Followers

Thursday, October 9, 2008

Balik KL..

5 Syawal, hari ni aku akan pulang ke KL bersama kakak..rasa malas nak bersiap.. ikutkan hati tak nak balik lagi.. masih mood bercuti.. tapi apakan daya, hari isnin dah kena keje.. Aku bersiap paling last.. Pastu masukkan barang2 dalam kete..sarapan dulu sebelum bertolak.

Jam 8.30pagi bertolak dari rumah, singgah Petronas isi minyak kete..penuh. Perjalanan diteruskan menuju ke Machang, jalan dah mula sesak..traffic jam!.. Kete banyak dan semua ingin menuju ke pantai barat.. Jam 1.00pm kami sampai di R& R Gua Musang..masih belum keluar dari negeri ku ini. Singgah untuk solat zuhur dan lunch..R&R ni sediakan minuman percuma lagi:-) Selepas 1 jam 20 minit berehat, perjalanan diteruskan..


R&R penuh dengan kete parkir..

jom minum dulu..nescafe free!!

Sepanjang jalan traffic jam..nak memotong pun tak boleh..bergerak amat perlahan..Singgah Petronas Benta, isi minyak lagi..6.30 petang sampai di Raub, singgah KFC Raub..makan dan lepas tu teruskan perjalanan.

highway pun jamm jugak..

traffic jam ...(pic low quality)

9.00 malam, singgah di Masjid Lentang..solat dan rehat..kemudian perjalanan diteruskan lagi. Jam teruk sebelum melepasi tol bentong..highway karak juga jam..duduk lama dalam kereta amat memenatkan dan membuatkan kepala ku pening..yang drived kete apatah lagi..amatlah penat..huhuhu. Sekitar jam 11.00 malam, setelah melepasi tol gombak baru lah perjalanan lancar. Sampai rumah jam 12.00 tengah malam. Rehat, mandi dan tido.. penat bebb.. perjalanan dekat 16 jam.. Ini lah peristiwa yang tak leh nak lupa dan pertama kali dalam hidup aku, perjalanan balik KL yang paling lama..:(

-------------------------------------------------------------
Itulah citer sepanjang balik beraya di kampung tempohari.. kini telah kembali bertugas seperti biasa.. Undangan open house memenuhi jadual setiap hujung minggu..ahaks..


No comments: