Followers

Saturday, November 21, 2009

di kampung

Alhamdulillah, selamat tiba di kampung hari sabtu jam 6pagi. Abg Pi datang jemput di bus stop Melor. Hujan seharian dari malam ke siang hari.

Hari ni , ahad temankan emak ke HUSM, pegi jumpa doktor, rutin check up untuk sambung ubat. Selepas pendaftaran kami bersarapan di Oren cafe. Seperti biasa ramai orang di hospital. Menunggu agak lama untuk mendapatkan rawatan. Kena banyak bersabar. Kesian emak, penat menungggu.. Aku keboringan , nasib baik bawa notebook, boleh online dan updates blog ni.. hilang sikit boring..hehehe..

Hujan masih turun sejak 2 hari aku berada di kampung. Suasana sejuk sepanjang hari. Semua orang malas nak keluar rumah..mood hibernate..

Musim hujan/ banjir adalah musim menangkapikan air tawar seperti keli, haruan, ikan puyu dll. Bagi yang tinggal berdekatan sungai/ sawah, waktu inilah banyak ikan untuk ditangkap. Guna jala, pukat atau pancing.

Stok ikan air tawar buat masa ini agak banyak di rumahku. Cuma aku bukan pemakan ikan air tawar..huhuhu.. Hanya untuk mereka-mereka yang tertentu sahaja..

Friday, November 13, 2009

ctr

conteng, jangan tak conteng..:D

ctr= cuti tanpa rekod atau lebih tepatnya GCR= gantian cuti rehat yang aku cerita dalam entry lepas. hari ni aku telah membuat keputusan untuk menggunakan ctr sebelum hari raya haji dan keputusan itu tercatit di white board..

gara-gara tulis cuti ctr, semua orang berminat nak tahu..siap conteng-conteng kat white board lagi..hehehee.. lawak2.. boleh tengok gambar kat atas.. tak leh blah..rasa nak tergelak bila baca..hahahaha..

sesiapa yang teringin nak dapat ctr, jadilah petugas konvo untuk tahun-tahun depan..hehehehee..


p/s: aku start balik kg 20hb nov- 30hb. Jumpa 1 Dis nanti..hehehe. jangan jeles, tak baik ..

Thursday, November 12, 2009

maxisGift

modem maxis broadband yang dulu size besar


Boleh percaya ke kalu dapat maxisGift? Ada sesiapa pernah dapat? beberapa hari lepas aku mendapat sms dari maxisgift yang agak menarik tawarannya.. Sebelum ni dan berpuluh-puluh kali dapat sms maxisGift ni, aku cuma baca dan delete jer.. tak menarik dan tak berkenan dengan jiwa.

10 Nov 09 aku dapat sms yang bertulis begini ;

"You 're selected to enjoy 2 months FREE Maxis Broadband (1.5/3GB pkg). Show this sms to redeem the offer at your nearest Maxis Centre by 15 Nov 2009. T&C applies"- MaxisGift

Aku akan pergi tanya kat Maxis Centre nanti pasal maxis gift ni. Mengapa aku berminat dengan sms ini ialah aku nak try guna Maxis Broadband kat umah, kalu betul la offer ini FREE untuk 2 bulan. Sekarang ni aku guna Celcom Broadband. namun coverage nya amatlah slow. Di awal-awal penggunaan dulu, laju jugak. Skrg bercinta rasanya kalu buka window banyak dalam satu masa..loading memang lembab. mungkin ramai sangat pelanggan broadband celcom area rumah aku. Kelajuan akan meningkat pada waktu-waktu tertentu jer iaitu 1 pagi ke atas, waktu orang tidor. Bila orang tidor, kuranglah saingannya.. begitulah teori aku..huhuhu.



kalu ada sesiapa pernah dapat sms maxisgift pasal maxis broadband ni, bagitau la aku. Betul ke tidak offer ni. Hmm.. term& condition applies di akhir ayat sms di atas tu, aku mesti tanya betul-betul kat maxis centre nanti...hehehe.




gcr

lampu dalam galeri Tun Abdul Razak


Bagi orang yang keje dengan govmen memang tahu GCR ini apa. CGR= gantian cuti rehat. Maksudnya dapat gantian cuti kalau bekerja hari cuti, cuti ini tidak direkod, iaitu yang tidak ditolak dari annual leave. Aku baru dapat surat dari pendaftar, bagitau dapat CGR 4 hari. Seingat aku, untuk satu event, inilah GCR paling lama dapat..selalunya sehari jer. 4 hari dapat cuti free..sape tak nak kan? Sepanjang konvokesyen, 2 hari je weekend aku keje. Yang lain hari weekdays. Dapat 4 hari ni memang best la. Tapi cuti ni tak bleh carry forward tahun depan. Jadi aku kena habiskan dalam tahun ni jugak..

Tengah berkira-kira nak guna bila GCR ni. Cuti balik kampung untuk raya haji dah lama apply dan approved. Hmmm.. mungkin aku boleh start bercuti raya haji lebih awal lagi, 4 hari tu..hehehhe.. balik kampung awal, boleh wat keje sikit di kampung. kena bincang dengan parents aku dulu kalu nak wat keje ni, kena tengok cuaca..kalu cuaca elok, baru menjadi. Itu boleh dibincangkan kemudian.

Boss aku bagi ke kalu aku start cuti awal, dah la hujung tahun ni banyak keje nak kena settle kan.. alih-alih aku mau bercuti panjang pulak. Boss aku baik, mesti dia approved nyer..:-)

GCR ni aku dapat hasil daripada bertugas semasa konvokesyen tempohari, berbaloi gak.. dapat duit, baju, makan free sepanjang bertugas, CGR lagi..hehehee..Tapi penat jangan cakap la..lenguh kaki berdiri lama. masa bertugas rasa macam mau cabut jer kaki letak tepi sekejap..huhuhu. Yang lebih penting dapat pengalaman. Yang ni tak leh beli dengan duit, kena cari/buat /alami sendiri baru dapat pengalaman tu. 3 tahun aku akan melalui pengalaman ini, oohhh tidak!! tempuhilah dengan hati yang tabah.huhuhu. Sijil bila nak dapat ni (ada sijil ke?) katanya ada merit jadi petugas ni. Boleh masuk dalam SKT tahun ni..hehehe.. berapa banyak merit, aku pun tak tahu. Yang pasti ada merit.

Kepada kengkawan yang dapat GCR tu, boleh la bercuti panjang hujung tahun ni.. kena habiskan dalam tahun ni jugak. Cuti sekolah dah dekat ni..Jom cuti-cuti malaysia..



p/s: gambar sepanjang konvo saya akan emel sedikit-sedikit, harap kengkawan bersabar ye..:-)

Monday, November 9, 2009

Wat malu jer

penyokong kelantan memberi tepukan kepada pemain yang baru memasuki padang

tiket bola

sepak mula

bermain dalam hujan.. warna merah penyokong kelantan

persembahan selingan dari kump The Pirates

baling mercun , baling botol- penonton di tempat duduk bawah kena beralih

hasil balingan di penjuru padang, lumayan. banner di jatuhkan..huhuhu.

VVIP

bakar kerusi..tak heran VVIP pandang..isk3x

VIP 2

penonton sudah meninggalkan stadium. tunggu penyampaian hadiah. TAHNIAH kepada Negeri Sembilan. Kepada Yang kalah cuba lagi tahun depan. Syabas semuanya...huhuhu..


Walaupun agak lewat, masih ingin mengepos entri pasal bola ini ..

Aku berkesempatan menonton perlawanan akhir bola sepak piala FA pertama kali di stadium national bukit jalil. Kalu diikutkan hati aku bukan minat untuk pergi stadium. Crowded!. Namun mengenangkan pasukan negeri masuk final tahun ini dan tiket untuk masuk stadium telah tersedia , jadi aku turut ke stadium.

Aku tiba agak lewat di bukit jalil menggunakan LRT. Singgah solat maghrib di surau tepi stesen LRT. Kebanyakkannya penyokong Kelantan ramai yang berada disitu, berpakaian merah putih.

Kemudian aku berjalan menuju ke pintu utama stadium. Jauh jugak. Bertemu kawan yang sedang menanti di pintu utama. Di pintu utama kelihatan tetamu VVIP baru tiba dan memasuki stadium. Aku masuk ke stadium melalui pintu VIP2 untuk Kelantan. Pintu VIP1 untuk Negeri Sembilan. Terima kasih untuk tiket bola ni, tak sangka pulak aku dapat tiket VIP 2. Thanks friend. Kami diberikan goody bag yang berisi kain ikat kepala warna merah putih dan bendera logo KAFA untuk penyokong Kelantan berserta buletin KAFA. Menurut seorang kawan yang ditemui, katanya ada jersi dalam goody bag itu, tapi takder pun..mungkin dah lewat datang, jersi pun dah tak der (atau pun dah diambil orang, entahla..)patutlah aku tengok semua orang pakai baju merah yang sama semasa aku duduk di area VIP2 tu..baju tak penting sangat , yang penting boleh tengok games..

Perlawanan belum bermula, pemain dalam padang telah tamat warm up dan masuk semula ke dalam changing room.. Sambil-sambil menunggu perlawanan bermula, mencuci mata melihat sekitar stadium..tengok muka-muka yang mungkin aku kenal kalu ada...sambil-sambil ambil gambar. Maklumlah kali pertama masuk stadium nasional ni. Stadium Putra sebelah stadium nasional dah banyak kali masuk. Kapasiti tempat duduk, 3/4 stadium dipenuhi oleh penyokong kelatan.. ramai sungguh yang datang entah dari ceruk kampong mana..memang semangat betul diorang datang menyokong pasukan sendiri..siap dengan banner, bendera dan segala macam sepanduk. Tak kurang juga yang bawa mercun dan bunga api.. games belum bermula, dah start nyalakan mercun, berdentum sana sini.. Entahla macamana boleh lepas bawa masuk mercun dalam stadium.. yang aku nampak di pintu masuk gate hijau , security scan tiket jer.. tak check pun penonton... mungkin sebab ramai sangat, tak menang tangan nak check semua orang..

Tidak berapa lama selepas itu, games bermula.. Gol pertama N9 jaringkan dulu.. permainan Kelantan hambar sahaja..tidak banyak menyerang..Permainan jadi tak best, mungkin jugak kerana tekanan sebab ramai penyokong datang dan mengharapkan kemenangan. di tepi padang, FRU berada sekeliling padang..standy kalu berlaku rusuhan atau peminat masuk padang..lepas gol pertama N9 jaringkan, permainan masih macam tu jugak..tak bersungguh langsung, bawa bola belum separuh padang dah kena ambil kat orang lain. Habis separuh masa pertama, rehat seketika. Dihiburkan dengan persembahan The Pirates, dari sekolah mana entah. FRU makin ramai masuk ke tepi padang untuk separuh masa kedua...jadi pak pacak di sekeliling padang..

Permainan separuh masa kedua bersambung.. belum pun seminit bermain separuh masa ke2, gol ke dua dijaringkan N9..hohohoho...leka lagi.. jaringan yang menarik oleh pemain no 27.. mercun makin banyak dibakar , berasap sana sini, berdentum sana sini.. Manakala gol ke 3 pulak oleh sepakan penalti. Sudah 3-0 ...hahaha..memang padan muka!

Start gol ke 3, penyokong sudah buat kecoh, makin ramai yang baling botol air , baling mercun dan baling macam-macam.. sepanduk/banner yang bergantungan mula koyak dan jatuh..telah dijatuhkan oleh penyokong tanda marah mungkin..geram atau sebagainya.. Ada yang bakar kerusi, tempat duduk, vandalisme sungguh! Memalukan kaum !!!..agak mengganggu permainan di padang sebab bunyi bising mercun. Pemain yang ingin mengambil sepakan sudut juga dibaling mercun. Memang tidak patut!!. Kesian pulak kat pemain. Penyokong Kelantan sudah mula keluar meninggalkan stadium.. Aku yang duduk di tempat duduk bawah bersama penonton lain diarahkan bangun kerana dikhuatiri terkena balingan botol atau mercun yang melayang dari atas kepala..

Botol paling banyak dibaling adalah kearah penjuru padang..Buang sampah merata, memang tak patut!. Dia akhir perlawanan semasa tambahan masa, Kelantan mendapat gol saguhati dijaringkan oleh Indera putra. So, keputusan 3-1. Tidak balik dengan telur ayam tangan kosong.. agak bernasib baik.. Aku berada di stadium sehingga penyampaian hadiah dan kemudian bergegas untuk pulang ke Shah Alam.. mesti keluar segera agar tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.. Sampai dirumah jam 12 lebih. Letih woi, seharian bersukan dan menonton sukan.

Diucapkan TAHNIAH buat penyokong Negeri Sembilan yang berdisplin. Cantik dengan warna kuningnya. Penantian 60 tahun Negeri Sembilan berbaloi.. Dapat Sultan baru (daulat Tuanku) dan dapat menjuarai piala FA.. TAHNIAH sekali lagi..

Kepada Kelantan penantian 40 tahun belum tiba lagi..cuba lagi tahun depan. Kepada penyokong Kelantan, jagalah tingkahlaku dan disiplin.. Jangan terlalu emosi, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Adat pertandingan,ada menang dan kalah. Jangan merosakkan harta benda awam..itu semua duit rakyat tau.. Jangan memalukan negeri sendiri dengan jadi rakyat yang tidak bertamadun.. Biarlah pemikiran pun maju jugak. Kita adalah bangsa yang paling ramai dalam stadium. Orang kita juga yang melariskan tiket yang dijual.. Walaupun begitu diucapkan syabas kerana sokongan dari rakyat Kelantan yang meramaikan stadium, semangat menyokong negeri sendiri dan kesanggupan datang dari jauh semata-mata untuk sokongan. Dari segi semangat memang boleh dibanggakan.. Sekali lagi Jagalah tingkah laku.. Anda menggambarkan negeri anda sendiri..persepi orang ke atas Kelantan nanti. Jadilah penyokong The Red Warriors yang memang Warriors untuk dijadikan contoh yang baik-baik sahaja.

Kepada pemain Kelantan, tahniah kerana layak ke Final walaupun hanya naib juara.. Semoga permainan di lain kali lebih baik dan bertenaga . Persembahkanlah permainan yang paling baik dan menarik untuk peminat, berbaloi ditonton walaupun kalah.

Untuk diriku sendiri, tiada apa yang menarik datang tengok bola, selain mendapat pengalaman berada di stadium ..merasa meriah dan dapat tengok orang ramai.. Dan kalau ada sakit jantung digalakkan tidak datang menonton bola, berdebar lain macam jer tengok live ni.. hehehe..