Followers

Friday, April 15, 2011

imtihan

As Salam. musim imtihan telah tiba lagi dan aku jugak tidak terkecuali.. dulu pekerja sekarang pelajar & pekerja.. semoga Allah permudahkan segalanya urusan di dunia & akhirat.. selamat menghadapi imtihan kepada semua, semoga najah dengan cemerlang.. doakan kejayaan bersama..

Tuesday, March 8, 2011

shah alam

As Salam

berbulan saya tidak menulis disini.. hari ni seharian di Shah Alam kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. mulanya mahu menyelesaikan satu urusan. Namun menjadi 4 urusan, yang kelima tidak dapat diselesaikan.. kerana sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah, selesai 4 urusan sudah memadai. datang ke shah alam bertiga. saya menyiapkan urusan sendiri, member dua orang menyiapkan urusan kerjanya.

kemudian ketemu ummi Farisha di fakulti, setelah berbulan tidak berjumpa..kali terakhir ketemu di penghujung disember 2010. Pelbagai cerita dikongsikan bersama ummi farisha.. bila bercerita, rasa tak cukup sehari untuk habiskan semua cerita..hehehee.. insyAllah ada kelapangan masa bisa bertemu lagi. ummi farisha dah ada blog baru, blog baru berkisar tentang keluarganya.. teruskan menulis ummi farisha.

suasana di fakulti dah banyak berubah, sunyi dan tak ramai orang... fakulti bersebelahan masih seperti dulu ramai dengan pelajarnya..bangunan pun dah bertukar nama sekarang ni. waktu petang fakulti-fakulti bersebelahan masih sibuk dengan pelajar untuk sesi kelas malam.. tak pernah sunyi...

kalu di sungai buloh, waktu petang begini menghampiri jam 7pm suasana agak sunyi, semua staf dan pelajar dah pulang ke rumah dan hostel masing-masing. sekejap lagi saya juga akan turut pulang ke sungai buloh. urusan kami bertiga telah selesai untuk hari ni.. urusan hari esok, telah sedia menunggu.. sehingga jumpa lagi di lain waktu.. wasalam

Saturday, January 1, 2011

tahun baru 2011

Selamat tahun baru 2011. Semoga tahun yang datang ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga azam tahun ini lebih sukses hendaknya.. Menyambut tahun baru 2011 di putrajaya..alhamdulillah.. Kepada semua sekali lagi di ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. wasalam zd 1.1.2011, 2.14am, presint 8, putrajaya