Followers

Monday, February 16, 2009

Special Guest Lecture

title

start to deliver his lecture

pamplet

biodata


Lars H Lindholm, Swedish

the audience


" Salam! If u are free this morn, pls come and listen 2 prof lars lindholms talk on how 2 write a scientific paper. 8.30am, lec hall b, level 6".

begitula sms yang aku terima jam 7.48am pagi ini. Boss aku memang baik dan prihatin, siap bagi info & remind lagi.. Memang nak pergi dengar pun lecture ini..:-)

Kalu rajin, aku update la pasal lecture ini selepas dengar syarahan mat salleh tu..


updates


Special guest lecture yang aku attend pagi tadi telah disampaikan oleh Prof Lars H Lindholm, Sweden. Tajuknya 'how to write a scientific paper and get into good Medical journal".

Menurut Prof Lars, kalau nak tulis sesuatu paper tu kena tahu untuk siapa ianya ditulis? Kita tulis paper untuk editor, reviewers & readers.
Kena tahu apa yang editor ingin tahu berdasarkan penulisan itu. Adakah kajian itu penting? adakah kajian itu menarik kepada pembaca? valid ke? adakah kajian itu benar-benar kajian saintifik? Apabila menulis scientific paper, keep it simple! keep it simple! keep it simple! max 20-30 perkataan dalam satu ayat. Apa yang perlu ditulis dalam paper? Abstract (summary), introduction, methods, results, tables & figures, discussion, references, acknowledgment, conflict of interest.

Tajuk yang ingin ditulis, just make it short & simple. Begin with a key word (eg: Diabetics.... ), avoid abbreviations (eg: blood pressure not BP)

Prof Lars juga menyatakan letter to editor juga penting! use the editors name and title. state the importance of the question. state the importance of the findings. why youchosen this journal. your may suggest impartial reviewers. be humble and polite. this where you start convincing..

Apa yang terjadi selepas paper telah dihantar kepada publisher? senior editors akan membaca paper tersebut. 2 or 3 reviewers read it in the 1st round. the paper is discussed at the board meeting. statistical review, if acceptance is likely. the paper is discussed again. points are put and you may revise it. accept <5% in top journal (lancet, NEJM).

Prof Lars recommend buku ini, Hall GM(ed). How to write a paper In:BMJ Books, 1998 untukbacaan lebih lanjut tentang penulisan scientific paper.

Saturday, February 14, 2009

14 Februari



Terlewat tiba di Hotel UiTM untuk bersarapan dan meeting. Segan dan rasa bersalah pun ada. Aku yang menjemput ajk datang meeting jam 8.30 pagi tetapi aku tiba menghampiri jam 9 pagi.

Tiba di perkarangan hotel, berlari- lari anak menuju ke cofee house. Semua ajk yang berjanji untuk hadir sudah tiba kecuali 2 orang. Mereka sedang bersarapan sambil menunggu ketibaan semua.

Aku tersenyum apabila disapa oleh mereka. Bersalaman dengan semua yang ada disitu.”Kesesakan lalulintas ke”?. Aku hanya tersenyum. Ada yang bertanya, rumahku dimana? Mereka mungkin fikir rumahku jauh sebab itu tiba lewat. Aku cakap, tinggal di Shah alam ni jer. Malu nak cakap rumah kat mana sebab rumah aku paling hampir dengan hotel uitm,.. perjalanan ambil masa tak sampai 5 minit, dengan kata lain kawasan perumahan depan hotel jer..

Ada yang bertanya, mana YDP? Aku memberitahu YDP hadir lewat sedikit sekitar jam 9.30 pagi kerana beliau ada hal. Semua menjawabla patutlah aku lewat sebab dah tahu YDP akan datang lewat, jadi meeting tidak akan dimulakan selagi YDP belum tiba..hehehe.. Tak pe. Boleh enjoy food dulu.

Kemudian aku menuju ke buffet set, mengambil makanan dan bersarapan sambil tunggu YDP tiba. Menu sarapan ada pelbagai makanan. Aku makan apa yang hendak dimakan sahaja.

