Followers

Saturday, April 25, 2009

biocareer

floor plan, booth B06

pintu masuk

selamat datang

Dah 2 minggu tak update blog ni..kebizian campur kemalasan. padahal banyak jer perkara berlaku dalam 2 minggu ni yang perlu di update..

Cumanya hari ni aku nak bagitau pasal Biocareer Exhibition 2009. Sesiapa nak cari keje dalam bidang bio/sains/biotechnology boleh la berkunjung ke exhibition ni. Tempatnya di KLCC Convention Centre. Date 25-26 April 2009. Masa lawatan 10am-6pm.

Jabatan/Fakulti aku ada gak booth kat pameran ni. Tapi kami tak offer keje. Kami nak cari postgraduate students. Namun begitu kalu sesiapa nak jadi lecturer, offer dibuka sepanjang masa. Hantar resume kat UiTM dan fakulti berkenaan la. Bagi sesiapa yang berkelayakan dalam bidang gred U, contohnya U29 ke, boleh la hantar resume ke fakulti aku.

Jadi kepada sesiapa yang mencari keje, boleh la datang ke BioCareer Exhibition ni. Banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan. Jangan lupa bawa resume banyak2.. nanti boleh drop kat mana2 booth yang berkenaan.

ok la, aku nak gi tengok tv3 suku..bola final FA sape agaknya menang malam ni? kelantan atau selangor.. jangan ada yang bakar stadium , dah ler..hehehee..


....................
kelantan KALAH, selangor MENANG penalti

Sunday, April 5, 2009

Jom pi Sleep


Jom pergi tidur?? Bukan, Jom pi sleep... jom beramai-ramai Sleep. Sebenarnya aku nak ajak korang semua datang dengar talk pasal SLEEP. Pasal tidur.. Bila? Tengok poster kat atas bawah ni..


sleep medicine

Bagi department aku, compulsory kena attend..huh! Asyik compulsory jer..Eh, jangan komplen.. ini semua ilmu..tidak rugi pun kena pegi dengar pasal ilmu "tidur".. kekeke..


Kepada sesiapa yang berminat, boleh la datang ke UiTM, Fakulti Perubatan. Free admission!. Dapat ilmu free. Talk pasal Sleep Medicine. Kalu rasa talk kurang menarik, boleh la tido dalam lecture hall…kakakaka (jangan cakap aku ajar korang tido pulak).. Tapi apa salahnya tido.. dah ceramah pun bertajuk SLEEP.. Habisla pasni semua pakat tidur dalam hall..


Datang beramai-ramai untuk dengar talk ini. Speaker pun hebat-hebat belaka.. ada local dan international.. talk terbuka kepada semua tidak semestinya bidang medicine, sesiapa pun boleh attend, janji berminat nak dengar ceramah ilmu.


Jom mengimarahkan majlis ilmu..

Saturday, April 4, 2009

Perlis


Jumaat pagi pergi Perlis, perjalanan selama 6 jam. Berada di Perlis bersama DSZM dan Rusni. Menghadiri majlis Hi Tea PEWANI UiTM Perlis. Tema pink dan putih. Menginap di Rumah Tamu 1.


Petangnya jumpa Azira, dia baru habis kursus astronomy. Pergi ke rumahnya. Malamnya keluar dinner di Kuala Perlis. Balik ke kampus, aku singgah tengok cerapan bulan dan bintang. Yang lain terus balik ke rumah tamu. Azira menunggu aku di depan gate UiTM Perlis. Bulan bintang tidak nampak, cuaca tidak berapa elok, berawan kerana siang harinya hujan. Tetiba cahaya menyimbah muka, eh! siapa snap picture ni? Rupanya si Syed. Bertegur sapa, dan dia bertugas malam itu. Katanya nak tunggu cerapan sampai jam 6 pagi.. nak tengok bintang.


Azira hantar aku balik Rumah Tamu. Jam menghampiri 12 malam. Penat dan mengantuk . Sms DSZM, tak berbalas. Dia dah tido agaknya. Alhamdulillah.. aku pun turut beradu.

………

Sabtu pagi Puan Hanisah called, sarapan pagi akan dihantar ke rumah tamu. Then dia called lagi, memberitahu isteri MB Perlis nak datang berjumpa DSZM di rumah tamu. Aku memaklumkan DSZM. Bersiap, urus diri. Sarapan bersama DSZM. Menunggu isteri MB Perlis sambil menonton TV dan membaca newspaper hari Jumaat..


Selepas pertemuan dengan isteri MB Perlis, kami check out dari rumah tamu jam 12.30 tengahari. Rusni tidak pulang bersama kami, dia akan ke UUM. DSZM dan aku menuju ke Warung Pokok Sawa (Ciku). Lunch di situ. Kedai makan yang ramai pelanggan. Menu makanan simple tetapi sedap..


Jam 1.45 petang bertolak pulang ke shah alam. Tiba di Shah Alam jam 7 petang. Terima kasih Pak Ayob yang membawa kami dengan selamat ke Perlis dan kembali semula ke Shah Alam.


table hi tea

ketibaan VVIP masuk ke dalam dewan

DSZM memberi ucapan

isteri Speaker DUN Perlis

koir pewani perlis

fesyen show

bergambar beramai-ramai

3 paling tengah: Isteri Pengarah kampus Perlis, isteri Speaker DUN Perlis, isteri VC UiTM

bersama wakil cawangan Perak, Pulau Pinang, Kedah, Shah Alam serta jawatankuasa pengajur

di rumah tamu: Isteri MB perlis, DSZM & puan suhara
.............

Terima kasih Puan Suhara dan Puan Hanisah atas layanan yang diberikan semasa kami di Perlis. Semoga dapat jumpa lagi di lain masa dan ketika..




p/s: Sesiapa yang ingin ke Perlis, pertengahan April- Mei adalah musim buah mangga Harumanis.

Wednesday, April 1, 2009

Glamer ?

Berjalan laju menuju ke pintu utama. Melangkah masuk ke hotel, terus memandang kearah coffee house. Siapa yang dah sampai dahulu? Atau aku yang terlewat.? Aku belum terlewat sebab masih ramai yang belum tiba lagi.. Terpandang wajah seseorang dari pada sisi. Macam kenal mamat ni, siapa ye? Ooh..aku kenal, tukang masak terkenal kat TV Malaya.

Aku mengambil makanan, duduk meja bulat. Sambil makan, sambil tengok mamat tadi dan sambil tunggu Datin Seri tiba. Mamat ni memang peramah, dia memang suka bercakap..sama lah macam dalam TV.

Datin Seri tiba, aku bersalaman, pelawa duduk semeja. Aku sambung makan. Rasa nak makan banyak hari ini..tamakkah aku..atau lapar sebenarnya? ? Lepas makan buah, salad..makanan berat..desert??.

Eh, mamat tu dah nak beredar, zohor dah semakin hampir. Hari Jumaat. Seorang wanita menghampirinya, menegur. Mamat itu datang ke meja bulat ku. Bertegur sapa dengan Datin Seri. Wanita tadi berdiri disampingnya, diikuti wanita-wanita lain..kemudian cahaya menyimbah muka..semua tersenyum. Ramai peminat juga dia ni..macam glamer.. Glamer ke?

Datin Seri dah siap makan.. beberapa orang telah beralih ke meja 4 segi disambung jadi meja panjang. Acara makan terhenti, aku habiskan makan dulu.. Buka majlis, ada yang mendengar dan ada yang bercakap-cakap sehingga sejam lebih. Kemudian tangguh majlis, bersurai.


salad

glamer eh?

meja panjang segi 4

……..;

Mamat tu memang glamer pun..celebriti kan.. aku suka gak tengok rancangan masakannya. Tengok saja, tetapi tak pernah mencuba resepinya..kekekeke..