Followers

Wednesday, July 22, 2009

Ketereh 2- part 2


pendaftaran peserta waktu pagi

check ECG

nasi kerabu

menonton sambil bersila

dikir barat D the Rock

pulut+ durian+santan bergaram +gula

makan, gunalah tangan

pemakan buah

Monday, July 20, 2009

Ketereh 2- part 1

Jumaat, 1st day health screening. Tiba di sekolah sebelum jam 8am. Sarapan belum ready lagi.. start buat keje dulu. Then bergilir-gilir pegi sarapan. Makan nasi lemak versi Kelantan, ringkas sahaja. Tanpa kacang goreng.

Bagi orang bukan Kelantan, tertanya-tanya “Tiada kueh ke?” . Aku antara orang terlewat bersarapan..

Hari pertama, agak tidak terlalu busy. Kerja-kerja pemeriksaan kesihatan siap sekitar jam 5 petang. Minum petang dihidangkan dengan kueh akok dan karipap. Kueh akok yang lembut, lemak, sedap & berkedut.. bak kata pakcik caterer “ni akok gha mahal” (akok ini mahal harganya), bermaksud akok berkualiti. Pakcik suruh kami bawa balik ke tempat penginapan akok yang lebih minum petang , supaya tidak membazir dan sebab harganya mahal! Mahal? , berapa harga aku pun tak tahu.. tapi akok itu memang sedap!



check BP petugas dulu sebelum check BP peserta

pendaftaran peserta

ambil darah


Selepas minum petang kami bercadang untuk segera pulang, tetapi disuruh tunggu dulu sebab ada orang belanja makan durian. Jadi semua makan durian beramai-ramai. Makan banyak durian jadi panas badan.. aku makan 5 ulas jer..hehehe

makan durian dengan bergaya


inilah sebahagian hasilnya setelah isi durian dimakan..huhuhu

minum air dalam kulit durian, petua apakah itu??

Balik ketempat penginapan, aku ambil beg. Kami akan ke pasar malam di Melor. Bebudak lelaki pergi ke KB Mall di kota bharu. Bagi yang perempuan, mereka ke pasar malam di Melor, tidak jauh dari ketereh..sekitar 5 minit perjalanan. Aku menemani kawan-kawan membeli makanan di pasar malam tersebut.

Ketika menghampiri waktu maghrib, satu suasana yang jarang dilihat di tempat lain berlaku. Di mana gerai-gerai berhenti jualan seketika bagi menghormati waktu maghrib. Pembeli turut memahami keadaan itu dimana mereka berhenti membeli. Penguatkuasa bertugas memantau keadaan itu dan memberi peringatan bahawa waktu maghrib telah tiba dan pergi la solat. Bagi pengunjung setempat yang baru tiba, juga memahami keadaan itu, mereka menunggu sehingga gerai start berjualan semula. Tidak lama selepas itu aktiviti jualan beroperasi semula. Semua gerai menyalakan lampu serentak.. jual beli berjalan seperti biasa. Aku memerhati keadaan itu sambil duduk-duduk di bus stop. Kawan-kawan yang lain telah pulang ke ketereh. Kemudian Abg Pi dan Najwa tiba untuk menjemput aku pulang ke rumah.

Pulang ke rumah untuk bermalam dan bertemu emak dan ayah serta anak-anak sedara. Dinner bersama ayah dan emak… bersembang dan menonton tv bersama mereka. Kemudian beradu..esok kena pergi keje lagi..


Thursday, July 16, 2009

ketereh 2

trip ke ketereh buat kali ke 2 untuk health screening. bertolak dari shah alam jam 11.30 pagi dan tiba di tempat yang dituju jam 10 malam.

kali ini ke SMK kg cengal ketereh, health screening pada hari jumaat, sabtu dan ahad. tempat penginapan seperti biasa masih di pekan ketereh. Persiapan tempat di sekolah sehingga jam 12 tengah malam. Agak memenatkan dengan perjalanan yang jauh. kemudian pulang ke tempat penginapan, sudah menghampiri jam 1 pagi.. huhuhu..dan membuatkan aku tidak sempat pulang ke rumah untuk bermalam kerana telah lewat malam. tidak ingin menyusahkan orang yang telah tidor menjemput aku pulang dari ketereh dalam waktu ini.

berehat seketika sambil updates blog ni.. jam berapa mau tido ini, belum tahu lagi.. Esok pastinya jam 7am telah siap sedia untuk ke tempat health screening..

citer pasal health screening akan diupdates lagi..

hmm.. aku mau iron baju untuk esok, ok. wasalam.

Thursday, July 2, 2009

hari ini

Hari ini, hari Jumaat. Alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Nya untuk bernafas lagi , menghirup udaraNya secara percuma. itu lah antara nikmat Allah daripada sekian banyak nikmat yang diberikan kepada hambaNya.. Bersyukur la..

Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari, hari yang paling mulia, penghulu segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


Perbanyakan amalan ibadat di hari Jumaat dan banyakkanlah berdoa kepada Allah

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Pelbagai peristiwa berlaku pada hari Jumaat, a
ntara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Juga didalam hari Jumaat, ada solat Jumaat.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

"Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat".

sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kebaikan hari jumaat ini..

Hari ini aku ada 2 meeting yang perlu dihadiri. tengahari meeting bersama isteri VC dan petang meeting biro. Permudahkanlah segala urusanku..

Dan hari ini juga aku akan balik kampung, malam nanti..hehehee.. Berbunga rasa hati..semoga perjalanan lancar dan selamat tiba ke destinasi.. Amin.

Buat semua, Selamat Berhari Jumaat..



hari jumaat memang best (bg aku lah) sebab rehat panjang, masa bekerja terasa singkat.. dan esoknya weekend!!..libur :-)