Followers

Wednesday, October 8, 2008

Citer selepas raya

Hari ni hari, 8 Syawal…baru aku nak updates blog ni.. seminggu bercuti.. jadi lembap la pulak.. nak start keje pun lembap juga.. mood bercuti raya masih ada..adoiii.. Macam2 aku nak citer pasal hari raya tempohari dan peristiwa tak dapat dilupakan berlaku kali pertama dalam sejarah hidup setakat ini…

Nantilah aku citer sikit2... peristiwa raya tempohari.. aku kena mula dengan perjalanan balik kampung dulu..hari raya.. sampai lepas raya..

Balik Kampung..

Aku balik kampung 27 Ramadhan, Sabtu.. bertolak jam 6.30pagi dari rumah kakak. Kemudian singgah ambil anak sedara dekat umah kakak sulung, dia ikut kitaorang balik awal sebab parents nya balik kampung 30 Sept.

Kemudian perjalanan diteruskan ke Tol Gombak, Abang Ngah menanti kat situ..ambil abang dan teruskan perjalanan..8.30pagi kami dah sampai Raub, jalan tak berapa sesak.. dalam pukul 11pagi dah berada di Gua Musang..dan jam 3.00 petang sampai di Melor.. Singgah kedai Melor kejap, beli juadah.. 3.30petang sampai rumah.. sempat solat zuhur kat rumah lagi..Alhamdulillah, perjalanan hari tu tidak terlalu sesak...


beli murtabak..RM1.50 satu ayam/daging

Masuk rumah, bersalaman dengan family.. sampai terlupa nak keluarkan barang dari butt kete..hehehe. Kakak yang keluarkan semua barang dibantu anak2 sedara yang dah ada di rumah.

Lepas solat asar Abang Pi kata nak sembelih kambing..kebetulan kakak aku nak buat doa selamat hari raya nanti.. Jadi dapat kambing free daripada abang la..jimat kos beli daging lembu..hehehe..

Abang Li sampai rumah lepas solat asar, jadi cukup korum untuk buat keje2 sembelihan.. aku terlepas moment nak tengok orang sembelih kambing..sebab ingatkan abang Pi yang nak sembelih kambing, rupanya ayah dah sembelih.. aku cepat2 pegi belakang rumah..betullah kambing dah siap disembelih..tunggu nak lapah jer..Sebelum maghrib semua keje menguruskan kambing selesai.. Daging kambing diambil untuk masak juadah berbuka posa sikit dan selebihnya dibekukan untuk buat kenduri doa selamat..


melapah kambing..kaki dah kena potong..hehehe..


daging siap untuk dibekukan

Ramadhan tahun ini berkesempatan berbuka posa dengan emak dan ayah selama 4 hari di kampung..Alhamdulillah..

No comments: