Followers

Thursday, October 30, 2008

Sungai Buloh

Minggu lepas 24 Oct, Jumaat aku mengikuti rombongan site visit ke Sungai Buloh. Jam 10.00 pagi kami berkumpul Foyer Tower S& T untuk ke Sungai Buloh. Mr. Sim daripada Vamed membawa kami untuk site visit new campus at Sungai Buloh.. Vamed adalah syarikat yang akan design lab di Sungai Buloh bila kampus baru siap nanti. Kami ke Sungai Buloh untuk melihat bangunan yang tengah dalam pembinaan. Rombongan seramai 11 orang daripada fakulti dan staf Vamed yang turut serta dalam site visit ini. Kami bertolak dari Shah Alam jam 10.20 pagi dan tiba jam 11.20 pagi di tapak pembinaan. Di tepi tapak pembinaan, di luar pagar jumpa kuil Hindu, betul2 tepi jalan..wah! besar jugak.

Tapak bangunan ini dahulunya timbul banyak kontroversi..:-) Sekarang semua dah settled. Dulu tempat tersebut adalah leprosy colony. Dalam pembinaan sekarang ada 4 buah bangunan. Bangunan CTC, IMMB, residential collage dan kuarters kediaman. Yang paling best jabatan aku ada bangunan sendiri! Tak perlu share bangunan dengan jabatan lain..hehehe. Bangunan baru nanti sudah pasti lebih luas dan selesa.. Boss mesti tak jumpa cari staff nya kalu ‘mengular’..hahaha..oopsss..

Kami di beri penerangan tentang progress pembinaan bangunan oleh Mr. Teo dari Tunas Selatan Consortium Sdn. Bhd. Beliau memberitahu buat masa sekarang lebih kurang 20% dah siap. Dijangka Ogos 2009 kami akan menduduki bangunan tersebut.


pandangan di luar pagar kawasan pembinaan

signboard pemberitahuan

menapak menuju ke Office sementara

pandangan dari atas bukit

bergambar dulu:-)

berjalan menuju ke office

kedatangan kami disambut oleh Mr. Teo

antara rumah tinggalan leprosy yang dijadikan office sementara

Mr. Teo menunjukkan sesuatu kepada boss aku

yang lain turut berminat untuk tahu, apakah yang Mr. Teo tunjukkan? (background adalah antara rumah2 tinggalan pesakit leprosy)

immb di hadapan, dibelakangnya ctc

tunas selatan

model bangunan di atas kertas

model bangunan dalam cermin kaca

pandangan sisi

mendengar taklimat dalam confrence room sambil minum nescafe panas..

CTC
CTC mempunyai 6 floors, bangunan yang besar dan luas..mungkin akan share dengan Research Lab.. kat situ nanti akan ada offices, labs, clinic dan sebagainya..

CTC

CTC sekarang, tengah disiapkan

IMMB
IMMB ada 3 floors. Top floors akan ada animal house. Animal house ini mungkin akan menggunakan concept seperti di Australia, (yake? memandai jer aku)..hehehe..sebab rumah haiwan ni tak buat atas tanah tapi dalam bangunan. Pada aku system ventilation dan cages mesti bagus, pasti ok walaupun animal house di dalam bangunan. Selain itu akan ada offices, labs dan sebagainya.


IMMB

immb sekarang tengah disiapkan

Residential Collage
Residential collage ada 10 floors. Di sini akan ditempatkan postgraduate students, under graduate students, guest house (ada ke?, x pasti). Akan dilengkapi dengan gymnasium, café , seperti Starbuck kot..:-) dan pelbagai kemudahan lain sesuai sebagai tempat kediaman. Semuanya dalam satu bangunan. Senang la kalu warden asrama nak buat spot check students..hehehee. (ini cerita tokok tambah sendiri).

Residential collage

Kuartes Kediaman
Dibina 3 unit kuarters 1 tingkat.. Ini untuk kediaman pegawai.

Selain itu Mr. Teo menceritakan serba sedikit perihal sejarah kawasan tersebut kepada kami dan apa yang ada di atas tanah milik UiTM itu. Keluasan tanah lebih kurang 40 ekar. Dalam tanah ini masih ada lagi rumah-rumah bekas leprosy yang tidak demolish, masih dikekalkan. Sekarang ini digunakan sebagai pejabat sementara kontraktor. Mr. Teo kata, bila hand over bangunan kepada UiTM, terpulanglah kepada UiTM nak buat apa dengan rumah-rumah tersebut.

Aku cadangkan lebih elok dibaik pulih dan buat guest house ke / chalet ke/ rumah warden ke.. ok apa?. Pastu tak payah membazir duit bina rumah baru untuk warden, kan kan? Tak pun jadikan pejabat untuk orang pembangunan dan maintenance..bentuk asal rumah dikekalkan. Ada juga kesan peninggalan leprosy boleh dilihat kat situ… peace!

Menurut Mr. Teo banyak lagi kawasan hijau yang belum diterokai. Bagus gak kalu tak terokai, sejuk mata memandang hutan hijau dibelakang bangunan :-) Depan bangunan pastinya jalan raya dan tersergam Asrama Kolej Sains Kesihatan Bersekutu KKM.

Beliau memberitahu bahawa nanti akan dibina surau dalam kawasan ini. Melihat kepada plan, agak jauh juga dari kawasan bangunan, di hujung kawasan tepi pagar dalam tanah UiTM. Kalu berjalan kaki..penat jugak tu.

Selain itu di telah terdapat satu lagi rumah ibadat non muslim dalam tanah UiTM. Mungkin masa beli tanah, rumah ibadat tu termasuk sekali dalam kawasan tanah yang dibeli. Kata Mr. Teo rumah ibadat tu masih digunakan seperti biasa. Nanti akan dibuat pagar untuk memisahkan dan bagi membolehkan orang awam berkenaan guna..hmmm..

Selain itu ada pelbagai lagi rumah ibadat lain sekitar/ sekeliling tanah UiTM ini seperti kuil hindu, buddish tample, church.. pastu sekitarnya pulak ada cemetry Buddish, Hindu,, Muslim, and Christian. Multi culture sungguh..huh!

Sebab apa kat situ multi culture? Kerana kat situ dah lama leprosy colony ada, zaman 1920 an lagi. Mereka diasingkan ke situ. Siap ada hospital leprosy sendiri, ada balai polis sendiri dan sebagainya. Zaman dulu belum ada vaksin lagi untuk penyakit ini, jadi untuk elakkan daripada berjangkit, mereka diasingkan. Namun sekarang sudah ada vaksin dan penyakit ini telah berkurangan. Pengidap leprosy ni bukan semua muslim.. jadi banyak la rumah ibadat dan perkuburan masing- masing yang dibina sejak dulu lagi. Nampaknya bila dah kerja kat sini nanti tak boleh nak stay lama2 di office lepas waktu keje.. kena balik awal..serammm..huhuhu..(cerita dongeng aku jer)

selepas taklimat, masa untuk pulang..kena turun tangga la

menaiki bus untuk pulang

Berdekatan kampus Sungai Buloh ini juga banyak nursery, jual pokok bungaan dan pokok tiada bunga..hehehehe.. Boleh la shopping bunga-bungaan kalu duduk situ nanti..kekeke..

Begitula sedikit gambaran tentang tempat keje aku nanti, yang mana berdekatan dengannya ada kolej & asrama sains kesihatan bersekutu KKM, ada hospital Sg. Buloh dan Makmal Kesihatan awam. Teruja nak pindah ke tempat baru, wahai kawan-kawan?? Pada awalnya aku teruja la jugak sebab tengok bangunan baru sedang disiapkan, ada bangunan sendiri pulak tu. Selepas mendengar taklimat, tahap keterujaan agak berkurang..sebab surrounding nya agak kureng sikit..hehehe.. Apa2 pun kena pikir positif.. tak gitu?..lalalala..

----------------------------------

Bangunan akademik fakulti akan dibina pada Phase 2, bila???? Aku pun tak tahu...hahaha.. JKR tak umum lagi siapa yang dapat tender..hmmm. lambat lagi la bangunan fakulti nak siap.. sabar la ye!

Kepada yang datang ke Sungai Buloh, jangan lupa singgah di Restoren de’Chiengmai. Masakan Thai yang lazat!

Meeting..Jamuan raya

roti jala & pasta

satay

meehun putih

mengambil juadah

satay

Ita & Syikin

Sharida

23 Oct 2008 yang lalu, jam 10 pagi ada meeting jabatan. Kali ini aku jadi pencatit minit. Meeting tamat sekitar jam 11.45am. Kemudian ada refreshment a.k.a jamuan raya jam 12.00 tghari. Kami jemput semua fellow lectures untuk jabatan, students, RAs dan staff yang related dengan jabatan aku.

Menu utama adalah satay.. biasa la musim raya, asyik makan satay je... selain itu ada meehun sup, roti jala ,pasta, fruits dan tak lupa kueh muih raya.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bawa ’pot luck’ untuk jamuan raya kali ini. Wassalam.

Tuesday, October 28, 2008

Ketereh Part 5

Hari ahad, hari untuk bertolak pulang ke Shah Alam.. Jam 8.00 pagi dah berkumpul di bus stop Ketereh..tunggu bus.. Sebelum tu sarapan dulu kat kedai makan.. makan nasi berlauk..beli kuih-muih buat bekal dalam bus, aku beli laksam.

8.45 am bertolak ke Shah Alam.. perjalanan melalui Grik, Perak.. singgah di Tapah untuk makan dan solat.. sampai Shah Alam jam 6.20 pm setelah 5 kali berhenti sepanjang perjalanan..Kemaskan barang di lab.. jam 7.10 pm sampai di rumah.. Alhamdulillah

ready to check out

beli kueh

di pasar ketereh

dalam bus di Hentian Tapah

dah sampai Shah Alam

Ketereh part 4

Jam 7am bersarapan nasi berlauk..”orang Kelantan tiap hari sarapan makan nak nasi ke?” tanya kawanku.. aku senyum jer..tanda setuju..hehehe..

Seperti biasa jam 7.30pm peserta dah tiba..kali ni kami dari awal lagi telah membuka kaunter di luar bilik darjah..tidak mahu berlaku kesesakan seperti hari sebelumnya.. Aku jaga kaunter pendaftaran awal pagi.. kemudian jaga kaunter BP..dan buat questionnaire.. Rasa muak /nak termuntah pun ada tanya questionnaire ni..sebab tanya soalan yang sama..kering tekak pun ya..huhuhu..

Hari ini peserta tidak seramai semalam..keje siap awal.. Jam 3.00 petang ada majlis penutup. YB, Adun Kok Lanas datang untuk acara penutup..berucap sepatah dua kata.. lepas tu minum petang dan bergambar beramai2.

Kemudian kami sambung keje mengemas bilik darjah semula seperti asal.

peserta mendaftar


kaunter handgrip & anthropometry

kaunter BP

sesi questionnaire

busy dengan questionnaire

kaunter Pulse Wave Velocity

sabar menunggu giliran

bergambar bersama YB Dato Mohd Alwi Che Mat


Balik guest house, urus diri. Malamnya pula ada jemputan dinner di rumah K.Wanie. Pergi ke rumahnya dengan menaiki bas beramai2. Makanan semuanya sedap. TQ

tengah menunggu bus..

bus lambat datang..

di rumah K.Wanie, beratur ambil juadah

makan2 dan bersembang

Lepas makan, aku pegi Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Sampai wakaf Che Yeh jam 9.40pm, masih awal. Ada kedai baru nak buka..Semakin lewat malam makin happening. Berjalan-jalan sehingga jam 11 lebih. Beli apa? Beli makanan dah buah-buahan sahaja. Yang banyaknya jalan2 tengok gelagat orang kat situ. Pastu balik guest house.

suasana di pasar malam wakaf che yeh

Friday, October 24, 2008

Ketereh Part 3

17 Oct, jam 6.50 pagi bertolak dari rumah untuk ke Ketereh..abang hantar aku. Tiba di sekolah jam 7am, bersarapan nasi lemak. Pastu jam 7.30am dah start buat keje sebab peserta dah datang.. awal sungguh makcik pakcik ni datang..dalam jadual suruh datang jam 8.00pagi.

Aku bertugas di kaunter BP (blood pressure)..check tekanan darah makcik pakcik.. Dalam pukul 9.00 pagi orang makin ramai.. kaunter pendaftran sesak.. semua nak register..6 kaunter pendaftaran yang dibuka tak cukup menampung orang ramai yang datang sekali gus.. jadi Razif suruh aku tinggalkan kaunter BP, buka kaunter pendaftaran baru..nak buka kat mana?? Dalam kelas ni dah penuh.. aku apa lagi..dah dalam kelas penuh..kita buat kaunter kat luar kelas jer lah.. aku buka kaunter bawah pokok dekat pondok..hehehe… nasib la.. janji ada kaunter baru..bila buka kaunter baru..ramai datang serbu, dah la tiada system nombor.. semua orang nak cepat...huhuhu.. Namun, pendaftaran akhirnya selesai jugak..hehehe..

Selepas semua dah mendaftar, aku kembali semula ke kaunter BP..buat keje sampai tghari..berhenti lunch bila peserta berkurangan..budak2 lelaki pergi solat jumaat..kena jaga kaunter bergilir2 sebab kawan2 lain kena lunch juga.. Lepas lunch, aku buat questionnaire untuk pakcik makcik.. diaorang kena isi borang soal selidik yang diberikan.. Kami yang kena isi sebab makcik pakcik ni bagi alasan tak reti nak isi., nak tak nak kena lah isi untuk diaorang.. kita yang menyoal soalan, dia hanya jawab..dan kita kena tanda dalam borang yang disediakan.

Siap buat questionare jam 5 lebih.. pastu sambung keje kat lab pulak..Beramai2 buat keje kat lab sebab nak cepat siap..jam 8.30 malam keje kat lab siap.

Malam ini ada dinner untuk kitaorang. Pengerusi RT suruh dress properly, disediakan makan malam dan persembahan dikir barat Jeng Endoro (Kumpulan The Rock). Oleh kerana keje yang banyak dan siap lewat kami terus ke dewan dengan pakaian yang sama..hehehe..

Dari sekolah jalan kaki ke dewan, ingatkan dekat..rupanya jauh juga lebih kurang 1.5km. Jalan masuk ke tempat dewan tu gelap gelita..jalan kampong tiada lampu jalan.. Kalu berjalan sorang2..confirm aku tak lalu situ..sunyi dan gelap..bahaya2..

Kami sampai kat Dewan, VIP dah tiba.. semua pakai cantik2.. tuan rumah pakai baju batik lagi..kami jer pakai baju sama sepanjang hari.. Majlis mula jam 9.00 malam, ada ucapan dulu..3 orang berucap. Kami tak fikir sangat pasal ucapan VIP, kami tunggu nak makan jer. Semua dah penat dan lapar.. bila emcee menjemput semua menjamu selera.. kami semua serbu meja makanan.. dinner dengan nasi kerabu daging bakar, ayam bakar, ikan bakar. Ikan sedikit masin namun tetap best.. sambil makan dengar persembahan dikir barat, live!.. guna loghat kelate..aku faham.. kawan2 ku yang lain buat2 faham..kekeke..

Semua orang melayan makanan, bukan concentrate sangat dengar dikir barat..hehehe.. Bila dah siap makan.. persembahan tak tak habis lagi..VIP tak berganjak dari meja tapi kami dah mengantuk dan penat..nak balik rumah.. Dengan tidak sopan (ikut etika majlis la) kami beransur-ansur meninggalkan majlis..huhuhu..

Tuan rumah kami minta maaf bebanyak sebab terpaksa minta diri dulu. Kami memahami tuan rumah meraikan kami..tapi apakan daya dah penat sangat, semua nak balik tido. Balik ke guest house tak berjalan kaki sebab Alif hantar naik kete..:-) TQ Alif.

tempat kejadian health screening

pendaftaran awal pagi

peserta makin ramai

kaunter ambil darah

kaunter BP

kaunter pendaftaran bawah pokok

Dean ambil darah jugak

di lab

suasana sibuk di lab

tengah menunggu untuk dinner

VIP berucap

beratur mengambil makanan

nasi kerabu..

menjamu selera

Kumpulan The rock! lagu jeng endoro:-)

Nota:

Terima kasih En. Wie Machang, belanja etak.. Dato’ KY pun makan gak..ramai yang berminat nak cuba tapi berapa reti nak makan etak..Dato’KY kata kena ada konsentrasi kalu nak makan etak ni, baru leh makan. Cayalah Dato’!..