Followers

Tuesday, January 20, 2009

Amanat VC

amanat by VC

datang lambat , duduk la belakang..huhuhu..

Hari ini 21 Januari 2009. Aku sempat mengikuti perutusan naib canselor untuk warga UiTM. Dewan Seri Budiman penuh dengan warga UiTM yang hadir. Amanat tahun 2009 sebanyak 10 perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua warga UiTM, samada pendidik dan pentadbir.

Tema amanat 2009 adalah Pencapaian Bersama Pengiktirafan Dunia (PBPD). Di dalam buku PBPD tahun ini antaranya menyentuh aspek kepimpinan, governans, penyelidikan, akademik, ICT, penyebaran maklumat, pembangunan pelajar, pentadbiran dan kewangan.

Sejurus selepas perutusan 2009, Tabung Bantuan Kemanusian Palestine dilancarkan peringkat UiTM. Diharap semua warga UiTM dapat menderma dan menyumbang sebanyak mana yang mungkin.

Bantulah Palestine. Boikot Israel. Peace.


Wednesday, January 14, 2009

Tak tahu buat

sorry ye Iman, pinjam pic seksi hang. Nak edit cantik2, tapi buruk pulak jadinya..huhuhu


ni aku bubuh layer satin, jadi kelabu macam ni muka anak sedara aku..hohoho

hii..saya Iman Nasuha, background pics saya jadi buruk hasil keje makcik saya..

Begini lah jadinya.. background hitam legam. Kononnya nak belajar edit gambar. Eksperimen guna pics niece aku yang paling kecil setakat ni, 1 tahun 7 bulan..hohoho.. last2 jadi hitam legam..aku brush semua backgroundnya..kekeke. Guna photoshop CS3 versi 10.0

Kena berguru dengan kamitaken nampaknya bab meng 'edit' gambar ni. Bolehkah patik menjadi anak murid tuan hamba?

Cerita last week..

bersesak-sesak

sabar menanti

'mereka' ada di situ

9 Januari 2009, Jumaat

Jam 7.00 pagi kami bertolak pulang ke kampung. Pagi ini emak dan ayah tiba di Malaysia daripada Madinah. Kakaks yang tidak pulang ke kampung, menunggu parents di KLIA. Jam 8.00 pagi ketibaan. Semasa dalam perjalanan pulang, kakak menghantar sms dan memberitahu bahawa mereka telah berjumpa dengan emak dan ayah di KLIA. Kakak membuat panggilan daripada KLIA dan aku dapat bercakap dengan emak. Parents sihat dan ceria. Flight parents ke KB pula jam 3.20 petang.

Tiba di rumah jam 2.10pm. Solat dan rehat. Sejam kemudian kami menuju ke airport pengkalan Chepa. Tiba di sana jam 4.10pm. Flight dari KL baru tiba. Berjalan menuju ke balai ketibaan. Ramai manusia yang berkumpul di sana, semuanya menunggu kepulangan orang tersayang dan saudara-mara.

Melihat ke ruang ketibaan, jemaah haji yang pulang belum kelihatan.. mungkin baru keluar daripada flight. Semua orang menunggu dengan sabar. Orang semakin ramai dan bersesak-sesak di depan pintu balai ketibaan. Tidak berapa lama selepas itu aku melihat kelibat emak, menuju ke tempat bagasi dan ayah juga menuju ke tempat sama.

Kami menunggu lagi, seorang demi seorang jemaah haji keluar dari balai ketibaan. Termasuklah parents kami..aku memeluk dan bersalaman dengan emak dan ayah. Perubahan fizikal yang ketara pada ayah dan emak ialah mereka kelihatan lebih cerah daripada biasa. Mungkin suhu dan cuaca di tanah haram yang dingin.

Alhamdulillah, kedua orang tua ku sihat walaupun ayah ada sedikit batuk-batuk. Kami pulang ke rumah dengan gembira kerana mereka telah selamat pulang daripada mengerjakan haji dan kembali ke tanah air.


10 Januari 2009, Sabtu

Awal pagi pergi pasar, beli barang-barang basah untuk kenduri kesyukuran sempena kepulangan parents dari tanah haram. Abg Pi sponsor kambing seekor. Siapa yang sembelih kambing? mungkin ayah atau mungkin Abg Pi sendiri..tak pasti sebab aku ke pasar.

Balik dari pasar, kerja masak memasak pun berlangsung. Seperti biasa chef adalah Abg Pi. Tetamu jemputan adalah saudara-mara dan jiran tetangga. Tengahari Abg Li sampai dari Cameron Highlands. Dia singgah di Kok Lanas dulu, bawa mertua a.k.a besan ayah datang sekali ke rumah. Tetamu hadir dari tengahari sehingga malam.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun kepenatan..:-)


11 Januari 2009, Ahad

Pergi HUSM, bawa parents jumpa doktor, check kesihatan. Tekanan darah emak normal dan sambung pengambilan ubat-ubatan seperti biasa. Ayah seperti biasa kena ambil darah untuk check kecairan darah dan sambung ubat-ubatannya. Result kecairan darah akan diperolehi keeseokkan harinya. Ayah kena datang HUSM lagi esok dengan Abg Pi. Kali pertama emak dikenakan bayaran perubatan sebab surat jaminan emak dah expired tahun lalu. Kena bawa surat baru untuk emak next time. Ayah dapat rawatan percuma.

Petangnya kami pergi Bandar KB, untuk shopping. Seperti biasa membeli-belah pesanan dan kiriman orang dan buah tangan untuk housemates dan kawan-kawan.


12 Januari 2009, Isnin

Jam 7.30am bertolak ke Kuala Lumpur. Tiba di KL jam 3pm. Solat dan rehat seketika di rumah kakak. Aku sampai di rumah Shah Alam jam 6.30pm. 13 Januari 2009, kembali bertugas seperti biasa.

Wednesday, January 7, 2009

Besday


HAPPY BIRTHDAY!!

SELAMAT HARI LAHIR buat Kak Zan yang lahir pada 8hb Januari.

" Ya Allah, panjangkanlah umur dalam mentaatiMu & mentaati utusanMu serta jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh." Amin..

Diucapkan selamat panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera selalu. Dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Nya sentiasa.

Sunday, January 4, 2009

Kak Chik


Entry ini aku dedikasikan buat kakak ku.

Selamat hari lahir buat Kak Chik a.k.a Nor Nazila yang menyambut hari lahirnya pada 03 Januari. Bertambah lagi usia dan semoga semakin bertambah keimanan kepada-Nya. Semoga tahun ini lebih banyak kejayaan dan barakah yang dilimpahkan oleh Nya.

Panggilan kak chik amat senonim dengannya. Kenapa dia dipanggil kak chik aku pun tak tahu. Semua kenalan sekolah rendahnya lebih mengenalinya dengan nama kak chik sampaikan ada yang tidak tahu nama sebenar sebab kebanyakan orang memanggil namanya sebegitu. Amat tegas, tetap pendirian dan komited dengan apa yang dilakukan. Ingin membuat yang terbaik dalam apa jua perkara.

Pada ku, dia adalah yang paling pandai dan paling rajin belajar dalam keluarga kami. Pernah belajar di KISAS, UM, UKM dan sekarang UIA. Selamat menghabiskan pengajian master (MA Syariah) di tahun ini. Semoga najah dengan cemerlang.

Terima kasih atas segala jasa baik, sokongan dan sentiasa menolong ku. Diharap pertolongan kewangan, nasihat, pendapat dan bimbingan tidak akan berkurang. Maaf di atas segala kesalahan ku selama ini dan mungkin yang akan datang.. siapa tahu. Dulu kami selalu gak bergaduh. Zaman budak2 dan zaman sekolah, biasa lah kan..hehehe. Zaman dewasa ini bergaduhnya lain sikit.. tak sama dengan zaman budak2..:-)

Melawan kakak/(abang) sebenarnya satu kesalahan dalam keluarga. Mesti hormat, taat dan ikut. Berkata/ membahasakan diri ganti nama sebagai ”aku” ketika geram, nak marah atau secara tidak sengaja adalah SALAH. Akan dianggap biadap dan tidak hormat kepada orang tua. Jadi jika timbul perasaan amarah, kenalah bersabar jangan terkeluar perkataan ”aku”. Sekiranya terkeluar juga perkataan ”aku”, bersedialah untuk menerima ceramah pendek. Bukan dari seorang tapi daripada ramai orang dalam keluarga, huhuhu. Menginsafkan untuk seketika. Oleh itu gunalah ganti nama yang lain untuk mengekpresikan perasaan marah..kekeke.. Menjadi ke kalau marah guna ganti nama (contoh) sebagai ”saya’/ ’adik’/ ’kita’ dll??

Semoga tahun ini mendatangkan lebih banyak kejayaan dan kebaikan dari tahun sebelumnya. Semoga segala apa yang dicita-citakan akan tercapai. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan sentiasa kejayaan kita bersama..

Terima kasih kerana ’membelanja’ kami sempena menyambut hari lahir tahun ini. Terima kasih daun keladi. Tahun depan belanja lah lagi. Terima kasih kerana menjadi kakak ku.

Thursday, January 1, 2009

Tahun 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Tiada sambutan untuk tahun baru ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Lebih selesa berada di rumah di malam tahun baru. Beristirehat . 1 January, public holiday.. Juga menghabiskan masa di rumah. Dating bersama housemates yang susah untuk bersua muka disebabkan jadual waktu kerja yang berbeza.

Selamat Tahun Baru buat semua. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga azam dan impian yang dicita-citakan yang akan tercapai.