9.30 pagi YDP tiba. Dia minta maaf kerana terlewat berikutan daripada hospital atas urusan keluarga. YDP mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan meeting. Namun bukan YDP yang mempengerusikan meeting. Dengan sukacitanya YDP mempersilakan aku mempengerusikan meeting, peluang yang datang bukan selalu boleh dikira dengan jari. Terima kasih Datin Seri.

Hari ini aku jadi pengerusi dan aku jugalah setiausaha (perasan ini bila aku nak taip minit mesyuarat, biar betul aku ni??)..tak pasal2 di cop giler kuasa. Meeting berjalan lancar dan enjoy. Apa tidaknya..inilah meeting kedua terakhir sebelum kami semua meletak jawatan ajk..kekeke.. Last meeting nanti adalah semasa AGM PEWANI ke 17 dalam bulan mac ini. Semasa AGM akan dilakukan pengundian semula ajk untuk penggal 2009/2011. Kepada exco lama yang berminat untuk berkhidmat sebagai ajk, boleh la beritahu Datin Seri (YDP).

Kebanyakan ajk lama sudah ingin bersara, termasuklah aku. Berikanlah kepada orang lain pula tugas dan t/jawab. Pengalaman aku bersama ajk sejak tahun 2005/2007 dan 2007/2009 telah banyak ditimba.

Meeting tamat jam 11.30 pagi. Alhamdulillah.




Nota kaki:

Hari kasih sayang adalah setiap hari. Bukannya menunggu setiap 14 Feb untuk dirai dan diagungkan..

Monday, February 9, 2009

cameron highland

si comot

nur

iman

nasuha

bersama pengasuh Cik Jah & Cik Lah

cameron valley- tea

ladang tea

di ladang teh

rose

strawberry

pokok bunga

cactus

daisy

kedai cenderamata

Bercuti di cameron highland. 3 jam perjalanan dari KL. Bertemu si kecil yang menetap di cameron, menginap dirumahnya. Cuaca sejuk dan berangin. Bercakap (hembus nafas) keluar asap..kekeke. Berjalan-jalan di sekitar cameron dan membeli-belah. Percutian yang singkat dan menyeronokkan. Terima kasih tuan rumah atas layanan yang diberikan, lain kali kami datang melawat lagi..:-)

Sunday, February 1, 2009

Sejid

Masjid Darul Muttaqin

Semalam aku mengikuti program health screening di Masjid Darul Muttaqin Sg. Udang, Klang. Orang kelantan sebut Sejid, bermaksud masjid. Sambutan amat menggalakkan daripada orang kampong.Terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk pemeriksaan kesihatan percuma. Kerjasama sebegini di lain masa amat kami alu-alukan.

Buat pemeriksaan kesihatan di masjid. Dalam kepala ingatkan di perkarangan masjid, tetapi dalam ruang masjid. Masuk masjid niat iktikaf la, sebab duduk dalam masjid. Kenalah jaga adab dan kelakuan semasa berada dalam masjid. Jangan memalukan diri sendiri, organisasi dan masyarakat. Peringatan untuk diri sendiri dan orang-orang yang berkenaan.

Buat keje daripada pagi sampai malam. Solat zuhur, asar, maghrib dan isyak di masjid tersebut. Memenatkan namun berbaloi.Oleh itu mungkin akan dibuat pemeriksaan kesihatan lagi di kawasan Klang kerana sambutan menggalakkan. Terima kasih buat semua.

check kesihatan percuma

pendaftaran

pendaftaran

menunggu giliran

"makcik ambil nombor giliran ini, nombor akan dipanggil sebentar lagi"

"tak sakit pun"

khemah menunggu

suasana dalam masjid

berehat seketika

lelaki bertopi ini telah menyambut hari lahirnya 3 hari yang lalu

mengisi borang kaji selidik sambil berdiri

Dr. Tengku menerangkan cara-cara membuat spirometry

Happy Belated birthday Dato' KY

di lab

apakah yang menarik itu?

minum petang, pengat pisang atau bubur pisang ni?

membaca di mana sahaja

berkain pelikat, den tak kisah. Janji kerja siap

duduk bersila pun tak mengapa..

mengemas sebelum pulang