Followers

Friday, October 24, 2008

Ketereh Part 3

17 Oct, jam 6.50 pagi bertolak dari rumah untuk ke Ketereh..abang hantar aku. Tiba di sekolah jam 7am, bersarapan nasi lemak. Pastu jam 7.30am dah start buat keje sebab peserta dah datang.. awal sungguh makcik pakcik ni datang..dalam jadual suruh datang jam 8.00pagi.

Aku bertugas di kaunter BP (blood pressure)..check tekanan darah makcik pakcik.. Dalam pukul 9.00 pagi orang makin ramai.. kaunter pendaftran sesak.. semua nak register..6 kaunter pendaftaran yang dibuka tak cukup menampung orang ramai yang datang sekali gus.. jadi Razif suruh aku tinggalkan kaunter BP, buka kaunter pendaftaran baru..nak buka kat mana?? Dalam kelas ni dah penuh.. aku apa lagi..dah dalam kelas penuh..kita buat kaunter kat luar kelas jer lah.. aku buka kaunter bawah pokok dekat pondok..hehehe… nasib la.. janji ada kaunter baru..bila buka kaunter baru..ramai datang serbu, dah la tiada system nombor.. semua orang nak cepat...huhuhu.. Namun, pendaftaran akhirnya selesai jugak..hehehe..

Selepas semua dah mendaftar, aku kembali semula ke kaunter BP..buat keje sampai tghari..berhenti lunch bila peserta berkurangan..budak2 lelaki pergi solat jumaat..kena jaga kaunter bergilir2 sebab kawan2 lain kena lunch juga.. Lepas lunch, aku buat questionnaire untuk pakcik makcik.. diaorang kena isi borang soal selidik yang diberikan.. Kami yang kena isi sebab makcik pakcik ni bagi alasan tak reti nak isi., nak tak nak kena lah isi untuk diaorang.. kita yang menyoal soalan, dia hanya jawab..dan kita kena tanda dalam borang yang disediakan.

Siap buat questionare jam 5 lebih.. pastu sambung keje kat lab pulak..Beramai2 buat keje kat lab sebab nak cepat siap..jam 8.30 malam keje kat lab siap.

Malam ini ada dinner untuk kitaorang. Pengerusi RT suruh dress properly, disediakan makan malam dan persembahan dikir barat Jeng Endoro (Kumpulan The Rock). Oleh kerana keje yang banyak dan siap lewat kami terus ke dewan dengan pakaian yang sama..hehehe..

Dari sekolah jalan kaki ke dewan, ingatkan dekat..rupanya jauh juga lebih kurang 1.5km. Jalan masuk ke tempat dewan tu gelap gelita..jalan kampong tiada lampu jalan.. Kalu berjalan sorang2..confirm aku tak lalu situ..sunyi dan gelap..bahaya2..

Kami sampai kat Dewan, VIP dah tiba.. semua pakai cantik2.. tuan rumah pakai baju batik lagi..kami jer pakai baju sama sepanjang hari.. Majlis mula jam 9.00 malam, ada ucapan dulu..3 orang berucap. Kami tak fikir sangat pasal ucapan VIP, kami tunggu nak makan jer. Semua dah penat dan lapar.. bila emcee menjemput semua menjamu selera.. kami semua serbu meja makanan.. dinner dengan nasi kerabu daging bakar, ayam bakar, ikan bakar. Ikan sedikit masin namun tetap best.. sambil makan dengar persembahan dikir barat, live!.. guna loghat kelate..aku faham.. kawan2 ku yang lain buat2 faham..kekeke..

Semua orang melayan makanan, bukan concentrate sangat dengar dikir barat..hehehe.. Bila dah siap makan.. persembahan tak tak habis lagi..VIP tak berganjak dari meja tapi kami dah mengantuk dan penat..nak balik rumah.. Dengan tidak sopan (ikut etika majlis la) kami beransur-ansur meninggalkan majlis..huhuhu..

Tuan rumah kami minta maaf bebanyak sebab terpaksa minta diri dulu. Kami memahami tuan rumah meraikan kami..tapi apakan daya dah penat sangat, semua nak balik tido. Balik ke guest house tak berjalan kaki sebab Alif hantar naik kete..:-) TQ Alif.

tempat kejadian health screening

pendaftaran awal pagi

peserta makin ramai

kaunter ambil darah

kaunter BP

kaunter pendaftaran bawah pokok

Dean ambil darah jugak

di lab

suasana sibuk di lab

tengah menunggu untuk dinner

VIP berucap

beratur mengambil makanan

nasi kerabu..

menjamu selera

Kumpulan The rock! lagu jeng endoro:-)

Nota:

Terima kasih En. Wie Machang, belanja etak.. Dato’ KY pun makan gak..ramai yang berminat nak cuba tapi berapa reti nak makan etak..Dato’KY kata kena ada konsentrasi kalu nak makan etak ni, baru leh makan. Cayalah Dato’!..

1 comment:

Unknown said...

kak zu..just passing by..sori taksempat baca abis cerita ketereh ni..but I guess it's about screening, according to the pictures. Bestnye screening! nanti jangan lupa ajak ye, nak ali pengalaman free mana lagi nak dapat kalau bukan tempat-tempat camni.hehe.

good blogging effort! bagi la semangat sket..