Followers

Sunday, October 12, 2008

Sekendi

12 Syawal. Hari ini aku bersama warga Fakulti berhari raya di rumah anak-anak yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor. Perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit dari Shah Alam untuk tiba di Sekendi, Sabak Bernam.

Tiba di rumah anak yatim jam 10.50pagi.. Kemudian kami bergotong royong memasak makanan untuk jamuan hari raya.. Pihak rumah anak yatim tidak perlu memasak makanan hari ini kerana kami yang akan memasak untuk mereka. Kami memasak juadah hari raya untuk meraikan warga rumah anak yatim tersebut.

Chef2 terdiri daripada rakan sekerja yang mempunyai kepakaran masing2 dalam memasak. Kami memasak rendang minang, chef di datangkan dari Kuala Pilah N9, chef Sham& Saba. Masak laksa utara, mee goreng, begedil oleh chef Razif. Masak soto, meehun sup oleh chef Ima. BBQ oleh Rahman & the geng. Juadah lain yang dibawa nasi himpit & kuah kacang, kuih-muih dan buah-buahan.

Sementara menunggu juadah siap dimasak, ativiti berkumpulan dijalankan bersama anak2 yatim..Fasilitator terdiri daripada staf dan pelajar fakulti perubatan.

Majlis jamuan hari raya bermula jam 2 petang. Disamping membuat jamuan raya..kami turut memberikan duit raya dan menyerahkan sumbangan wang kepada pengetua rumah anak yatim ini. Terima kasih buat pensyarah, staf, pelajar dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada rumah anak yatim ini.

Majlis tamat sekitar jam 5 petang. Jam 5.30 petang kami bertolak pulang ke Shah Alam. Pengalaman kali pertama aku berhari raya di rumah anak yatim amat meriah dan menyeronokkan. :-)


tiba di rumah anak yatim, disambut oleh mereka..

tetiba diserbu anak2 yatim untuk bersalaman..

di tempat memasak, kupas kulit telor..En Im yang sporting, tak sangka jumpa kat sini..hehehe

bergotong-royong membuat persiapan memasak

chef Razif, cikgu ? & Suhail..memasak laksa

akhawat kupas bawang..

ikhwah pun kupas bawang gak..:-)

suasana di dapur..busy:-)

chef Rahman & the geng..:-) buat BBQ

ni nak masak apa ni??

soto, begedil & meehun sup..siap untuk di makan

laksa, siap untuk dimakan..:-) jangan lupa kuahnya..

mengambil juadah..

bersama anak2 yatim..

pilih2 juadah, macam2 ada..:-)

penyampaian sumbangan..

ucapan penutup oleh Ust Helmi, pengetua rumah anak yatim

anak2 yatim..

bergambar di atas buaian sebelum pulang..:-)


Penghuni rumah anak yatim ini seramai 71 orang dan keadaan rumah anak yatim ini amat sederhana. Mempunyai asrama untuk lelaki dan wanita, surau dan kantin.

Bagi yang ingin membantu bolehlah menghubungi Ust. Helmi (Pengetua Rumah Anak Yatim Sekendi) di talian 012-6911998.

No comments: