Followers

Thursday, September 25, 2008

balik kampung..


Sabtu, 27hb Okt.. aku dan kakaks akan bertolak pulang ke kampung..perjalanan yang melebihi 8 jam bakal ditempuhi.. Semoga Allah permudahkan dan memberkati perjalanan ku ini..Ameen..

Sehingga itu blog tidak akan di updates (ada ke orang baca blog aku ni??) tunggu la selepas kembali semula ke Shah alam ni..blog akan di update seperti biasa..

Oleh itu aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sehingga ke penghujung Ramadhan dan selamat menyambut hari raya Eidul Fitri kepada semua umat Islam seluruhnya..


SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI 1429H
MAAF ZAHIR & BATIN

Wasalam

-daripada Aku & keluarga-

Tuesday, September 23, 2008

dewan senat..berbuka posa

Sekitar jam 0900, aku menerima panggilan telefon dari Datin Seri..dia suruh aku mewakilkan dia meeting di bilik mesyuarat bangunan Canseleri jam 1430 nanti…aku pun menyetujuinya kerana ada kelapangan waktu ..Selepas talian dimatikan, barulah aku terfikir, bilik mesyuarat kat Canseleri banyak..bilik meeting aras berapa ni, bilik meeting mana satu ni??.aku bukannya selalu pergi meeting/ berurusan di bangunan canseleri tu..jadi sedikit tidak arif tentang tempat di sana..

Jam 1420 aku tiba di Canseleri..naik lif ke tingkat 4, jumpa kawan aku di pejabatnya kerana ingin bertanyakan pasal bilik meeting tersebut..member aku dengan baik hatinya menelefon bahagian korporat untuk mendapatkan kesahihan tempat mesyuarat.. selepas mendapat kesahihan, rupanya bilik mesyuarat di tingkat 4, meeting dalam Dewan Senat..senang urusan ku.. Dewan Senat ni, yang terawal ditemui kalu melangkah masuk ke aras 4, bangunan Canseleri.

dewan senat, aras 4, bangunan Canseleri

dalam dewan senat

bermesyuarat

Kali pertama aku jejak kaki dalam Dewan Senat..cantik juga dewan ini..menunggu meeting dimulakan..agak lewat....sabor je la.. tak lama selepas itu chairman tiba..meeting terus dimulakan dan semuanya berjalan lancar..meeting ni adalah berkenaan pasal jamuan raya perdana 1429 H. Tarikhnya 17 Oktober 2008, jam 1500, selepas solat Jumaat..bertempat di padang kawad..katanya 14 buah khemah akan disediakan untuk gerai juadah hari raya..kehadiran dijangkakan 3,500 orang.. Kepada semua warga uitm staf & student dijemput hadir.. makan free, macam2 menu ada, menu utama semestinya satay untuk 3500 orang.. menu dari seluruh negeri dalam Malaysia pun ada ..penuh dengan makanan la gamaknya..

17hb Okt, PEWANI buat jamuan hari raya juga, start jam 0800, bertempat di Padang Pusat Islam. Hari jumaat tu nanti, semua keje tak jalan la..semua staf pegi majlis makan2..hehehe..Yang pasti aku berada di luar daerah pada tarikh itu.. tak dapat la turut serta..huhuhu..

Berbuka posa..

Fakulti aku mengadakan majlis berbuka puasa hari ini..jemput semua lecturers, staffs & students..majlis bermula jam 6.00pm. Aku antara yang hadir ke majlis tersebut..mewakili jabatan sebab member-member yang lain semua nak balik berbuka puasa di rumah..

Oleh kerana terleka a.ka. ralit, jam 7.06pm baru aku turun ke foyer untuk menyertai majlis berbuka posa..aku bergegas turun dengan lif..yelah.. dah lambat..kalut la jadinya.. Sampai-sampai sahaja di foyer, students dah memenuhi meja yang disediakan, duk menunggu waktu berbuka..

students menunggu untuk berbuka posa

Aku terus ke bawah khemah yang disediakan..mencari rakan sekerja yang lain..rupa-rupanya diaorang dah duduk di meja masing2.. aku kira lambat laa..tapi tak menjadi masalah..janji aku hadir untuk berbuka posa.. meja kebanyakkannya sudah penuh, aku duduk semeja dengan students.. duduk sekejap untuk berbuka posa.. berbuka puasa disediakan kurma, roti jala dan kuih muih sahaja..mana makanan lain??:-)


lecturers berbuka posa

staffs berbuka posa

students berbuka posa

lecturers (berbuka gak, tapi tak posa :p)

VVIP- bersongkok hitam

Selepas berbuka posa dengan juadah ringan, solat maghrib diadakan di foyer, beralaskan tikar dan berbumbungkan khemah sahaja.. Tetamu jemputan dan VIP Dato’ Seri VC turut bersolat maghrib di situ..

Selepas solat maghrib, barulah makanan utama dihidangkan.. menunya nasi tomato kalu tak silap aku..semua orang menjamu selera..aku duduk semeja bersama rakan sekerja yang lain.. Selepas makan, ada ucapan daripada Dean & Vice Chancellor.. selepas sesi bergambar, VIP berangkat pulang..seterusnya di sambung dengan solat isyak & solat terawih..yang meramaikan solat terawih adalah students..hehehe.. menghampiri jam 2200 barulah aku pulang ke rumah..

Saturday, September 20, 2008

emcee..

pendaftaran peserta awal pagi

emcee, rostrum rendah sikit j er..:p

S/u program yang berdedikasi

tanda & kira markah tresure hunt

tengah menulis khat

tulisan khat

Ust. Idris CITU, juri azan & iqamat

memperdengarkan bacaan hafazan

antara peserta hafazan

Johan Tilawah- Qariah

Johan Syarahan

penasyid CKL20

penasyid year 5

penasyid year 2

penasyid Al- Barr

Johan Nasyid-Sahmura Firdausi

penonton setia

Terima kasih - Juri nasyid

tukang ambil gambar (johan tulisan khat), berbaju merah (penonton setia), songkok hitam (johan tilwah-qari), sebelah songkok hitam ( johan hafazan-student engineering)

tahniah kepada pemenang

antara pemenangnya.. eh! emcee kat belakang tu korek idung ke??

Ajk- sesi bergambar

akhawat beratur ambil makanan berbuka posa

ikhwah beratur ambil juadah berbuka posa

tengah tunggu waktu berbuka posa.. selamat berbuka posa semua:-)


Hari ni Sabtu, 20 Ramadhan. Jam 0700 aku dah keluar rumah..pergi kerja yang tak bergaji...kat fakulti aku ada program Penghayatan Bulan Ramadhan 1429H..program bermula jam 0800, dianjurkan oleh Biro Kebajikan & Kerohanian. Program ini untuk warga fakulti termasuk lecturer, staf dan student.. ada gak budak fakulti lain yang berminat menyertai program ini..kira sambutan meluas gak ler..:-). Ini kali ke2 program diadakan kerana kejayaan program pada tahun lepas.. Tahun ni aku jadi emcee lagi..seharian jadi emcee..ponat, berkeroncong perut den..padahal tak best pun aku jadi emcee..hahaha.. tahun depan kena tukar orang lain pulak ..biro kena cari emcee baru la nampaknya:-).. Adalah peluang aku nak menyertai semua acara yang dipertandingkan..kuang3x..

Ramadhan 1429H ni lebih banyak program dipertandingkan..antaranya ialah tilawah al-quran, hafazan, azan & iqamat, menulis esei, kuiz terkumpul, tulisan khat, kuiz jejak rasul, treasure hunt, syarahan, teka silangkata & nasyid. Tahun ni aku incharge untuk treasure hunt.. tahun lepas incharge menulis esei..Program paling awal bermula selepas perasmian ialah treasure hunt..kena start awal pagi sebab semua peserta masih bertenaga..hehehe..

Treasure hunt sekitar kompleks S&T, nasib baik soalan yang diberikan sonang-sonang ajo..bagus gak dalam bulan posa ni exercise sket:-)..pastu peserta boleh menambahkan maklumat tentang universiti, fakulti, pihak pengurusan, students dan sekitarnya.. ini tidak, pergi keje, buat keje sendiri jer..atau pegi kelas, belajar jer.. dekan pun tak kenal..ye ke ada yang tak kenal dekan??..rasanya semua kenal.. saja lah kalau tak kenal siapa dekan fakulti!

Lepas treasure hunt, ada pertandingan tulisan khat…pada aku tulisan khat kamitaken lagi cantik..:-). Pastu pertandingan hafazan, azan & iqamat.. berhenti solat zuhur.. sambung pulak tilawah al-quran. Kemudian syarahan.. aku masuk pertandingan syarahan..tapi tak menang pun..huhuhu..Alasan aku masuk pertandingan syarahan ni sebab kawan aku yang incharge syarahan bagitau tak ramai peserta..jadi untuk meramaikan peserta aku pun daftarlah syarahan..tajuk tak tahu lagi.. tak prepare apa pun.. dia kata ada banyak tajuk antaranya Lailatul Qadar & kelebihannya..jadi aku pun pilih la tajuk tu sebab pernah terbaca pada lailatul qadar.. balik office jap, ambil nota..kena study la, kang tak pasal2 keluar benda lain lak masa bersyarah..bawa nota, tapi nak concentrate baca tak dapat la..sebab keje aku jadi emcee majlis...huhuhu.. baca apa yang sempat..ambil isi yang mana perlu jer..Aku tengok semua peserta hebat-hebat belaka, siap berpantun & siap ada gaya lagi..aku ni spesis tak reti nak reka2 pantun ni..sabor je la..

Bila tiba giliran aku, macam2 perasaan ada..gemuruh, takut,gugup dll...alhamdulillah, syarahan berjaya di sampaikan.Walaupun aku tak menang, tapi aku seronok sebab ini pengalaman kali pertama bersyarah. Tahun depan aku nak cuba lagi lah..:-)

Selepas syarahan, pertandingan nasyid lak. Ni part paling best..ramai yang menungu untuk tengok persembahan nasyid..Ramai staf join nasyid ni, kira depa tu ada bakat terpendam, leh jadi penasyid la lepas ni.. student pun tak kurang hebatnya..bakal doktor dan berbakat jadi penasyid gak ni:-)

Berhenti solat asar.. pastu sambung dengan penyampaian hadiah..Jam1830 majlis tamat..leganya majlis dah habis..ponat3x.. Semua yang hadir kena tunggu sebab ada majlis berbuka puasa lepas tu..Menu amat menyelerakan dan sedap. Terima kasih buat penganjur yang menyediakan juadah berbuka puasa ini.

Selepas berbuka puasa, urusan aku belum selesai lagi.. rushing balik rumah..solat maghrib. Pastu packing barang sket, malam ini kena balik rumah kakak di D.Damai, nak kena hantar barang sikit. Aku naik komuter di Shah Alam.. Duduk dalam train, aku tertido. Tetiba terjaga bila train tu berhenti di suatu stesen.. aku pun memandang keluar..tengok saja..Kat mana ni?.. aku tengok orang keluar dari train..aku buat dek jer.. sekali aku terpandang sign board KL Sentral..Hah! dah sampai KL Sentral!!, terus angkat beg sandang & bergegas keluar..huh..nasib baik pintu train belum tertutup..alhamdulillah. Kalu tidak memang terbabas stesen la.. Seingat aku, baru sekejap aku tertido..rupanya dah dekat setengah jam..hehehee..

Aku kena tukar train ke Rawang, sebab akan turun di stesen Sg. Buloh..Cari tempat untuk duduk sementara tunggu train sampai.. tapi semua penuh..orang ramai. Pastu bila train sampai.. ramai yang turun..namun orang dalam train masih ramai macam sardin..aku dapat masuk train, tapi kena bersempit2 la..sepanjang perjalanan kena berdiri..paling tak tahan ada 2 amoi depan aku..pakaiannya punyalah seksi..giler punya olang..geram pun ada..nak pergi clubbing gamaknya..aku nak pandang/toleh tempat lain pun tak boleh sebab orang penuh dalam train..sabar je la..amoi ni turun awal satu stesen dari aku..lega aku..Aku call kakak suruh keluar umah datang ambil aku, jap lagi aku tiba kat stesen Sg.Buloh. Tak perlu aku tunggu lama..Sampai di stesen Sg.buloh, tak lama lepas tu kakak tiba..then bawa aku balik umah.. jam 2245 tiba di rumah dia.. Kakak menjamu aku dengan air tebu. Nak makan masih kenyang lagi + penat.. tak selera la..

Pelajaran hari ni, suatu hari yang memenatkan, penuh dengan pengalaman& pelbagai perkara lain lagi..walau apa pun, buatla sesuatu itu dengan ikhlas..hati akan happy jer.:-) Patutnya jangan mengukit kalu penat!..huahuahua..

_________________________________________________________________
Bila aku baca semula apa yang aku tulis kat atas tu, panjang pulak entry kali ini..apo kena dengan aku ni?? Apasal tulis panjang2 ni..siapa nak baca??...terima kasih buat sesiapa yang membaca hingga ke noktah terakhir.

Wednesday, September 17, 2008

nuzul Quran.. khatam quran

pendaftaran peserta khatam quran

puan K, Datin Seri, ustazah

aku, Datin Seri & ustazah

antara yang hadir

peserta khatam quran

yang pasti setiap tahun peserta wanita lebih ramai:p

ust hj idris lead majlis khatam

VIPs

kat belakang aku tu ruang solat utama

penerima sumbangan raya

penerima cenderahati khatam quran

sesi bergambar

Semalam adalah hari Nuzul Al-Quran. Bagi negeri Selangor, semalam adalah cuti umum..Aku kerja dalam negeri Selangor, jadi dapat la bercuti sehari..:-) Orang KL kena kerja..hehehe..

Hari ini, Khamis diadakan majlis Khatam Al-Quran peringkat UiTM Shah Alam dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1429H. Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU) dan Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) bekerjasama dalam penganjuran majlis ini. Majlis diadakan di dalam Dewan Solat, Pusat Islam UiTM.

Majlis Khatam Al-Quran telah disertai oleh staf seluruh fakulti, bahagian dan pusat serta para pelajar UiTM. Sumbangan Hari Raya adalah daripada Unit Zakat UiTM kepada asnaf yang layak di UiTM dan PEWANI menyampaikan sumbangan untuk balu/ibu tunggal serta anak-anak yatim staf UiTM.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PEWANI, Y.Bhg Datin Seri Zahariah Mohamed. Penyerahan sumbangan turut disampaikan oleh Datin Seri. Aku turut hadir dalam majlis ini bersama Puan K dan Kak Rock..hehehe...

Majlis tamat jam 11.00 pagi, sesi bergambar beramai-ramai seterusnya bersurai..

Terima kasih untuk Pengarah CITU dan stafnya.. semoga kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang mendatang.. terima kasih semua..:-)

Tengoklah gambar2 kat atas tu, malas nak tulis panjang2..lalalala...

Sunday, September 14, 2008

6.35am

air terjun tak nampak pun..cahaya lampu jer

canseleri atas bukit itu..



Hari Isnin, hari ke 15 Ramadhan..cepatnya masa berlalu..sedar tak sedar dah masuk separuh masa kedua bulan Ramadhan..masih berbaki 15 hari lagi untuk mengutip segala ganjaran & barakah yang tersedia di bulan yang mulia ini..jangan bertangguh, perbanyakkan amal ibadah..Adakah ini Ramadhan yang terakhir??..

Seperti biasa, dalam bulan September ini, aku keluar awal untuk pergi keje.. 6.30am dah keluar rumah..selalunya selepas aku tengok citer Al-Risalah kat TV9 jam 6.00am-6.30am..habis jer citer tu, aku pergi keje..padahal jarak rumah dengan tempat keje agak dekat, 5 minit jer.. patutnya pergi keje lambat2 pun boleh..:p

Masuk je pagar UiTM, masih gelap lagi..kadang2 lampu jalan menyala..selalunya lampu padam la..sebab tu gelap gelita..hahaha..(jimat letrik..:p) Aku melalui jalan depan air terjun, kalau waktu masih gelap gini..nampaklah lampu air terjun bertingkat yang bernyala..di atas bukit itu pula ada bangunan Canseleri.. Hari ini tergerak hati nak berhenti tepi jalan sebab nak snap gambar air terjun dalam gelap..hohoho..masa aku dok snap gambar tu, aku tengok jam, pukul 6.35am, awal lagi..:-)

Ambil gambar air terjun memang tak nampak la sebab gelap..tapi boleh la nampak lampu yang menyala kat situ..pastu snap sekali gambar bangunan kat atas bukit tu..jarak yang jauh kurang jelas gambarnya.. Kalau naik atas bukit tu, boleh nampak view sekitar Shah Alam..Waktu malam pemandangan Shah Alam cantik..sebab boleh nampak masjid negeri dan banyak lampu..:-) Gambar pemandangan dari atas bukit tu, lain kali la aku snap..bila aku free dan ada mood rajin. Untuk itu boleh tengok gambar jam 6.35am kat atas tu dulu..gambar tak cantik..gelap jer..wakakaka..

Selamat berpuasa..