Followers

Wednesday, October 8, 2008

reunion smkm98

4 Syawal, Hanah datang jemput kat rumah, nak pergi Seri Nipah Resort, Bachok..ada reunion sekolah lama. Sampai resort jam 11.00 pagi.. Cik Tul dan keluarga adalah orang pertama tiba.. kemudian diikuti oleh rakan2 sekolah yang lain.. kami target 40 orang datang tapi yang datang 33 orang.. kehadiran amat memuaskan..

Buat BBQ dan ada cabutan bertuah..majlis makan-makan, bertemu muka selepas 1 dekad tidak berjumpa.. dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim.. Tukar-tukar hadiah, aku dapat hadiah dari Nije. Dia bagi mug dari Brunei dan dapat duit rayo $ 1 Brunei..huhuhu..

Sebelum bersurai kami bergambar beramai-ramai..menghampiri jam 4.00 petang ramai yang dah bersurai.. tinggallah ajk penganjur.. lepas tu kami pergi berjalan2 tepi pantai.. pantai kat resort ni cantik masih sesuai untuk mandi-manda sebab bersih dan landai.. Jam 5.00 petang aku pulang ke rumah..
pendaftaran..dapat door gift

BBQ..macam hangus jer makanan tu..:p

ber BBQ dan bersembang

kaum hawa..menjamu selera

walaupun rupamu kurang menarik, tapi rasamu amat sedap.:-)

bergambar beramai-ramai..after 10 years, gamaknya lagi ramai ni..

berbual2 di bawah pokok rhu..

berdiri: Shah, Mije, Seidi, Mie,Zarif, Edi,Nije
duduk: Ct Za, Zu, Nat, Kina

hanah, bergambar di bawah pokok rhu..:-)

jejaka Malaya

the Kelantanese

berjalan menuju ke laut..

ada orang lain yang telah mendahului..

silap..Pijul terlebih dahulu sampai ke laut.. hehehe.

"aku nak lepak sini jer..duk atas pasir ni..mung gi lah main air nun"..:-)

"wei korang!, marilah main air sini" katanya cikgu kepada murid2.

"ok lah, aku join mung"..katanya si baju putih.

budak kaca mata

macho ke??..kuang3x.. (still available)

comel ke?..hehehe.. (all not available)..yeke?

cikgu & the ladies

basah kaki seluar ambo..

melihat dari laut ke daratan.. diaorang ni duk main pasir ke??

"bo lah duk bual, mari kita kelik" kata si baju pink kepada rakan2 nya..

pantai Nipah, Bachok..akan ku kunjungi lagi di lain masa..

Kepada semua yang hadir reunion, diucapkan ribuan terima kasih.. bagi yang tidak berkesempatan hadir, di lain masa kita akan buat lagi majlis sebegini..insyaAllah.

Kepada semua AJK, terima kasih atas sokongan, kerjasama, peruntukan waktu, kewangan serta keringat yang disumbangkan dalam menjayakan program reunion ini. Jasamu amat dihargai..Saya mohon maaf kiranya ada salah silap, terguris hati sepanjang mengendalikan program ini. Diharapkan ini bukan program terakhir kita dapat bekerjasama bersama.. team ini memang best!! Maaf Zahir & Batin..

p/s: entry khas untuk ex-smkm98..banyak lagi pics lain & video, kena minta dengan Mije

Wasalam.

1 comment:

azan said...

best nyo reunion tu.. bleh jupo saing2 lamo tu.... Lain kali buat la lg..