Followers

Wednesday, October 8, 2008

30 Ramadhan

Hari Selasa, aku ada meeting reunion kat rumah Kina..pegi rumah Kina jam 10.00 pagi, balik jam 12.30 tengahari.. Hari ini last puasa..hari orang buat ketupat kat tempat aku la.. ketupat pulut daun palas..ketupat nasi daun kelapa pun ada, tapi jarang-jarang buat kat umah aku..

Aku balik dah tengahari, emak buat tapai, dah siap bungkus pun..sempat tengok emak dan kakak duk buat ketupat palas..aku tengok jer ;-), takder skill buat ketupat palas ni..kalu buat nanti tak menjadi..huhuhu..dalam adik beradik aku, bukan semer yang ada skill buat ketupat ni..kak Zan jer yang selalu buat ni..cayalah!

Tugas aku sehari sebelum hari raya hanya buat keje2 teknikal sahaja sebab hal masak-memasak dah ramai yang terer..hehehe.. Selalunya kena tolong mesin kelapa, kupas bawang, potong itu ini, pasang langsir, isi kueh raya dalam bekas ..itu jer...selebihnya tolong tengok.:-)

Hari last berbuka posa, seperti biasa berbuka posa dengan parents dan semua adik beradik..memang meriah la sebab ramai..air yang selalu ada untuk berbuka posa ialah air nira, soya dan air tebu, tiap hari macam tu..tak jemu2..:-)

Hari terakhir Ramadhan tahun ini..semoga dipanjangkan umur olehNya untuk bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang..Aminn..

-------------------------------

Malam Raya..

Malam raya, zakat fitrah aku tak bayar lagi, baru nak bayar..huhuhu..Orang lain semua dah bayar sebelum balik kampung..bayar kat KL/ Selangor RM5.20 kalu tak silap, kat negeri aku RM7.60. Mahal sikit sebab orang negeri aku makan beras Siam kot :p Selalunya ayah yang bayarkan, semenjak bekerja ni , aku larang ayah tolong bayarkan.. nak bayar sendiri.. Jadi malam tu tak bayar pada amil, terus bagi pada asnaf yang layak..zakat fitrah kena bayar sebelum solat sunat hari raya aidilfitri..

Malam raya, acara masak-memasak..Seperti biasa abang Pi akan memasak:-) masak kari kambing, gulai daging, acar buah (buat waktu petang), kakak goreng ayam buat ayam masak merah.
Acar mentimun, nasi minyak buat pagi raya. Siap memasak sebelum jam 12 tghmlm.. Rancangan tv malam raya aku tak layan..sebab duk pasang langsir..huhuhu..

Selamat menyambut hari raya buat semua..

No comments: