Followers

Tuesday, December 30, 2008

Cerita Thailand

Alhamdulillah, selamat kembali ke Malaysia dan kembali bertugas seperti biasa pada 2 Muharram 1430 H. Terlebih dahulu ingin diucapkan Selamat Tahun baru Hijriah 1430H buat semua. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan dilimpahkan barakah oleh Nya..
Selama 10 hari berkelana a.k.a bercuti di Thailand bermula 19- 28 Disember 2008. Sedikit catatan sepanjang 10 hari di negara Thai. Aku akan mulakan catatan daripada hari pertama sehingga hari ke sepuluh.
Hari pertama, 19/12/2008- Jumaat
Jam 6.00 pagi aku tiba di Melor. Abang Lie datang menjemputku di stesen bus dan pulang ke rumah. Rumah sunyi, kedengaran Abg Pi tengah solat subuh berjemaah dan isterinya. Aku menunggu di luar rumah sehingga pintu dibuka usai mereka solat. Naik ke rumah bersalaman dengan Kak Nun. Kebiasaannya emak dan ayah menyambut kepulanganku. Buat masa ini emak dan ayah masih di tanah haram. Kemudian aku mandi, solat subuh dan bersiap. Sebelum keluar, bersarapan dengan nasi berlauk yang dibeli oleh Abg Lie. Jam 7.10am bertolak UiTM Machang, melalui Banggol Judah (betul ke ejaan ni?), kali pertama melalui jalan ini. Abg Lie kata ini jalan short cut untuk sampai uitm machang. Tiba di uitm machang jam 8.05 pagi. Bus dah menunggu di sana. Aku mengeluarkan beg dari kereta dan membawa ke bus. Selepas bersalaman dengan Abg Lie, aku menaiki bus dan dia pun pulang ke Kok Lanas.
Di dalam bus aku duduk sorang, ahli rombongan yang bersama-sama dengan ku tidak ku kenali. Cuma terdapat beberapa muka yang familiar, yang pernah aku lihat. Tapi di mana ya? Mereka ini warga uitm..mungkin pernah jumpa di mana-mana events dalam uitm. Lima belas minit selepas itu bus mula bergerak ke rantau Panjang. Di dalam bus, En. Khalid selaku urusetia rombongan menawarkan bantuan sekiranya sesiapa yang ingin menukar wang RM ke THB boleh la memberikan kepada beliau untuk ditukarkan di kaunter money changer di rantau panjang. Aku turut mengambil peluang ini, kerana tidak berkesempatan menukar wang di shah alam. Sebelum sampai di rantau panjang, bus berhenti di sebuah kedai makan, semua turun untuk bersarapan. Aku yang sudah bersarapan masih kenyang lagi. Aku minta izin untuk duduk semeja dengan 2 gadis ini. Dia mempersilakan. Kemudian kami berkenalan, rupanya mereka dua beradik. Liza dan Lin. Liza dari UiTM Perak. Liza membawa adiknya Lin bersama sebagai peneman di kala berkelana ini.
Selepas bersarapan, semua menaiki bus. Di dalam bus sedikit taklimat diberikan dan dilantik ketua deligasi tidak rasmi. Ustaz Noor menjadi ketua deligasi duta kecil uitm ke negara gajah putih. Beliau memberi peringatan dan nasihat semasa berada di negara orang nanti kepada rombongan seramai 37 orang. Lagi 2 orang menunggu di rantau panjang. Seramai 39 orang yang join trip terdiri daripada family yang turut membawa anak2, berpasangan dan single. Sebelum perjalanan diteruskan bacaan doa dibacakan oleh beliau. Semoga perjalanan ini selamat, program berjalan lancar dan diberkati Allah. Ameen.
Menghampiri jam 10.15 pagi, kami tiba di imegresen rantau panjang. Semua turun daripada bus dan menuju ke kaunter imegresen. Ada yang beratur cop pasport, ada yang menggunakan sistem pengimbas pasport. Aku menggunakan sistem pengimbas pasport sebab cepat dan mudah. Kemudian berjalan menuju ke jambatan sungai Golok. Bertemu dengan Azira, semasa berjalan beriringan. Berkenalan di atas jambatan sungai golok. Azira dari uitm perlis. Dia datang sendirian tidak berteman untuk trip ini. Dia mengajak aku ’saing’ bersama. Aku terus mengiyakan kerana kami sama-sama sendirian. Kami menuju ke kaunter imegresen Sungai Golok. Kaunter imegresen sungai golok biasa-biasa aja seperti kaunter di pejabat pos. Aku ambil borang departure & arrival. Seperti biasa kena isi borang itu dahulu kalau nak masuk ke negara lain. Kemudian barulah pasport dicop untuk masuk ke negara tersebut. Kami sempat bergambar di kaunter imegresen ketika beratur menunggu giliran. Apa nak buat, kali pertama masuk negara gajah putih ini..hehehe..ambil gambar dan bergambar itu penting!
Bus yang akan membawa kami menjelajah negara gajah putih telah sedia menunggu. Segala bagasi/ beg telah dipindahkan dari bus uitm kepada bus berplat siam. Aku meletakkan beg sandang sebagai ’cop’ tempat dalam bus. Berkira-kira ingin duduk di seat mana? Bus double decker. Nak duduk di bawah atau di atas? Aku memilih untuk duduk di atas dan di tempat paling hadapan berikutan pengalaman lalu naik bus 2 tingkat duduk seat paling hadapan.. Kenapa pilih seat paling depan? Kerana boleh tengok view yang luas..pandangan hadapan, kiri dan kanan.
Azira bertanyakan aku, ”duduk seat mana”? Aku memberitahu aku dah ’cop’ tempat duduk di hadapan. Dia ikut sahaja kerana dah janji akan ’saing’ dengan aku dalam perjalanan ini. Pada aku, seat hadapan agak selesa. Ada tempat untuk letak bag di depan, dan boleh melunjurkan kaki..ruang yang luas..kekeke..
Jam 11.07pagi waktu malaysia, perjalanan pun bermula meninggalkan sungai golok. En. Khalid memberitahu sepanjang berada di Thailand, kami kena menggunakan waktu Thailand bagi mengelakkan kekeliruan. Waktu Thailand lewat sejam berbanding Malaysia. Aku tidak meng adjust jam kepada waktu Thailand. Masih menggunakan waktu malaysia. Setiap kali tengok jam, kena tolak 1 jam. Waktu yang aku nyatakan nanti semuanya ikut jam malaysia.
Sepanjang perjalanan di Selatan Thai, terdapat banyak road block, dengan kawat berduri, kenderaan bergerak seperti huruf Z. Lebih dari 20 road block kami lalui..mungkin banyak lagi sebab aku tak kira. Sepanjang road block ada police atau tentera Thai yang berkawal dan bersenjata. Aku rasakan mungkin disebabkan peristiwa pergolakan di selatan Thai menyebabkan keadaan seperti ini berlaku. Agak tidak adil..menyukarkan perjalanan dan menyusahkan..Mungkin atas sebab keselamatan mereka berbuat demikian.
Kami melalui highway.. disepanjang jalan kelihatan signboard ke Hat Yai, Yala, Narathiwat dan wilayah lain di selatan Thai. Aku perhatikan jalanrayanya lurus tidak banyak yang bengkang-bengkok. Disajikan pemandangan sawah padi dan kami juga nampak lautan di perjalanan. Laut andaman mungkin atau laut China selatan, tak pasti. Kami melalui perkampungan muslim Thai. Tetapi aku tidak tahu di wilayah mana. Kelihatan di jalanan mereka baru pulang daripada solat Jumaat. Ada berserban, berkopiah dan berjubah putih. Aku hanya snap gambar mereka dalam perjalanan. Sememangnya selatan Thai, majoriti adalah muslim.
Dalam pukul 4 petang, bus berhenti di Cha Nak (ejaan nama tempat tak pasti). Kami berhenti makan a.k.a lunch. Makan di kedai muslim, di hadapan kedainya ada pokok jambu air warna merah.Tuan kedai boleh berbahasa Melayu. Memudahkan untuk kami membuat pesanan makanan. Di kedainya turut disediakan kemudahan tandas dan runag untuk solat. Ada yang mengambil kesempatan untuk bersolat di situ. Setelah makan kami meneruskan perjalanan.
Jam 6.00pm kami singgah di suatu hentian di Trang. Berhenti untuk solat jamak zuhur dan asar bagi yang belum menunaikan solat lagi. Sempat melihat-lihat dan membeli makanan di kedai di hentian Trang tersebut. En. Khalid menjadi tempat rujukan sebelum kami membeli makanan kerana beliau boleh berbahasa Thai dan membaca tulisan Thai. Mana yang halal dan mana yang tidak halal untuk dimakan. Siapakah En. Khalid ini? Nantilah aku tulis sikit cerita asal beliau..kalu rajin..hehehe
Setelah selesai bersolat, berehat dan membeli belah di kedai di Trang, perjalanan diteruskan. Destinasi pertama yang kami ingin tuju adalah Phuket. Jam 10.00 malam, kami berhenti lagi..untuk dinner. Kedainya makan ini aku tak tahu di mana sebab dah malam, jadi tak ambil tahu.
Selepas makan malam a.k.a supper, kami meneruskan perjalanan ke Phuket. Memasuki wilayah Phuket jam 11.26pm. Tiba di bandar Phuket jam 12.00 tengah malam dan menuju ke hotel. Jam 12.20 tengah malam check in di The Metropole Hotel, Phuket.
Mr. Khalid, dalam bus uitm menuju ke Rantau Panjang

Rantau Panjang, Kelantan
at Imigresen Rantau Panjang, scan pasport
menuju ke jambatan Sg. Golok
at Imigresen Sg. Golok- in
menuju ke bus yang sedia menanti

di sini negara Thai, disana Malaysia
road block
signboard di perjalanan
road block lagi
masjid di wilayah selatan Thai, di perjalanan
baru pulang dari masjid, singgah kedai
pemandangan laut di perjalanan

welcome to Phuket..blurr
Phuket town at night
check in hotel
The metropole, phuket

Aku dan Azira berkongsi bilik yang sama. Bilik yang agak selesa dengan 2 single bed. Selepas mengurus diri dan solat, kami beradu. Masing-masing kepenatan dengan perjalanan yang berjam-jam lamanya. Sebelum tido, set alarm jam 6.00am (5.00am Thai) untuk bangun pagi keesokan harinya.



Wednesday, December 17, 2008

ada apa dengan Thailand?


Thailand
atau dikenali sebagai Siam. Sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadan dengan Malaysia, Laos, Myanmar dan Kampuchea. Menganggotai ASEAN.

Terkenal dengan industri pelancongan. Mempunyai pantai yang cantik seperti Phuket, Krabi dan lain-lain lagi. Turut mengalami bencana tsunami beberapa tahun lepas.

Tidak pernah sunyi dari masalah politik. Berlaku penggulingan kerajaan, rusuhan, himpunan rakyat, pembunuhan rakyat di Selatan Thai, pergolakan kuasa dan bersilih ganti bertukar perdana menteri dalam setahun.

Hari ini Thailand telah mempunyai perdana menteri baru daripada parti Democrat, Abhisit Vejjajiva, 44 tahun. Graduan Universiti Oxford dalam bidang ekonomi. Menjadi perdana menteri ke 27 Thailand semalam setelah ditabalkan oleh Raja Thai.

Jadi, apa yang hebatnya Thailand? apa yang menariknya Thailand? ada apa dengan Thailand?

Monday, December 15, 2008

ladies nite

Ladies nite PEWANI telah diadakan di INTEKMA Resort & Convention Centre Shah Alam pada Sabtu , 13 Dis 2008. Temanya Malaysian Women. Peserta terdiri daripada staf wanita UiTM daripada Shah Alam sehingga ke Sarawak. Majlis makan malam untuk kaum hawa sahaja. Penyanyi, penari, penjaga lighting, penjaga sound system, pengawal keselamatan, photographer, penghidang makanan semuanya wanita. Makanan yang sedap, persembahan yang menarik dan menghiburkan. Semua orang happy.

Terima kasih kepada penaja dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Setiausaha PEWANI Sarawak untuk ole-ole daripada Sarawak buat Setiausaha PEWANI Shah Alam. Ole-olenya cantik dan kuehnya sedap. Amat dihargai..

Sehingga bertemu lagi di malam ladies nite untuk tahun-tahun yang berikutnya. InsyAllah


backdrop

setting tables belum complete

VIP table

teraju utama, semasa rehaersal waktu pagi

teraju penting, juga untuk rehearsal

pendaftaran peserta

selamat datang, silakan masuk..

ladies from Terengganu

Si Comel penjaga hadiah

tengok apa tu??

emcee yang Best!!

bersalaman sebelum pulang.. terima kasih Puan Seri kerna sudi hadir

bunga yang berseri dari intekma:-)


* gambar banyak, hanya yang ‘lulus’ sahaja boleh dipaparkan disini..kekeke


Monday, December 8, 2008

Raya di KL

Salam Aidiladha buat semua..

Hari ke-2 raya haji, aku kembali bertugas seperti biasa. Kalau di Kelantan atau Terengganu cuti Aidiladha 2 hari. Di negeri lain cuti sehari jer dan aku tidak apply cuti untuk menyambung cuti selepas raya. Tak berbaloi bercuti duduk di Shah Alam/KL.

Hari Raya Adiladha tahun ni aku beraya di rumah Kak Nik. Aku, Kak Cik & Kak Zan pergi rumah K.Nik hari Ahad petang, sampai agak lewat, asalnya janji nak sampai lepas zohor. Kak Nik dah siap buat ketupat daun palas. Kami tolong Kak Nik memasak di malam raya. Aku baked 2 biji kek atas arahan tuan rumah. Kak Zan masak rendang. Kak Cik & Kak Nik masak lauk untuk nasi dagang. Nasi dagang dikukus pagi hari raya, lepas subuh.

Pagi hari raya, lepas subuh bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha. Anak sedara ku Nabilah dan Nadiah turut bersiap dengan baju kurungnya. Aku membantu memakaikan tudung untuk mereka. Padahal anak sedara tidak akan ikut ke masjid, namun bersiap juga sebab hari raya. Hujan turun renyai-renyai daripada malam hari lagi. Hujan rahmat di hari raya. Keluar rumah jam 7.45am, kawasan perumahan sunyi jer.. orang masih tido lagi kot. Lagipun pagi-pagi hujan..

Kami solat sunat Aidiladha di Masjid Batu 5, Jalan Ipoh, KL. Ramai yang hadir, kiranya penuh jugak la saf perempuan dalam masjid itu. Saf lelaki tak nampak sebab terlindung di sebalik tabir. Kebanyakkan yang datang solat adalah orang seperti kami, yang tidak pulang ke kampung halaman. Maksudnya bukan orang tempatan di situ. Yang memenuhkan masjid adalah orang Indonesia, Bangladesh dan rakyat asing. Orang Melayu pun ada. Mungkin berdekatan kawasan di situ dihuni oleh ramai orang asing sebab tu muka-muka yang aku nampak ramainya bukan orang tempatan.

Jam 8.30am start solat sunat dan habis jam 9.15am. Sampai rumah jam 9.30am. Kak Cik menghidangkan juadah hari raya. Ada nasi dagang dengan gulai ayam & ikan tongkol, acar timun, ketupat daun palas, rendang ayam, kek coklat & vanilla, pudding cocktail, tapai pulut & kueh raya. Kami bersarapan bersama-sama. Aku makan nasi putih, nasi lain tak berapa minat. Kami beraya bersama adik beradik. Jiran tetangga, rumah macam berkunci jer. Senyap sunyi sekeliling..

Lepas makan, semua beristirehat sambil tengok tv. Mengantuk pun ada sebab tiada aktiviti (betullah kata kawanku, beraya di KL ni lepas balik solat raya, tido sampai tengahari). Situasi aku pun sama gak, begini perasaan beraya di KL. Boring. Kalau di kampung sibuk menguruskan korban, agih daging dan masak-masak. Dapat jumpa saudara-mara dan kawan-kawan. Seronok.

Tengahari, Kak Yah sekeluarga datang beraya. Mereka lunch dengan juadah hari raya yang tersedia. Kak Yah bawa nasi himpit, kuah kacang, masak lodeh & rendang daging untuk Kak Nik. Berkumpul dan bersembang bila semua adik beradik perempuan ada, macam-macam cerita keluar..dapat menghilangkan sikit perasaan boring beraya di sini.

Petangnya aku, kak cik dan kak zan pergi beraya rumah kak yah pula. Makan-makan di rumah kak Yah. Kemudian aku dihantar pulang ke Shah Alam ditemani oleh anak sedara Ida dan Syafiq. Esok kena pergi kerje. Jam 6.30 petang sampai Shah Alam. Begitulah sambutan kali pertama hari raya Aidiladha di KL pada tahun ini. Apa perasaan?? Biasa jer.. tak seronok, boring!! Apa-apa pun kena bersyukur sebab dapat beraya di KL ni.. bila lagi nak dapat pengalaman beraya di sini kan??

Friday, December 5, 2008

Raya di mana?


Selamat bercuti buat yang bercuti atau balik kampung bagi menyambut Aidiladha. Lagi 2 hari mereka yang berada di Mekah akan wukuf. Selamat menunaikan ibadat haji..semoga beroleh haji yang mabrur.

Hari ini, semalam, kelmarin, minggu lepas, ramai bertanyakan aku tentang beraya Aidiladha di mana? balik kampung tak? cuti raya selama mana?

Jawapan aku;
-Raya Aidiladha di sini, mana2 pun boleh..di KL kot.. 1st time akan beraya di sini..huhuhu..
-Aku tidak balik kampung. Ramai yang cakap rugi..tak meriah raya di sini. Tak mengapa, belajar2 lah beraya sendiri (padahal dalam hati memang tak suka beraya di sini.. apakan daya, pasrah je)
-Tak apply cuti, hanya bercuti public holiday sahaja

Kenapa tak balik beraya di kampung??
Adalah sebab musababnya..

Selamat Menyambut EidulAdha. Maaf Zahir & Batin


Jumaat

Hari ini Jumaat,5 Disember. Hadir untuk mendengar ceramah agama di Fakulti. Penceramah daripada sini CITU. Aku jadi emcee. Terlupa sesuatu semasa ucapan emcee. Aku terperasan selepas penceramah mula menyampaikan tazkirah. Mungkin ada juga orang lain perasan, tapi aku tak tahu sebab diaorang tak bagi tahu aku.. atau aku sorang jer yang perasan ni?? Hanya orang yang perasan sahaja akan perasan apa yang aku terlupa ucapkan...

Tajuk ceramah ialah 'Institusi Keluarga: Cabaran dan Masa Kini'. Aku belum berkeluarga. Ustazah tanya, siapa yang belum kawin..ramai yang angkat tangan. Ustazah kata ramai yang belum berkahwin lagi. ”Kawin la semasa usia muda sebab kawin itu seronok”..kamitaken mesti mengiyakan pernyataan ini.

Walaupun begitu tazkirah hari ini masih relevan bagi mereka yang belum berkeluarga, buat bekal bila dah bina keluarga sendiri nanti. Kepada yang dah berkeluarga bolehlah dipraktikkan terus segala panduan yang diberikan. Doa2 yang diberikan oleh ustazah amalkanlah selalu..

Anak adalah anugerah dan rezeki dari Ilahi yang amat berharga. DIA memberikan anak lelaki/anak perempuan/anak lelaki & perempuan atas kehendakNya.

Bersyukurlah atas segala pemberianNya..

Tag

Smart tag? Tagged? Name tag? Semuanya bukan.. tetapi aku telah di tag oleh orang ini. Terima kasih kerana telah menge ’tag’ aku dan dengan rasa dukacita sukacitanya aku menyelesaikan soalan di bawah ini.

3 soalan (copy paste dari blog ini, ada edit sikit2 asalkan maksudnya sama)

soalan pertama : tuliskan 10 perkara tentang orang yang menge ’tag’ kamu.
soalan kedua : tuliskan 10 perkara tentang diri kamu.
soalan ketiga : jangan tag sesiapa.

Jawapan pertama:

  1. dia seorang lelaki
  2. pelajar umm qura university
  3. seorang bapa kepada anaknya
  4. ada seorang isteri dan ada seorang anak setakat ini
  5. seorang photographer
  6. gambarnya dah masuk sowar magazine
  7. anak sulung kepada kedua ibu bapanya
  8. pernah memandu kereta merc
  9. nama glamer kamitaken
  10. shaun the ship citer kegemarannya

Jawapan kedua:

  1. aku ada 8 adik beradik
  2. aku anak ke-10
  3. aku ada abang
  4. aku ada kakak
  5. aku mempunyai 17 orang anak sedara. Akan bertambah bilangannya pada tahun hadapan..insyAllah.
  6. aku adalah wanita
  7. aku suka minum air mineral
  8. kurang menyukai masakan bersantan
  9. telah mengambil exam PTK dua kali..tahun depan kena ambil exam PTK lagi dan lagi..lagi.
  10. aku suka kumpul setem.

Jawapan ketiga: (jangan tag sesiapa)

Aku setuju. Jangan tag sesiapa. Hanya tag kepada orang tertentu sahaja..hahaha..Tak perlu tag ramai orang, beberapa orang dah cukup.. sila lihat senarai di bawah

  1. Eg
  2. Awi
  3. Jai
  4. Azan
  5. Bie

Selamat menjawab soalan tanpa paksaan...