Followers

Friday, October 2, 2015

korea

Pertukaran Belia Malaysia - Korea 2014

Memasuki bulan Oktober 2015, terimbau kenangan setahun yang lalu semasa ke Korea pada bulan Oktober 2014. Pastinya tahun ini di bulan yang sama, akan berangkat delegasi Malaysia ke Korea. Bulan oktober adalah musim Autumn (luruh)  di Korea. Suhu agak sejuk. Semasa kami ke sana tahun lepas, suhu diantara 10 Celsius- 11 Celsius.

Tahniah kepada delegasi Malaysia seramai 15 orang yang akan ke Korea dalam bulan Oktober 2015. Anda semua adalah duta kecil Malaysia ke Korea.

 courtesy visit at MOGEF


 bersama keluarga angkat maing-masing

 dalam kawasan istana 

 hanbok

name tag dan buku program untuk 10 hari


i love Korea! 


makanan Korea

last day, di airport ketemu artis Running Man (Ha Ha & Jong Kok)

In Sha Allah, dapat melihat musim luruh yang cantik dengan daun bertukar warna sepenuhnya di penghujung Oktober sebelum dedaun gugur ke bumi. Rindunya Korea bila teringatkan udara dingin yang nyaman dan daun-daun pokok bertukar warna menjadi kekuningan.. Rindu pada keluarga angkat, nak berjumpa lagi! Rindu pada makanan Korea! Rindu semuanya..

Pengalaman 10 hari yang sangat awesome! Kami dibawa melawat banyak tempat, singgah di daerah yang berlainan dan bertemu keluarga angkat. Pelbagai kenangan, ilmu dan pelajaran yang boleh dipelajari dan diteladani bagi yang suka melihat, memerhati dan berfikir..  Segala yang baik boleh dijadikan contoh dan teladan manakala yang kurang baik boleh dijadikan sempadan.
In Sha Allah, akan melawat Korea lagi satu hari nanti.. Ginger wait for me!

i Love Korea. (^_^)







October 2015





Bulan yang significant dalam hidup ini. Hari kelahiran pada hari 2 October. Terima kasih buat emak yang melahirkan, membesarkan, mendidik serta sentiasa mendoakan anaknya ini sepanjang masa.. Semoga menjadi anak solehah.
Terasa usia semakin singkat dengan pertambahan bilangan umur. Semoga Allah kurniakan usia yang diberkati.. Aamin.

Terima kasih buat ahli keluarga dan semua yang mengirimkan ucapan dan mendoakan. Semoga Allah membalas kebaikan yang sama dan lebih lagi. Amin.

Selamat Hari Lahir Zuraini!

hostel


kunci bilik 


Bermula Oktober 2015, aku akan menginap di hostel selama sebulan. Percubaan sebulan dahulu. Jika selesa mungkin akan tinggal lebih lama. Kembali meneruskan hidup sebagai pelajar. Bertabahlah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Amin.. 


Friday, February 27, 2015

pertama 2015

Bismillah..

Entry pertama untuk tahun 2015 setelah tidak menulis bertahun-tahun lamanya.

Berusahalah!  Insha Allah, berjaya.