Followers

Saturday, November 21, 2009

di kampung

Alhamdulillah, selamat tiba di kampung hari sabtu jam 6pagi. Abg Pi datang jemput di bus stop Melor. Hujan seharian dari malam ke siang hari.

Hari ni , ahad temankan emak ke HUSM, pegi jumpa doktor, rutin check up untuk sambung ubat. Selepas pendaftaran kami bersarapan di Oren cafe. Seperti biasa ramai orang di hospital. Menunggu agak lama untuk mendapatkan rawatan. Kena banyak bersabar. Kesian emak, penat menungggu.. Aku keboringan , nasib baik bawa notebook, boleh online dan updates blog ni.. hilang sikit boring..hehehe..

Hujan masih turun sejak 2 hari aku berada di kampung. Suasana sejuk sepanjang hari. Semua orang malas nak keluar rumah..mood hibernate..

Musim hujan/ banjir adalah musim menangkapikan air tawar seperti keli, haruan, ikan puyu dll. Bagi yang tinggal berdekatan sungai/ sawah, waktu inilah banyak ikan untuk ditangkap. Guna jala, pukat atau pancing.

Stok ikan air tawar buat masa ini agak banyak di rumahku. Cuma aku bukan pemakan ikan air tawar..huhuhu.. Hanya untuk mereka-mereka yang tertentu sahaja..

Friday, November 13, 2009

ctr

conteng, jangan tak conteng..:D

ctr= cuti tanpa rekod atau lebih tepatnya GCR= gantian cuti rehat yang aku cerita dalam entry lepas. hari ni aku telah membuat keputusan untuk menggunakan ctr sebelum hari raya haji dan keputusan itu tercatit di white board..

gara-gara tulis cuti ctr, semua orang berminat nak tahu..siap conteng-conteng kat white board lagi..hehehee.. lawak2.. boleh tengok gambar kat atas.. tak leh blah..rasa nak tergelak bila baca..hahahaha..

sesiapa yang teringin nak dapat ctr, jadilah petugas konvo untuk tahun-tahun depan..hehehehee..


p/s: aku start balik kg 20hb nov- 30hb. Jumpa 1 Dis nanti..hehehe. jangan jeles, tak baik ..

Thursday, November 12, 2009

maxisGift

modem maxis broadband yang dulu size besar


Boleh percaya ke kalu dapat maxisGift? Ada sesiapa pernah dapat? beberapa hari lepas aku mendapat sms dari maxisgift yang agak menarik tawarannya.. Sebelum ni dan berpuluh-puluh kali dapat sms maxisGift ni, aku cuma baca dan delete jer.. tak menarik dan tak berkenan dengan jiwa.

10 Nov 09 aku dapat sms yang bertulis begini ;

"You 're selected to enjoy 2 months FREE Maxis Broadband (1.5/3GB pkg). Show this sms to redeem the offer at your nearest Maxis Centre by 15 Nov 2009. T&C applies"- MaxisGift

Aku akan pergi tanya kat Maxis Centre nanti pasal maxis gift ni. Mengapa aku berminat dengan sms ini ialah aku nak try guna Maxis Broadband kat umah, kalu betul la offer ini FREE untuk 2 bulan. Sekarang ni aku guna Celcom Broadband. namun coverage nya amatlah slow. Di awal-awal penggunaan dulu, laju jugak. Skrg bercinta rasanya kalu buka window banyak dalam satu masa..loading memang lembab. mungkin ramai sangat pelanggan broadband celcom area rumah aku. Kelajuan akan meningkat pada waktu-waktu tertentu jer iaitu 1 pagi ke atas, waktu orang tidor. Bila orang tidor, kuranglah saingannya.. begitulah teori aku..huhuhu.



kalu ada sesiapa pernah dapat sms maxisgift pasal maxis broadband ni, bagitau la aku. Betul ke tidak offer ni. Hmm.. term& condition applies di akhir ayat sms di atas tu, aku mesti tanya betul-betul kat maxis centre nanti...hehehe.




gcr

lampu dalam galeri Tun Abdul Razak


Bagi orang yang keje dengan govmen memang tahu GCR ini apa. CGR= gantian cuti rehat. Maksudnya dapat gantian cuti kalau bekerja hari cuti, cuti ini tidak direkod, iaitu yang tidak ditolak dari annual leave. Aku baru dapat surat dari pendaftar, bagitau dapat CGR 4 hari. Seingat aku, untuk satu event, inilah GCR paling lama dapat..selalunya sehari jer. 4 hari dapat cuti free..sape tak nak kan? Sepanjang konvokesyen, 2 hari je weekend aku keje. Yang lain hari weekdays. Dapat 4 hari ni memang best la. Tapi cuti ni tak bleh carry forward tahun depan. Jadi aku kena habiskan dalam tahun ni jugak..

Tengah berkira-kira nak guna bila GCR ni. Cuti balik kampung untuk raya haji dah lama apply dan approved. Hmmm.. mungkin aku boleh start bercuti raya haji lebih awal lagi, 4 hari tu..hehehhe.. balik kampung awal, boleh wat keje sikit di kampung. kena bincang dengan parents aku dulu kalu nak wat keje ni, kena tengok cuaca..kalu cuaca elok, baru menjadi. Itu boleh dibincangkan kemudian.

Boss aku bagi ke kalu aku start cuti awal, dah la hujung tahun ni banyak keje nak kena settle kan.. alih-alih aku mau bercuti panjang pulak. Boss aku baik, mesti dia approved nyer..:-)

GCR ni aku dapat hasil daripada bertugas semasa konvokesyen tempohari, berbaloi gak.. dapat duit, baju, makan free sepanjang bertugas, CGR lagi..hehehee..Tapi penat jangan cakap la..lenguh kaki berdiri lama. masa bertugas rasa macam mau cabut jer kaki letak tepi sekejap..huhuhu. Yang lebih penting dapat pengalaman. Yang ni tak leh beli dengan duit, kena cari/buat /alami sendiri baru dapat pengalaman tu. 3 tahun aku akan melalui pengalaman ini, oohhh tidak!! tempuhilah dengan hati yang tabah.huhuhu. Sijil bila nak dapat ni (ada sijil ke?) katanya ada merit jadi petugas ni. Boleh masuk dalam SKT tahun ni..hehehe.. berapa banyak merit, aku pun tak tahu. Yang pasti ada merit.

Kepada kengkawan yang dapat GCR tu, boleh la bercuti panjang hujung tahun ni.. kena habiskan dalam tahun ni jugak. Cuti sekolah dah dekat ni..Jom cuti-cuti malaysia..



p/s: gambar sepanjang konvo saya akan emel sedikit-sedikit, harap kengkawan bersabar ye..:-)

Monday, November 9, 2009

Wat malu jer

penyokong kelantan memberi tepukan kepada pemain yang baru memasuki padang

tiket bola

sepak mula

bermain dalam hujan.. warna merah penyokong kelantan

persembahan selingan dari kump The Pirates

baling mercun , baling botol- penonton di tempat duduk bawah kena beralih

hasil balingan di penjuru padang, lumayan. banner di jatuhkan..huhuhu.

VVIP

bakar kerusi..tak heran VVIP pandang..isk3x

VIP 2

penonton sudah meninggalkan stadium. tunggu penyampaian hadiah. TAHNIAH kepada Negeri Sembilan. Kepada Yang kalah cuba lagi tahun depan. Syabas semuanya...huhuhu..


Walaupun agak lewat, masih ingin mengepos entri pasal bola ini ..

Aku berkesempatan menonton perlawanan akhir bola sepak piala FA pertama kali di stadium national bukit jalil. Kalu diikutkan hati aku bukan minat untuk pergi stadium. Crowded!. Namun mengenangkan pasukan negeri masuk final tahun ini dan tiket untuk masuk stadium telah tersedia , jadi aku turut ke stadium.

Aku tiba agak lewat di bukit jalil menggunakan LRT. Singgah solat maghrib di surau tepi stesen LRT. Kebanyakkannya penyokong Kelantan ramai yang berada disitu, berpakaian merah putih.

Kemudian aku berjalan menuju ke pintu utama stadium. Jauh jugak. Bertemu kawan yang sedang menanti di pintu utama. Di pintu utama kelihatan tetamu VVIP baru tiba dan memasuki stadium. Aku masuk ke stadium melalui pintu VIP2 untuk Kelantan. Pintu VIP1 untuk Negeri Sembilan. Terima kasih untuk tiket bola ni, tak sangka pulak aku dapat tiket VIP 2. Thanks friend. Kami diberikan goody bag yang berisi kain ikat kepala warna merah putih dan bendera logo KAFA untuk penyokong Kelantan berserta buletin KAFA. Menurut seorang kawan yang ditemui, katanya ada jersi dalam goody bag itu, tapi takder pun..mungkin dah lewat datang, jersi pun dah tak der (atau pun dah diambil orang, entahla..)patutlah aku tengok semua orang pakai baju merah yang sama semasa aku duduk di area VIP2 tu..baju tak penting sangat , yang penting boleh tengok games..

Perlawanan belum bermula, pemain dalam padang telah tamat warm up dan masuk semula ke dalam changing room.. Sambil-sambil menunggu perlawanan bermula, mencuci mata melihat sekitar stadium..tengok muka-muka yang mungkin aku kenal kalu ada...sambil-sambil ambil gambar. Maklumlah kali pertama masuk stadium nasional ni. Stadium Putra sebelah stadium nasional dah banyak kali masuk. Kapasiti tempat duduk, 3/4 stadium dipenuhi oleh penyokong kelatan.. ramai sungguh yang datang entah dari ceruk kampong mana..memang semangat betul diorang datang menyokong pasukan sendiri..siap dengan banner, bendera dan segala macam sepanduk. Tak kurang juga yang bawa mercun dan bunga api.. games belum bermula, dah start nyalakan mercun, berdentum sana sini.. Entahla macamana boleh lepas bawa masuk mercun dalam stadium.. yang aku nampak di pintu masuk gate hijau , security scan tiket jer.. tak check pun penonton... mungkin sebab ramai sangat, tak menang tangan nak check semua orang..

Tidak berapa lama selepas itu, games bermula.. Gol pertama N9 jaringkan dulu.. permainan Kelantan hambar sahaja..tidak banyak menyerang..Permainan jadi tak best, mungkin jugak kerana tekanan sebab ramai penyokong datang dan mengharapkan kemenangan. di tepi padang, FRU berada sekeliling padang..standy kalu berlaku rusuhan atau peminat masuk padang..lepas gol pertama N9 jaringkan, permainan masih macam tu jugak..tak bersungguh langsung, bawa bola belum separuh padang dah kena ambil kat orang lain. Habis separuh masa pertama, rehat seketika. Dihiburkan dengan persembahan The Pirates, dari sekolah mana entah. FRU makin ramai masuk ke tepi padang untuk separuh masa kedua...jadi pak pacak di sekeliling padang..

Permainan separuh masa kedua bersambung.. belum pun seminit bermain separuh masa ke2, gol ke dua dijaringkan N9..hohohoho...leka lagi.. jaringan yang menarik oleh pemain no 27.. mercun makin banyak dibakar , berasap sana sini, berdentum sana sini.. Manakala gol ke 3 pulak oleh sepakan penalti. Sudah 3-0 ...hahaha..memang padan muka!

Start gol ke 3, penyokong sudah buat kecoh, makin ramai yang baling botol air , baling mercun dan baling macam-macam.. sepanduk/banner yang bergantungan mula koyak dan jatuh..telah dijatuhkan oleh penyokong tanda marah mungkin..geram atau sebagainya.. Ada yang bakar kerusi, tempat duduk, vandalisme sungguh! Memalukan kaum !!!..agak mengganggu permainan di padang sebab bunyi bising mercun. Pemain yang ingin mengambil sepakan sudut juga dibaling mercun. Memang tidak patut!!. Kesian pulak kat pemain. Penyokong Kelantan sudah mula keluar meninggalkan stadium.. Aku yang duduk di tempat duduk bawah bersama penonton lain diarahkan bangun kerana dikhuatiri terkena balingan botol atau mercun yang melayang dari atas kepala..

Botol paling banyak dibaling adalah kearah penjuru padang..Buang sampah merata, memang tak patut!. Dia akhir perlawanan semasa tambahan masa, Kelantan mendapat gol saguhati dijaringkan oleh Indera putra. So, keputusan 3-1. Tidak balik dengan telur ayam tangan kosong.. agak bernasib baik.. Aku berada di stadium sehingga penyampaian hadiah dan kemudian bergegas untuk pulang ke Shah Alam.. mesti keluar segera agar tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.. Sampai dirumah jam 12 lebih. Letih woi, seharian bersukan dan menonton sukan.

Diucapkan TAHNIAH buat penyokong Negeri Sembilan yang berdisplin. Cantik dengan warna kuningnya. Penantian 60 tahun Negeri Sembilan berbaloi.. Dapat Sultan baru (daulat Tuanku) dan dapat menjuarai piala FA.. TAHNIAH sekali lagi..

Kepada Kelantan penantian 40 tahun belum tiba lagi..cuba lagi tahun depan. Kepada penyokong Kelantan, jagalah tingkahlaku dan disiplin.. Jangan terlalu emosi, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Adat pertandingan,ada menang dan kalah. Jangan merosakkan harta benda awam..itu semua duit rakyat tau.. Jangan memalukan negeri sendiri dengan jadi rakyat yang tidak bertamadun.. Biarlah pemikiran pun maju jugak. Kita adalah bangsa yang paling ramai dalam stadium. Orang kita juga yang melariskan tiket yang dijual.. Walaupun begitu diucapkan syabas kerana sokongan dari rakyat Kelantan yang meramaikan stadium, semangat menyokong negeri sendiri dan kesanggupan datang dari jauh semata-mata untuk sokongan. Dari segi semangat memang boleh dibanggakan.. Sekali lagi Jagalah tingkah laku.. Anda menggambarkan negeri anda sendiri..persepi orang ke atas Kelantan nanti. Jadilah penyokong The Red Warriors yang memang Warriors untuk dijadikan contoh yang baik-baik sahaja.

Kepada pemain Kelantan, tahniah kerana layak ke Final walaupun hanya naib juara.. Semoga permainan di lain kali lebih baik dan bertenaga . Persembahkanlah permainan yang paling baik dan menarik untuk peminat, berbaloi ditonton walaupun kalah.

Untuk diriku sendiri, tiada apa yang menarik datang tengok bola, selain mendapat pengalaman berada di stadium ..merasa meriah dan dapat tengok orang ramai.. Dan kalau ada sakit jantung digalakkan tidak datang menonton bola, berdebar lain macam jer tengok live ni.. hehehe..


Wednesday, October 28, 2009

tamat sudah..

model: Nani & Yuna (Yunalis) pun graduate jugak..TAHNIAH!

selesai sidang-bergambar dengan VC

semalam, tamat sudah sidang konvokesyen uitm kali ke 71 ni. sebanyak 20 sidang semuanya. insyAllah bertemu lagi pada tahun hadapan.. kontrak selama 3 tahun..huhuhu..


dan..

hari ni bermula final exam bagi kebanyakan student di UiTM.. good luck & all the best..semoga dapat menjawab exam dengan tenang dan sempurna & semoga najah dengan cemerlang..ameen.

Monday, October 19, 2009

Sidang 1,2,3 & 4

Hari ni sedang berlangsung istiadat konvokesyen ke 71 bagi sidang 5 & 6. Aku tidak bertugas hari ini. Pertamanya diucapkan TAHNIAH kepada graduan yang bergraduasi hari ini. Ucapan tahniah adalah ucapan biasa yang kedengaran sepanjang istiadat konvokesyen berlangsung. Walaupun ucapan ringkas tapi bermakna bagi mereka yang berjaya ini.

Sepanjang sidang yang telah berlalu, pelbagai gelagat manusia boleh dilihat. Wajah-wajah kegembiraan para graduan juga ibu bapa, saudara-mara dan sahabat handai. Ada yang keletihan, marah , sedih, boring dan sebagainya.

Bertugas di dalam dewan konvo agak meletihkan kaki kerana berdiri lama, namun menyeronokkan. Pelbagai pengalaman boleh di perolehi. Berhadapan dengan pelbagai ragam manusia memupuk lebih kesabaran, skill komunikasi yang lebih baik, expresi wajah yang menyenangkan dan perlu bijak menangani perkara yang diluar jangka.

Untuk konvokesyen kali ini, tiada makanan disediakan. Kepada graduan dan ibu bapa, silalah bersarapan terlebih dahulu bagi sidang pagi . Manakala bagi sidang petang, makanlah sesuatu untuk alas perut waktu tengahari. Kerana selepas masuk dewan, graduan tidak dibenarkan keluar. Bagi sidang petang, standby dengan wuduk siap-siap waktu tengahari memudahkan untuk bersolat zuhur.

Masih berbaki banyak sidang lagi yang akan dilalui sehingga 27 Oktober 2009.

Di bawah adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang sidang konvokesyen..


jawatankuasa pembantu istiadat konvokesyen-sidang pertama

sila cuci tangan. guna hand sanitizer

dimestikan memakai mask

check suhu badan sebelum memulakan tugas dan masuk ke dalam dewan

graduan Phd memasuki dewan

ibu bapa pun kena pakai mask

live orkestra membuat persembahan pada sidang 1

ketibaan Tuanku Canselor memasuki dewan

bersama-sama mengaminkan doa

sidang 2- di padang kawad, mengimbas suhu badan graduan & ibu bapa sebelum menaiki bus ke dewan

anak dara yang bertugas di dewan-sidang 2

with Pro canselor-sidang 2

sidang 3- para guru berhood biru

ucapan pro canselor-sidang 3

sebelum baling mortar board

baling tinggi-tinggi, ada yang tersangkut di lampu..ish3X

sidang 4- graduan mengambil tempat duduk

antara penembak tepat. tanpa mereka tak der la gambar kenangan..hehhee.. senjata Nikon semuanya..kenapa Nikon hah?

Wednesday, October 14, 2009

ke 71


Istiadat Konvokesyen UiTM ke 71 bermula hari ni 15 Oktober-27 Oktober 2009. Konvo kali ini UiTM telah menghasilkan 21,128 graduan lebih ramai berbanding konvokesyen yang terdahulu.
TAHNIAH kepada semua graduan dan selamat bergraduasi.

Dan buat pertama kalinya semasa istiadat konvo, UiTM tidak menyediakan refreshment bagi setiap sidang. Ini bagi mengelakkan perkumpulan beramai-ramai di suatu kawasan. Bagi mengelakkan wabak H1N1 menular. Pada kali ini juga graduan dan ibu bapa dimestikan memakai topeng muka semasa berada di dalam dewan konvo. Selepas tamat sidang semua graduan & tetamu dipersilakan pulang segera.


UiTM juga tidak menyediakan gerai-gerai makanan semasa konvo kali ini. Untuk tetamu dan graduan boleh membeli makanan di kafeteria menara SAAS. Hanya gerai bunga disediakan di menara SAAS.

Aku buat pertama kalinya bertugas untuk konvokesyen. Telah menjalani raptai beberapa hari yang lalu. Semoga sidang pertama pagi ini bersama Tuanku Canselor (DYMM Agung) akan berjalan dengan lancar. Dan aku mendapat pengalaman yang berbeza dalam tugasan ini.

Kepada anak sedara aku yang turut berkonvokesyen pada konvo ke 71 ini diucapkan TAHNIAH!!. Jumpa semasa hari konvokesyen nanti..aku bertugas hari itu!

p/s: Pastikan diri anda sihat untuk bergraduasi.. Suhu badan akan diimbas sebelum dibenarkan memasuki dewan konvo.

Sunday, October 4, 2009

Kota Kinabalu part 4

flight delay dari KK ke KL..jam 1.00pagi mungkin tiba di KL..huhuhu.
bateri notebook low, sambung cerita part 3& 4 later..

Friday, October 2, 2009

Kota Kinabalu part 3

Day 3- Jam 8.30 am sudah ready menunggu Aman di reception area sambil kami bersarapan. kemudian mendapat sms darinya, katanya jam 9 lebih baru bertolak. Check out dari KK. hari ini kami akan ke Ranau.

sambil menunggu Aman, sempat updates blog ni..hehehe..

oklah..nanti sambung cerita day 3 kemudian...

2 Oktober 2009

salam dari KK

Day 2 di KK- di pagi hari mendapat sms dari kakak dan kawan untuk ucapan selamat hari lahir. sebelum keluar kami bersarapan di tempat penginapan. jam 8.15am, tourist guide menjemput kami dan bertolak ke jeti di sutera Harbour. Naik boat untuk ke Pulau. jeti Sutera Harbour agak cantik. Kami sempat berjalan-jalan di sekitar jeti dan mengambil gambar sambil menunggu boat tiba. Di Jeti kami dibekalkan dengan safety jacket & snorkeling set. Boat bertolak jam 9.00am. Dalam boat hanya kami, tourist guide, driver boat & pembantu boat sahaja. 15 minit selepas itu kami tiba di Pulau Manukan. Pulau Manukan terletak dalam Pulau-pulau Tunku Abdul Rahman . Ada 5 pulau yang berdekatan iaitu (Pulau Sapi, Manukan, Mamutik, Gaya dan Suluk)

Kami hanya melawat 2 pulau , Manukan dan Sapi. Dipulau manukan kami melakukan aktiviti snorkeling di sana. berada di Pulau Manukan sehingga jam 12.00 tghari. kemudian kami menaiki boat lagi ke Pulau sapi. Pulau Sapi lebih kecil berbanding manukan dan kawasan untuk snorkeling lebih kecil.

Lunch disediakan di Pulau sapi. Di sana juga kami melakukan aktiviti snorkeling dan melihat haiwan yang sediaada di atas pulau tersebut. Aktiviti snorkeling di waktu tengahari amat mencabar, panas terik. Muka rasa pedih dan jadi kemerahan..sun burn sudah bah...hehehe..

Berada di Pulau Sapi tidak lama, jam 2.30 pm kami bertolak pulang. Pulau-pulau yang kami lawati agak cantik. airnya yang jenih, boleh nampak ikan , air kehijauan dan kebiruan..
Pulang ke jeti dengan perasaan gembira w/pun keletihan.

Tiba di penginapan dalam jam 3pm. urus diri, solat dan berehat..

jam 6.00 petang keluar berjalan-jalan sekitar bandar KK. Pegi ke Filipina market, shopping disitu dan singgah di Night market.

malamnya, Aman dan Abg Wan menjemput kami untuk makan malam di Tanjung Lipat..ditepi laut..Jumpa Pie yang telah menunggu kami di sana. Siap kasi suprise lagi sebelum dinner.. celebrate birthday aku di situ..terharu sangat..

Terima kasih banyak terutama buat Pie, Aman dan Abg Wan juga Moon dan Nora.

Terima kasih juga buat semua yang sms ucap selamat padaku sepanjang hari. doa kalian amat dihargai.

Thank you very much.



p/s: gambar-gambar akan menyusul kemudian

Kota Kinabalu

Salam dari KK

hari pertama 1 oktober, jam 10.05 malam tiba di KK bersama Moon dan Nor. Pie datang jemput dan bawa ke tempat penginapan. Check in, letakkan beg di bilik. kemudian kami keluar minum di Sugar BUn. kebanyakkan kedai sudah tutup waktu malam. Kami duduk-duduk di kedai sugar Bun sampai tuan kedai mau tutup kedainya ('mau halau sudah', bilang orang KK)..hehhee..

Balik ke penginapan, letih dan mengantuk..urusdiri, solat then tido. Jam 2.00am baru tido.

p/s: Terima kasih untuk penghantar sms di tengah malam/awal pagi..terima kasih untuk ucapan yang diberikan. semoga Allah makbulkan..ameen.

Monday, September 28, 2009

mood raya

hari ini mula bekerja semula. mood raya ada lagi ke? pergi keje kena bersemangat w/pun tak berapa sihat dek kerana ILI ( aku buat jangkaan sendiri).. ada simptom ILI sejak hari raya ke-2 lagi.. tapi malas nak makan ubat dan pegi klinik, buat dek jer..dengan harapan akan sembuh sendiri..InsyAllah akan sembuh tanpa makan ubat..

pegi kerja kena bersemangat dan jangan tunjuk seperti sakit ..hehehe..

mood raya di kalangan sesetengah orang masih lagi ada.. ada yang duk tanya bila nak wat open house/ open office ( wat jamuan raya kat office la tu).. hari ni 1st day keje after raya mana sempat nak wat jamuan, tunggu la next week.. orang sekeliling dah order menu untuk jamuan raya..hmmm.. akan difikirkan dan cuba ditunaikan permintaan semua..berdoalah semoga impian semua terlaksana..hehehe..

kepada kengkawan, pergi la jamuan raya raya uitm pada 2 oktober tu. banyak makanan disediakan. datang beramai-ramai supaya tidak membazir seperti tahun lepas semua makanan habis. tahun ini aku terlepas peluang nak pegi jamuan raya uitm seperti juga tahun lepas. 2 oktober aku bercuti, jauh ke seberang laut..jauh ke?


p/s : 2 Oktober - birthday aku..
makin bertambah bilangan umur, makin pendek usia..

Sunday, September 27, 2009

salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri..

hari ini 8 syawal, masih beraya lagi..ada orang beraya sebulan..hehehe. Aku telah selamat kembali ke shah alam setelah 10 hari bercuti.. esok akan kembali bertugas seperti biasa..

pengalaman raya tahun ini sederhana tapi meriah. Yang seronok sambut hari raya adalah kanak-kanak (anak sedara) sebab semua makcik/pakcik bagi duit raya. Anak sedara makin ramai..ahamdulillah, jadi bajet duit raya juga bertambah. Acara hari raya pertama seperti biasa, menunggu tetamu datang beraya di rumah dan kami pergi beraya dan melawat saudara-mara pada hari raya.

hari raya tahun ni juga penuh dengan jemputan kenduri kawin bermula 2 syawal. Tahniah untuk K.Ma (faizatulikma), Mat Edi, Mat Shah yang telah selamat menjadi pengatin baru di bulan Syawal 1430H.

itulah sedikit sebanyak perihal raya tahun ni..

......................................

dan sedikit pengumuman, bagi sesiapa warga uitm ( students/staf), semua dijemput hadir ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri UiTM pada 02 Oktober 2009, Jumaat bermula jam 3.00 petang bertempat di Padang Kawad. Menu biasa adalah satay 30ribu cucuk , nasi himpit, rendang dan pelbagai menu lain mengikut negeri. Datang la beramai-ramai memeriahkan sambutan hari raya tahun ini.

sekian, wasalam.

Maaf Zahir & Batin

Wednesday, September 16, 2009

akhir Ramadhan


Alhamdulillah, hari ini masuk ke 27 Ramadhan. Beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Ada orang berasa gembira dengan berakhirnya Ramadhan dan sedikit orang berasa sedih bila mana Ramadhan akan berlalu. Jika di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, mereka menangis dan sangat bersedih bila Ramadhan berakhir. Bagaimana dengan kita di zaman ini ? fikir-fikirkanlah .. Adakah Ramadhan ini yang terakhir buatku?.. semoga Allah ketemukan aku lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang..amin

buat semua selamat menjalani ibadah puasa sehingga ke penghujungnya.. selamat menyambut 1 Syawal yang akan menjelang tiba.

dikesempatan ini, aku dan keluarga ingin mengucapkan selamat beribadah dan selamat menyambut Aidilfitri buat semua sanak saudara yang jauh dan dekat, semua sahabat handai, kenalan, pembaca blog ini dan semua yang mengenali diri ini dan keluarga. Sekiranya ada salah dan silap, mohon kemaafan daripada anda semua.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, August 21, 2009

salam Ramadhan


Ramadhan Kareem!

Salam Ramadhan 1430H. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin muslimat seluruh dunia. Selamat beribadah di bulan yang mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

wasalam

Saturday, August 15, 2009

KB-KL

2nd place

no.2 , peace!! :-)

kelmarin, jumaat petang main badminton final. Tak menang , dapat naib johan. acara main badminton dan majlis bagi hadiah tamat menghampiri jam 8.00 malam. Pulang ke rumah dan bersiap untuk ke bus station , jam 9.00pm aku naik bus untuk pulang ke kampung. Semalam, sabtu aku tiba di kampung jam 6.30 pagi. Hari ni , (ahad) sekarang aku dalam perjalanan pulang ke KL, bertolak jam 9.30am dari rumah. Mungkin lewat petang tiba KL dan seterusnya ke shah alam.

Terasa betapa pendeknya cuti balik kampung kali ini..huhuhu..

doakan perjalanan ini selamat tiba ke destinasi dan perjalanan ini diberkati Allah. Amin..

wasalam

Thursday, August 13, 2009

sedih & gembira

1st day - saringan kumpulan, menang.Player Ita & K.Pah


Penonton cilik- Nurin anak K.Pah :-)

2nd day- semi final. Player : Prof & Suban

2nd day- 2nd team warmup

2nd day , games tamat sudah, jumpa di final..doakan kami berjaya. . TQ


Sedih kerana aku tidak dapat balik kampong bersama kakak malam ni. Maafkan Adik..kakak menunggu sehingga jam 10 malam. Kononnya selepas games aku akan terus ke Damansara Damai dan bertolak balik ke kampong.

Tetapi aku terpaksa cancel untuk balik bersamanya disaat akhir. Aku kira kakak agak frust sebab aku tak dapat temankan dia. Sebab suaranya mendatar sahaja di telefon. Aku minta maaf dan menyatakan akan balik sendiri dengan bus. Masakan tidak kecewa, semata-mata tunggu aku sehingga jam 10.00malam, yang berjanji akan pulang dan ditetiba tidak dapat pulang bersama. Kalau tahu awal-awal tak jadi pulang sama, baik dia bertolak lebih awal.. L Betullah , kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. DIA adalah sebaik-baik perancang. Talian telefon dengan kakak diputuskan berserta kiriman salam untuk emak& ayah serta pesanan bahawa aku akan pulang sendiri di hujung minggu.

Aku tidak dapat pulang bersama kakak kerana keesokkan hari aku ada games lagi. Final games badminton antara HEP dan MEDIC. Gembira kerana cubaan pertama fakulti menghantar wakil untuk Sukan Antara Fakulti (Staf) –Badminton wanita berjaya melayakkan diri ke final!! Terima kasih kak Pah yang menjadi couple aku untuk games semi final tadi. 1st pair- Prof & Suban main, menang straight set. 2nd pair –aku & Kak Pah main, kena main 3 set, letih woo.. Alhamdulillah, kami menang dengan mata yang tipis. 3rd pair tak main sebab dah menang 2-0.

Esok petang kami akan bertemu HEP. Yang dikabarkan agak hebat. Team kami kebanyakan adalah pemain amatur..huhuhu. Walaupapun, esok mesti berusaha sebaik mungkin. Untuk diriku sendiri kena kawal shuttlecock agar tidak bagi bola keluar garis dan jaga served. Prof kata kat aku jangan bagi served tinggi dan main jangan gopoh, main relaks2 jer..:-)

Doakan aku dan team aku dapat bermain dengan baik dan tenang dalam games final esok petang. Doakan kami berjaya menang ye. Thanks. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami dunia & akhirat.. Amin

Wasalam..