Followers

Wednesday, November 5, 2008

Raub

sebelum bertolak

di tol batu 3, shah alam

tiba di Felda tersang 3, lewat petang

keluarkan barang2untuk set up tempat

barang2 dalam lori lagi banyak!

kaum hawa, tolong tengok.. (angkat benda2 ringan jer ..kekekeke)

set up kaunter ambil darah

set up bilik PWV & ABI

geng kaunter spirometry

set up lab

berehat seketika

dinner

kereta siapa ni? keluarga angkat siapa??

Minggu lepas 31 oct- 2 nov, aku mengikuti trip health screening ke Raub, Pahang. Jam 3.30 petang bertolak dari Shah Alam dan tiba jam 6.48 petang di Felda Tersang 3, Raub.

Kami mengemas tempat untuk program health screening pada keesokan harinya. Dinner di dewan. Selepas dinner, pembahagian keluarga angkat. Kami menginap di rumah keluarga angkat. Ala-ala duduk homestay. Bermalam selama 2 malam Felda Tersang 3. Ada keluarga yang ambil 4 orang anak angkat, ada yang ambil 2 orang. Aku dan Lin tinggal bersama keluarga En. Yusof. En. Yusof adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan orang kampung Felda Tersang 3 untuk hadir semasa program health screening berlangsung.

Mengikut pemerhatian aku, orang felda sekarang adalah orang yang kaya-kaya. Rumah mereka bukan lagi rumah kayu, namun rumah batu yang besar. Mereka bukan tertumpu kepada tanaman di ladang sahaja, ada yang berniaga. Menjadi tokei ikan, tokei ayam, jual kerete ‘used car’, pelihara ikan, berniaga santan segera dan macam-macam lagi aktiviti lain yang dilakukan untuk menjana ekonomi. Sesuatu tindakan yang bijak dalam menjana pendapatan tambahan.

Sepanjang berada di Felda Tersang 3, aku hanya bersarapan di rumah keluarga angkat. Sebab waktu makan semua makanan disediakan di dewan daripada sarapan, lunch dan dinner. Bersarapan pun kerana keluarga angkat telah sediakan sarapan, sebolehnya tidak ingin menyusahkan mereka. Layanan daripada keluarga angkat semuanya memuaskan, mesra dan mereka baik-baik belaka.

Pengalaman paling best di sini adalah kami mandi air kolah..hehehee.. Sebab kebanyakan rumah memang ada kolah sebagai tempat simpanan air. Waktu malam air paip tiada, jadi mereka akan simpan air banyak2 dalam kolah. Jam 7pagi baru air paip ada semula. Jadi kebanyakannya merasai pengalaman mandi kolah. Air yang sejuk dan menyegarkan!


1 Nov 2008, Sabtu



Hari pertama health screening di Felda Tersang3, Raub. Aku bertugas di kaunter pendaftaran di awal pagi kemudian kaunter handgrip dan anthropometry bagi wanita. Handgrip untuk mengukur kekuatan genggaman tangan. Kaunter anthropometry kena timbang berat badan, ukur ketinggian, ukur lilit kepala, ukur lengan, ukur pinggang, pinggul dan betis. Semacam orang mengukur untuk memjahit baju jer..:-)

Bila tugas di atas selesai, tolong kerja-kerja di lab dan terakhir adalah menanya soalan kaji selidik (questionnaire). Selepas asar, semua petugas health screening yang lain kecuali aku dan Lin bergegas ke S.K. Satak di perkampungan orang asli. Pergi ke sekolah tersebut untuk mengemas tempat. Esoknya akan diadakan program health screening di sini.

Selepas selesai menanya soalan kaji selidik, aku dan Lin balik ke rumah. Jam dah menunjukkan jam 6.00petang. Kami balik urus diri dan sempat berehat sekejap. Selepas maghrib, pergi ke dewan untuk makan malam pula. Selepas semua urusan selesai, dekat jam 10.00 malam kami pulang ke rumah. Kami berdua kepenatan, berehat seketika dan terus tido.


2 Nov 2008, Ahad

Hari ke dua, ahad. Jam 6.50 pagi bersarapan di rumah keluarga angkat. Kami check out pagi ini kerana akan ke S.K Satak. Daripada S.K Satak terus pulang ke Shah Alam. Sempat bersarapan terlebih dahulu bersama emak dan bapa angkat.

Jam 7.15pagi bertolak ke S.K. Satak dan tiba jam 8.00 pagi di sekolah tersebut. Kawasan perkampungan orang asli tersebut tiada line handphone maxis atau celcom. Alang-alang tiada line phone, aku terus matikan handphone.

8.30 pagi, orang kampung di sekitar kawasan tersebut mula datang untuk penyaringan kesihatan termasuk juga orang asli yang tinggal di situ. Kebanyakan orang asli ramai non muslim, kawasan rumah mereka terdapat banyak anjing berkeliaran. Selain itu cara hidup mereka masih mandi di tepi sungai. Juga ada keluarga yang tidak mempunyai bekalan elektik.

Tengahari program health screening tamat. Kami mengemas barang-barang sebelum pulang. Jam 2.45 petang bertolak pulang ke Shah Alam dan tiba di rumah jam 5.30 petang.

En. Yusof dan anak2 angkat

kawasan perkampungan orang asli

di S.K. Satak.. tak boleh masuk dewan sekolah, kelas belum buka..huhuhu..

sambil tunggu pekerja sekolah datang bukan dewan, bergambar dulu..:-)

kaunter BP

petugas

bersarapan di kantin sekolah

sesi questionnaire

bergambar di hadapan S.K. Satak

kawasan rumah orang asli

antara rumah2 orang asli

3 comments:

Unknown said...

banyaknya family angkat dia..kesian saya takde sape nak angkat..hehehe..

menarik!

Anonymous said...

zulfadli: family angkat memang banyak. Bila nak join trip kita orang ni?

adzmierz azizan said...

xde pun Gambar sy huhuhu