB, residential collage dan kuarters kediaman. Yang paling best jabatan aku ada bangunan sendiri! Tak perlu share bangunan dengan jabatan lain..hehehe. Bangunan baru nanti sudah pasti lebih luas dan selesa.. Boss mesti tak jumpa cari staff nya kalu ‘mengular’..hahaha..oopsss..

Kami di beri penerangan tentang progress pembinaan bangunan oleh Mr. Teo dari Tunas Selatan Consortium Sdn. Bhd. Beliau memberitahu buat masa sekarang lebih kurang 20% dah siap. Dijangka Ogos 2009 kami akan menduduki bangunan tersebut.


pandangan di luar pagar kawasan pembinaan

signboard pemberitahuan

menapak menuju ke Office sementara

pandangan dari atas bukit

bergambar dulu:-)

berjalan menuju ke office

kedatangan kami disambut oleh Mr. Teo

antara rumah tinggalan leprosy yang dijadikan office sementara

Mr. Teo menunjukkan sesuatu kepada boss aku

yang lain turut berminat untuk tahu, apakah yang Mr. Teo tunjukkan? (background adalah antara rumah2 tinggalan pesakit leprosy)

immb di hadapan, dibelakangnya ctc

tunas selatan

model bangunan di atas kertas

model bangunan dalam cermin kaca

pandangan sisi

mendengar taklimat dalam confrence room sambil minum nescafe panas..

CTC
CTC mempunyai 6 floors, bangunan yang besar dan luas..mungkin akan share dengan Research Lab.. kat situ nanti akan ada offices, labs, clinic dan sebagainya..

CTC

CTC sekarang, tengah disiapkan

IMMB
IMMB ada 3 floors. Top floors akan ada animal house. Animal house ini mungkin akan menggunakan concept seperti di Australia, (yake? memandai jer aku)..hehehe..sebab rumah haiwan ni tak buat atas tanah tapi dalam bangunan. Pada aku system ventilation dan cages mesti bagus, pasti ok walaupun animal house di dalam bangunan. Selain itu akan ada offices, labs dan sebagainya.


IMMB

immb sekarang tengah disiapkan

Residential Collage
Residential collage ada 10 floors. Di sini akan ditempatkan postgraduate students, under graduate students, guest house (ada ke?, x pasti). Akan dilengkapi dengan gymnasium, café , seperti Starbuck kot..:-) dan pelbagai kemudahan lain sesuai sebagai tempat kediaman. Semuanya dalam satu bangunan. Senang la kalu warden asrama nak buat spot check students..hehehee. (ini cerita tokok tambah sendiri).

Residential collage

Kuartes Kediaman
Dibina 3 unit kuarters 1 tingkat.. Ini untuk kediaman pegawai.

Selain itu Mr. Teo menceritakan serba sedikit perihal sejarah kawasan tersebut kepada kami dan apa yang ada di atas tanah milik UiTM itu. Keluasan tanah lebih kurang 40 ekar. Dalam tanah ini masih ada lagi rumah-rumah bekas leprosy yang tidak demolish, masih dikekalkan. Sekarang ini digunakan sebagai pejabat sementara kontraktor. Mr. Teo kata, bila hand over bangunan kepada UiTM, terpulanglah kepada UiTM nak buat apa dengan rumah-rumah tersebut.

Aku cadangkan lebih elok dibaik pulih dan buat guest house ke / chalet ke/ rumah warden ke.. ok apa?. Pastu tak payah membazir duit bina rumah baru untuk warden, kan kan? Tak pun jadikan pejabat untuk orang pembangunan dan maintenance..bentuk asal rumah dikekalkan. Ada juga kesan peninggalan leprosy boleh dilihat kat situ… peace!

Menurut Mr. Teo banyak lagi kawasan hijau yang belum diterokai. Bagus gak kalu tak terokai, sejuk mata memandang hutan hijau dibelakang bangunan :-) Depan bangunan pastinya jalan raya dan tersergam Asrama Kolej Sains Kesihatan Bersekutu KKM.

Beliau memberitahu bahawa nanti akan dibina surau dalam kawasan ini. Melihat kepada plan, agak jauh juga dari kawasan bangunan, di hujung kawasan tepi pagar dalam tanah UiTM. Kalu berjalan kaki..penat jugak tu.

Selain itu di telah terdapat satu lagi rumah ibadat non muslim dalam tanah UiTM. Mungkin masa beli tanah, rumah ibadat tu termasuk sekali dalam kawasan tanah yang dibeli. Kata Mr. Teo rumah ibadat tu masih digunakan seperti biasa. Nanti akan dibuat pagar untuk memisahkan dan bagi membolehkan orang awam berkenaan guna..hmmm..

Selain itu ada pelbagai lagi rumah ibadat lain sekitar/ sekeliling tanah UiTM ini seperti kuil hindu, buddish tample, church.. pastu sekitarnya pulak ada cemetry Buddish, Hindu,, Muslim, and Christian. Multi culture sungguh..huh!

Sebab apa kat situ multi culture? Kerana kat situ dah lama leprosy colony ada, zaman 1920 an lagi. Mereka diasingkan ke situ. Siap ada hospital leprosy sendiri, ada balai polis sendiri dan sebagainya. Zaman dulu belum ada vaksin lagi untuk penyakit ini, jadi untuk elakkan daripada berjangkit, mereka diasingkan. Namun sekarang sudah ada vaksin dan penyakit ini telah berkurangan. Pengidap leprosy ni bukan semua muslim.. jadi banyak la rumah ibadat dan perkuburan masing- masing yang dibina sejak dulu lagi. Nampaknya bila dah kerja kat sini nanti tak boleh nak stay lama2 di office lepas waktu keje.. kena balik awal..serammm..huhuhu..(cerita dongeng aku jer)

selepas taklimat, masa untuk pulang..kena turun tangga la

menaiki bus untuk pulang

Berdekatan kampus Sungai Buloh ini juga banyak nursery, jual pokok bungaan dan pokok tiada bunga..hehehehe.. Boleh la shopping bunga-bungaan kalu duduk situ nanti..kekeke..

Begitula sedikit gambaran tentang tempat keje aku nanti, yang mana berdekatan dengannya ada kolej & asrama sains kesihatan bersekutu KKM, ada hospital Sg. Buloh dan Makmal Kesihatan awam. Teruja nak pindah ke tempat baru, wahai kawan-kawan?? Pada awalnya aku teruja la jugak sebab tengok bangunan baru sedang disiapkan, ada bangunan sendiri pulak tu. Selepas mendengar taklimat, tahap keterujaan agak berkurang..sebab surrounding nya agak kureng sikit..hehehe.. Apa2 pun kena pikir positif.. tak gitu?..lalalala..

----------------------------------

Bangunan akademik fakulti akan dibina pada Phase 2, bila???? Aku pun tak tahu...hahaha.. JKR tak umum lagi siapa yang dapat tender..hmmm. lambat lagi la bangunan fakulti nak siap.. sabar la ye!

Kepada yang datang ke Sungai Buloh, jangan lupa singgah di Restoren de’Chiengmai. Masakan Thai yang lazat!

2 comments:

Anonymous said...

Che Sue, moga lebih bersemangat kerja di tempat baru. Menarik betul ya plan UiTM untuk bangunkan tanah tu. Walaupun belum siap sepenuhnya, staff dah kena berpindah ke sana?

Anonymous said...

nurulhuda: TQ. Staf berpindah ikut fasa yang dah siap.