Followers

Wednesday, October 8, 2008

28 Ramadhan

Hari ahad, keluar ke pekan teman kakak buat urusan kat BSN kemudian pegi bandar KB, jalan raya sesak.. sepatutnya 30 minit- 40 minit aku dah boleh masuk bandar, tapi hari ni 1 jam 30 minit..Pening kepala jadinya sebab jalan raya sesak ditambah pulak cuaca panas di negeriku ini..amat panas berbanding KL gamaknya.. Aircond dalam kete tak terasa sejuknya..

Sampai dalam bandar..pusing2 cari tempat parkir, semua penuh..tapi dapat gak pakir. Ramai sungguh perantau sudah balik kampung..bershopping apa yang patut dan terus pulang untuk mengelakkan kesesakan kali ke2 waktu orang pulang bekerja.

-----------------------------

29 Ramadhan

Hari Isnin, pegi pasar Jelawat, Bachok.. keluar rumah jam 7pagi..nak elak kesesakan jalan raya. Sampai kat pasar, mencari tempat parkir.. pagi2 pun dah ramai orang datang..parkir depan rumah orang.

Kat sini kalu nak beli barangan basah contohnya sayuran yang banyak dengan harga murah, datang la sini..memang murah.. Aku berjalan2 sekitar pasar.. kakak masuk kedai ikan, aku tak ikut...tak perlu bersesak2 dalam kedai ikan..biar orang yang nak beli ikan jer pegi kedai ikan..hehehe..Aku lepak kat tempat pakcik jual ubat..ramai orang duk tengok, aku turut tengok gak..sekali terleka.. memang pandai la pakcik jual ubat sakit gigi ni, siap buat demonstrasi lagi..pastu guna ayat-ayat manis..kelakar pun ada..pelaris kot. Kami shopping mcm2 kat pasar jelawat, beli barang2 basah dan sayuran serta cili hijau muda (buat solok lada).

Kami menuju ke tempat parkir kete, bila nak balik, cucunya datang minta tol, rupanya kena bayar parking!!hahaha.. Aku bagi RM1, banyak lagi kete lain memenuhi halaman rumahnya.. untung budak kecil tu, leh buat duit rayo..


No comments: