Followers

Friday, December 31, 2010

coretan 2010

mengimbas kembali peristiwa yang berlaku tahun 2010 sangatlah banyak. Ada pahit dan manisnya.. tidak semua yang dapat disenaraikan, biarlah menjadi teladan dan pengajaran yang berguna dalam hidup..

Dec 2010
- mendapat result exam. Alhamdulillah, lulus semua subjek. Perlu belajar dengan lebih tekun pada semester yang akan datang. Semoga Allah sentiasa permudahkanNya..

- daftar subjek baru, sangat teruja untuk meneruskan pengajian ke semester seterusnya. Sudah menjadi senior, subjek pilih sendiri..hehehe

- cuti rehat di kampung 5 hari.. ketemu orang tua, terubat rindu..semoga aku dapat berbakti kepada keduanya selagi mereka masih ada..

- malaysia menang bola, piala AFF suzuki 2010. tahniah! Aku dapat cuti hari Jumaat. Terima kasih Malaysia.

- 31 dec, ketemu sahabat lama di putrajaya dan seri kembangan, banyak yang dibualkan.. terubat rindu,

Menyambut ambang 2011 di putrajaya, walaupun tak kelihatan bunga api..

Thursday, November 25, 2010

konvo 73 - sidang 1

aku ke shah alam lagi hari ini untuk berkursus dan istiadat konvokesyen ke 73. tiba di shah alam jam 7.32 am, kemudian bersarapan di cafe menara...Ainul belanja sebab tak bawa purse. selepas bersarapan jam 8 am aku ke jpbsm untuk mendaftar kursus hari ni. ketemu Azura yang dah lama tak jumpa padahal satu fakulti cuma berbeza kampus, dia di shah alam. sempat bersembang seketika dan memberitahu aku akan mengikuti kursus pada waktu petang kerana waktu pagi perlu bertugas untuk istiadat konvokesyen

istiadat konvokesyen berjalan lancar cuma majlis berlangsung agak lama. ucapan-ucapan dari penerima anugerah.. graduan semakin ramai dan ada pertambahan acara iaitu ucapan penerima anugerah diraja di penghujung sidang. sidang tamat jam 12.30 tengahari.

kemudian di waktu petang aku mengikuti kursus. habis kursus, aku tak minum petang kerana mahu cepat balik ke sungai buloh. dalam fikiran mahu cepat sampai sungai buloh, balik rehat sebab kaki sudah lenguh berdiri sepanjang pagi.

tiba di rumah jam 6 pm. hujan rahmat turun diwaktu petang..

Wednesday, November 24, 2010

konvokesyen ke73

Hari ini aku ke Shah Alam untuk urusan berkursus seharian dari pagi sampai petang. Di samping itu menghadiri raptai penuh istiadat konvokesyen. Esok, 25 nov akan bermula Konvokesyen UiTM ke 73. Selamat bergraduasi kepada semua graduan UiTM, TAHNIAH!!

Aku akan bertugas pada 25, 26, 27, 28 Nov dan 1, 5 &6 Dis 2010. Sesiapa yang ada sidang pada hari tersebut boleh maklumkan kepada ku, boleh tolong2 adjust tempat duduk ibu bapa atau waris kat dalam dewan seri budiman.

.......

Untuk anak sepupu ku di Finland. TAHNIAH! kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel pada 20 Nov 2010. Semoga ibu cepat sembuh dan baby sihat walafiat sentiasa.. semoga baby Aman yang comel akan membesar menjadi anak yang soleh..penyejuk hati ibu dan bapa..

Wednesday, November 10, 2010

oktober 2010

Oktober 2010 yang telah berlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku

1 oct- bermalam di hostel, perkara yang jarang-jarang berlaku..

2 oct- hari lahir aku

2 oct- sister convocation ke 26 di IIUM. pertama kali menghadiri istiadat konvokesyen UIA.. parkir agak jauh di kuliah undang-undang, berjalan kaki melalui library, melalui masjid sebelum sampai ke dewan konvokesyen at CAC.. konvokesyen yang menarik dan aku suka lagu UIA.. walaupun tertido ketika ucapan berlangung sementara menunggu acara pembahagian ijazah..hehehe.. tahniah sister!!

3 oct- kuliah terakhir semester ini

11-13 oct- workshop LAHW -aku lulus 4 sijil untuk animal handling. Alhamdulillah

16 oct -kelas tambahan Law

19 oct- kakak sulung meninggal dunia.. "setiap yang hidup pasti akan mati"..redha..
mati itu sangat dekat, tanpa dijangka..begitula apa yang aku rasakan bila merasa kehilangan kakak pertama dalam keluarga.. berlaku dengan pantas..oleh itu bersedialah untuk kembali kepadaNya pada bila-bila masa.. al-fatihah..

19-23 oct -berada di kelantan. cuti untuk urusan kematian dan cuti rehat.

30 oct- bola, kelantan menang piala malaysia 2010.. tengok bola melalui television di rumah saja, tidak ke stadium seperti tahun sebelumnya.. tahniah kelantan!

24- 31 oct- study week aku sebelum final exam..

cepatnya masa berlalu dan takkan kembali lagi.. semoga hari2 yang telah dilalui diberkati Allah.. Amin..

Friday, October 1, 2010

selamat hari lahir

Tanggal 2 oktober , akan bertambahlah umurku setiap tahun. Malam ini aku masih di hostel melor.. terima kasih.

Setiap tahun, tarikh ini dilalui seperti biasa, namun ada kegusaran di hati.. risau, takut dengan Sang Pencipta, bahawa sedikitnya amalan diri ini dengan usia yang makin hari semakin singkat..

Setiap tahun doanya adalah sama supaya umur yang dilalui ini mendapat keberkatanNya..

Selamat Hari Lahir buat diriku..



zuraini dollah
12.42 am, 2 oct 2010 (sabtu)
sg.buloh

Thursday, September 30, 2010

melor

Setelah lebih daripada 6 tahun..malam ini terasa seperti kembali ke zaman belajar..tinggal di hostel, perasan yang sangat lain..

Aku menginap di hostel hari ini.. namun hostel ini tidak seperti zaman belajar ku dahulu.. lebih selesa..ala-ala seperti rumah sendiri, duduk seorang sebilik, ada meja study sendiri, funiture yang cantik, ada kabinet dapur (cuma tak boleh memasak, masak air boleh la)..agak mewah berbanding hostel zaman aku dulu.. ala-ala hotel budjet..

sangat bertuah untuk siswazah sekarang ni.. hostel umpama apartment.. hostel lengkap dengan gymnasium, ada padang futsal, court badminton, netball, volleyball, squash etc..

ada kemudahan wireless free, aku guna broadband sendiri..

sangat berterima kasih untuk cik Melor yang membenarkan aku menginap dirumahnya.. dia bilik lain, aku duduk bilik lain..sangat selesa..

terima kasih kerana mengembalikan nostalgia zaman duduk hostel, cuma sekarang ni hostel lebih mewah dan privacy..



hari ni awal pagi Jumaat, 1 Oktober 2010, cepatnya masa berlalu.. esok 2 Oktober, umurku akan meningkat..angka makin bertambah.. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku yang lalu, kini dan akan datang.. Semoga usia yang makin bertambah ini seiring dengan pertambahan keimanan dan ketakwaan kepada Mu.. terasa usia ini semakin singkat.. Ya Allah berkatilah usiaku ini.. Amin..




12.36am
sungai buloh

Thursday, August 19, 2010

bertapa

Hari ini seharian aku bertapa di bilik mesyuarat dalam ofis. Melarikan diri daripada workstation untuk mendapatkan ketenangan dan mengelakkan gangguan dari sesiapa. Melarikan diri untuk menyiapkan tugasan iaitu slide presentation. Alhamdulilah, siap juga akhirkan.. walaupun hari ni terpaksa pulang lewat ke rumah.

Boss agak pelik melihat aku seorang diri berada di bilik mesyuarat sehingga jam 5 petang..dia agak curious, sehinggakan datang menjenguk aku dan bertanya " why you are here?" aku hanya tersenyum.. tiada jawapan diberikan. lagipun dia datang nak tanya benda lain in a first place, jadi aku hanya menjawab soalan tersebut saja..heheee.

Bertapa ini bagus jugak sekali sekala sekiranya tiada kerja hakiki yang urgent.. banyak benda/kerja dapat disiapkan bila tiada banyak gangguan.

Slide presentation ini telah siap, semoga aku dapat membuat presentation ini dengan sebaiknya.. Ya Allah permudahkan urusan ku ini.. Amin..

Friday, August 13, 2010

berbuka puasa

hari ke4 puasa, mendapat jemputan berbuka puasa di rumah kakak no2.. insyallah lepas asar akan bertolak ke rumah kakak no.2 bersama kakak no.3 dan no. 4.

dah lama tak menziarahi kakak no.2 , dapat berjumpa dengan anak-anak sedara yang semakin besar. Terima kasih Kak Nik untuk jemputan berbuka puasa hari ni.

Ramadhan Kareem 1431H

Salam Ramadhan Kareem!. selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat di mana jua berada..Semoga amalan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Hari ni dah masuk hari ke3 berpuasa..baru nak wish..heheehe..

Hari ke3 berpuasa ,aku belum menjengah bazar iftar lagi.. setakat ini lebih selesa makan di rumah. Housemates setiap hari singgah bazar iftar.. macam-macam kueh yang dibeli..bagi peminat kueh-mueh , time Ramadhan lah pelbagai jenis kueh yang dijual.. Aku bukan kategori peminat kueh..

Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak pulang ke kampung halaman untuk sambut puasa bersama parents. InsyAllah akan pulang beraya bila penghujung Ramadhan..

Berpuasa kali ini di Sungai Buloh. Sangat rindukan suasana Ramadhan di Shah Alam. di Shah alam senang nak ke masjid/ surau untuk berterawih.. di sini, terawih di rumah saja. walaupun begitu, cuba menceriakan hati sendiri walau dimana saja berada. Cuba menyukai suasana puasa di tempat baru.. Semoga aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah..

SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA..

Saturday, July 10, 2010

Esok

Esok, ahad 11 Julai 2010 akan bermula satu lagi sejarah baru dalam hidup ku.. Mengulangi perkara yang telah 7 tahun di tinggalkan.. Episod baru akan bermula, persiapan untuk esok telah disiapkan. semoga ianya berjalan lancar.

seperti kata orang terdekat dengan diriku semasa mengemas keperluan untuk esok.."semangat baru"..insyAllah.. Esok hari pertama..semoga segalanya baik-baik belaka.. permulaan yang baik, perkenalan yang lancar, pertemuan yang memberangsangkan, pemahaman yang jitu, kecerdasan, kecekalan, kecergasan, daya ingatan yang kuat, suasana yang harmoni.. aku memang mengharapkan semuanya adalah baik.

Ya Allah, pemudahkan segalanya untuk ku dunia dan akhirat..Amin..

Friday, May 21, 2010

berbagai rasa

berbagai rasa melanda..sedih, takut, risau,berdebar-debar dll. pulang dari kantor agak lewat.. sampai di rumah terus memasukan pakaian ke dalam beg dan keluar rumah kembali.. perjalanan yang jauh perlu ditempuhi. keesokkan harinya tiba di destinasi yang dituju. kepenatan bagi pengemudi, aku ketiduran sepanjang perjalanan. ketemu orang yang sangat dirindui, keadaannya sedikit merisaukan aku dan mereka-mereka yang lain juga...

kepulangan ini tidak dimaklumi sesiapa kecuali mereka yang terdekat dan tertentu sahaja.. yang selainnya akan dimaklumkan kemudian..

menguruskan urusan yang perlu diuruskan..ke rumah sakit. menunggu keputusan x-ray, berdebar-debar.. hanya mendoakan yang baik-baik aja. alhamdulillah tidak terlalu serius walaupun ada perubahan pada bentuk asal..follow up minggu depan ke rumah sakit lagi.. semoga cepat sembuh..

berbagai rasa di atas kepulangan ini, antara urusan keluarga dan kerja.. namun keluarga lebih utama. maafkan aku kawan2-kawan di atas ketidakhadiran ini.

berbagai rasa juga untuk pulang ke kuala lumpur semula, bagaimana dengan mereka yang berada di sini, bagaimana juga dengan kerja yang menanti, tugasan yang perlu dilangsaikan.. berat hati untuk meninggalkan mereka-mereka ini. Ya Allah, permudahkan urusanku dan keluarga ku..peliharalah mereka dalam kesejahteraanMu.. aminn

Tuesday, May 4, 2010

berbulan-bulan

Berbulan-bulan lamanya aku tidak meng updates blog ini. Adakah semakin hari semakin malas menulis? moga dijauhkan penyakit M ini jauh-jauh.

Pelbagai perkara yang telah berlaku dari bulan Februari- April 2010.. perkara yang gembira, sedih, benci, suka, tersuka kat orang, tercatat sejarah dalam hidup, membanggakan, merisaukan, menginsafkan dan pelbagai lagi..

2 februari yang lalu secara rasmi, aku berpindah tempat bertugas di lokasi yang baru.. juga secara rasmi memasuki rumah sewa yang baru.. persekitaran tempat kerja yangberbeza sama sekali.. agak sunyi.. tempat tinggal yang kejiranan juga berbeza.. jiran depan rumah sampai sekarang aku belum kenal lagi, tidak pernah bersua muka..hhuhu. Dalam bulan Feb juga, sempat balik kampung ketemu parents sempena cuti panjang tahun baru cina.

Bulan Mac, tragedi tak tersangka.. kehilangan harta dunia..dan sangat2 bersyukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udaranya sehingga saat ini.. Yang sangat terasa mungkin kakak ku kerana itu harta dunianya.. insyAllah akan berganti yang baru.. Moga dipermudahkan rezeki sentiasa..

Sebulan juga terpaksa dengan rela bersusah payah di awal pagi keluar ke tempat mencari rezeki bersama kakak. Keluar rumah sebelum azan subuh berkumandang..mengorbankan waktu tido, mengantuk sebenarnya.huhuhu. Berkorban yang sedikit pada ahli keluarga, terasa sangat susah pada awal nya..namun lama-kelamaan, terasa berbaloi.. apalah sangat pertolongan dan pengorbanan ini jika dibandingkan kesusahan, pengorbanan, pertolongan orang lain dan adik beradik kepada ku selama ini..benarlah setiap yang berlaku itu ada hikmah nya.. syukur ya Allah..

Allah lebih tahu atas segalanya.. Allah mempermudahkan urusan kami dalam pelbagai bentuk. Ada yang menawarkan pertolongan tanpa diminta.. mereka adalah orang yang sangat memahami kesulitan yang dihadapi..terima kasih bro & big sister!

Di penghujung April, mengadakan family day tempat kerja..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. semoga di tahun mendatang, kehadiran akan lebih ramai dan semakin meriah dengan pertambahan bilangan ahli-ahlinya.. Selain tiu harta dunia kakak yang baru telah berganti.. dan dengan itu aku tidak perlu lagi ke tempat kerja sebelum azan subuh berkumandang. Alhamdulillah..

Bulan Mei telah datang.. pelbagai perancangan di bulan ini. Jadual aku agak penuh. Aktiviti bersukan telah bermula semula setelah berbulan-bulan ditinggalkan. Semoga dapat membahagikan masa dan tugas dengan sebaiknya serta dipermudahkan urusan oleh Nya sentiasa.. Aku sangat bertuah mempunyai boss yang suportive, dikelilingi oleh rakan setugas yang memahami, menceriakan, mendamaikan hati.. ketidaksenangan hati yang sedikit, bisa terubat dan terhilang oleh mereka-mereka ini.. Semangat team work sangat berkesan! Wahai kawan, jika terlihat aku ada kesilapan, tegur-tegurlah selalu..sangat mengharapkan teguran dari kamu...

Tahniah kepada kaum kerabat yang telah menimang cahaya mata baru di Bangi, yang bakal menimang cahayamata di bumi dingin, juga rakan setugas atas kenaikan pangkat. Tahniah untuk semua..cukup la dulu, dah panjang entri ini.. wasalam.

Thursday, January 28, 2010

tempat baru..

hari Jumaat 29 Januari , pergi kerja untuk hari terakhir di Shah Alam. Mengetuk kad perakam waktu di shah alam. Berjumpa labmates dan bersarapan. Seterusnya ke Sungai Buloh. hari ini bersiaran dari sungai buloh. Ketemu boss di Sungai Buloh dan fellows IMMB yang turut datang ke tempat baru. Pulang dari kerja nanti akan mengetuk kad perakam waktu di sungai buloh.

Boss seharian berada Sungai Buloh hari ini. Dia mengemas biliknya (director room). Nice room for her! ketika aku menulis blog ini, kelihatan boss sibuk mengangkat kotak bukunya ke dalam bilik. Aku tolong tengok..hehhee.. Bukan tak nak tolong tapi tak mampu nak tolong pun.

Kebanyakan members IMMB berada di Sungai Buloh hari ni. Semua sibuk di bahagian masing-masing. Ada di bahagian admin, RNA Lab, Protein Lab, DNA Lab, Histo Lab, Cell Culture Lab dan sebagainya. Di bahagian aku, kotak bertimbun-timbun..tak tahu nak mulakan dari mana.. Next aku akan memulakan proses unpacking segalanya.. Aku hanya mencuba (test) network internet sahaja..hehehe..dan hasilnya mengisi masa, aku updates blog ini.. dan test talian telefon di pejabat..hasilnya director dapat line A, ada yang line B dan kebanyakkan line C.. kena double check next week lagi..

Kepada semua labmates dan ofismates selamat bertugas di tempat baru mulai 1 februari.. tempat baru dengan suasana yang baru..:-)

last day..

Malam ini merupakan malam terakhir aku bermalam dan menginap di rumah no 50. tarikh akhir sepatutnya 31 januari. Namun aku mempunyai urusan lain pada waktu itu, jadi aku mengambil keputusan untuk keluar 3 hari lebih awal.

Lebih kurang 5 tahun aku menginap di sini, agak lama. Rumah no. 50 merupakan rumah pertama yang aku menyewa, belajar berdikari, tinggal sendiri dan bermacam pengalaman yang diperolehi di sini. Banyak kenangan pahit manis berada di rumah ini. Rumah yang berada di kawasan kejiranan yang baik, persekitaran yang selesa, berdekatan dengan segala kemudahan, rasa damai bila mendengar azan di subuh hari dan tazkirah dipagi yang hening. Aku akan merindui riadah di tasik yang berdekatan dengan rumah. ABC Pakcik Burn dan akan merindui segalanya yang ada di Shah Alam.

Esok pagi akan ketempat kerja dan seterusnya keluar daripada rumah ini. Aku menyiapkan kerja-kerja mengemas barang-barang yang masih ada di bilik sehingga jam 3.00 pagi. Mengemas dalam cahaya samar-samar berbekalkan cahaya lampu daripada luar bilik. Tidak mahu mengganggu tidur rakan sebilik.

Jam 3.00 pagi melelapkan mata. Jam 6.00 pagi terjaga daripada tidur, seterusnya mengurus diri untuk ketempat kerja. Hari terakhir yang sayu..bersalaman dengan housemates yang sebelum melangkah ke tempat kerja. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.. mohon maaf untuk semua dan terima kasih segalanya..