Followers

Friday, October 24, 2008

Ketereh Part2

16 Oct, hari ini dalam agenda mengemas tempat untuk program health screening.. oleh kerana di kelantan masih lagi bersekolah, jadi mengemas tempat dibuat waktu petang.

Aktiviti pagi ini adalah pergi jalan2, makan2 dan shopping di bandar Kota Bharu..

Aku?? Pergi bandar KB dari rumah selepas bersarapan nasi kerabu dengan emak dan ayah.. Jumpa member di bandar KB dan balik bersama ke Ketereh.. Aku sempat gak shopping sikit2.. beli tudung bawal, itupun sebab housemates yang kirim..untuk diri sendir beli makanan jer untuk makan dalam bus.. barang2 lain tak beli sebab benda yang aku nak beli tidak kesampaian. Aku nak beli dinar emas, pusing2 bandar KB cari kedai Ar Rahn. Kedai kat Jalan Temenggung, tutup sebab kes kecurian hari tu. Pastu aku cari kedai lain dalam cuaca yang panas aku berjalan sorang2, panas yang amat. Tanya orang kat KB, dia bagitahu ada kedai lain, aku pun pergi kat situ, tapi tak jual dinar, buat urusan pajak gadai jer.. Tapi dalam kepala aku, masih ada kedai lain kat KB ni, tapi kat mana ek?? Aku dah buntu..tambah2 lagi cuaca yang panas.. Oleh itu aku memutuskan untuk tidak meneruskan pencarian.. ayat bagi menyedapkan hati ”boleh beli lain kali bila datang KB lagi”.

Aku singgah di kedai makan, lunch kat situ minum tea bing. Pastu pergi ke tempat parking bas di dataran depan Istana Jahar. Member2 baru jer lepas lunch di kedai makan tepi sungai Kelate..makan apa? Nasi air/nasi sup, minum singa bing..hehehee...

Jam 2.30 pm bas bertolak ke Ketereh..tiba di sekolah dekat jam 3.00pm.. Pastu mulalah keje mengemas bilik darjah, keluarkan barang dari lori dan bus.. kaum hawa tukang kemas bilik darjah..angkat2 barang berat kaum Adam jer yang buat..hehehe..Dekat jam 5pm keje2 mengemas siap..

Lepak kat sekolah dulu sambil minum petang.. Makcik Nin sediakan air sirap, pisang goreng, kerepek pisang, cempedak goreng..besh2..

Ada yang tak best sebab nak balik guest house, tak boleh..kunci rumah tertinggal dalam bus..En. driver dah pergi tempat lain.. nak tunggu dapat balik kunci tu lambat la.. Kemudian dapat solve the problem dengan minta tuan kedai bukakan pintu rumah kami dengan kunci pendua..Alhamdulillah.. Dapat gak masuk rumah tu walaupun dah jam 6.30pm..

Kebetulan hari ni ada pasar malam..apa lagi, semua oarng pergi membeli juadah dinner di pasar malam.. aku dimaklumkan ,satay untuk dinner yang di sponsor pun tak habis di makan..hehehe..

Aku tak lepaskan peluang membeli makanan di pasar malam. Pastu tumpang K. Wanie untuk balik rumah. Dropped aku di Melor.. kemudian Shahmi datang jemput aku di situ. Malam ni bermalam kat rumah lagi..besh2.. Abang Pi ada balik rumah jugak sebab weekend, sekolah cuti.

Lepas isyak.. tolong emak kemas pakaian, esok ayah & emak ada kursus haji perdana di USM kelantan..Kursus sehari semalam. Kemaskan beg baju ayah.. emak dah siap kemas bajunya sendiri.. Bawa keperluan yang perlu sahaja. Pastu semua beristirehat. Tido.


dataran depan Istana Jahar

dah penat bershopping..jom pulang

Mall yang paling besar setakat ni di Kelantan


**nota: Kedai Ar Rahn nak beli Dinar emas ni kat Bangunan Hotel Ansar/ Hotel Raudah

No comments: