Followers

Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Wednesday, October 8, 2008

reunion smkm98

4 Syawal, Hanah datang jemput kat rumah, nak pergi Seri Nipah Resort, Bachok..ada reunion sekolah lama. Sampai resort jam 11.00 pagi.. Cik Tul dan keluarga adalah orang pertama tiba.. kemudian diikuti oleh rakan2 sekolah yang lain.. kami target 40 orang datang tapi yang datang 33 orang.. kehadiran amat memuaskan..

Buat BBQ dan ada cabutan bertuah..majlis makan-makan, bertemu muka selepas 1 dekad tidak berjumpa.. dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim.. Tukar-tukar hadiah, aku dapat hadiah dari Nije. Dia bagi mug dari Brunei dan dapat duit rayo $ 1 Brunei..huhuhu..

Sebelum bersurai kami bergambar beramai-ramai..menghampiri jam 4.00 petang ramai yang dah bersurai.. tinggallah ajk penganjur.. lepas tu kami pergi berjalan2 tepi pantai.. pantai kat resort ni cantik masih sesuai untuk mandi-manda sebab bersih dan landai.. Jam 5.00 petang aku pulang ke rumah..
pendaftaran..dapat door gift

BBQ..macam hangus jer makanan tu..:p

ber BBQ dan bersembang

kaum hawa..menjamu selera

walaupun rupamu kurang menarik, tapi rasamu amat sedap.:-)

bergambar beramai-ramai..after 10 years, gamaknya lagi ramai ni..

berbual2 di bawah pokok rhu..

berdiri: Shah, Mije, Seidi, Mie,Zarif, Edi,Nije
duduk: Ct Za, Zu, Nat, Kina

hanah, bergambar di bawah pokok rhu..:-)

jejaka Malaya

the Kelantanese

berjalan menuju ke laut..

ada orang lain yang telah mendahului..

silap..Pijul terlebih dahulu sampai ke laut.. hehehe.

"aku nak lepak sini jer..duk atas pasir ni..mung gi lah main air nun"..:-)

"wei korang!, marilah main air sini" katanya cikgu kepada murid2.

"ok lah, aku join mung"..katanya si baju putih.

budak kaca mata

macho ke??..kuang3x.. (still available)

comel ke?..hehehe.. (all not available)..yeke?

cikgu & the ladies

basah kaki seluar ambo..

melihat dari laut ke daratan.. diaorang ni duk main pasir ke??

"bo lah duk bual, mari kita kelik" kata si baju pink kepada rakan2 nya..

pantai Nipah, Bachok..akan ku kunjungi lagi di lain masa..

Kepada semua yang hadir reunion, diucapkan ribuan terima kasih.. bagi yang tidak berkesempatan hadir, di lain masa kita akan buat lagi majlis sebegini..insyaAllah.

Kepada semua AJK, terima kasih atas sokongan, kerjasama, peruntukan waktu, kewangan serta keringat yang disumbangkan dalam menjayakan program reunion ini. Jasamu amat dihargai..Saya mohon maaf kiranya ada salah silap, terguris hati sepanjang mengendalikan program ini. Diharapkan ini bukan program terakhir kita dapat bekerjasama bersama.. team ini memang best!! Maaf Zahir & Batin..

p/s: entry khas untuk ex-smkm98..banyak lagi pics lain & video, kena minta dengan Mije

Wasalam.

3 Syawal

Pergi bandar KB hari ini dengan kakak bersama 2 anak sedara lelaki..Shopping barang di bandar KB untuk di bawa ke KL. Singgah KFC, beli KFC untuk anak2 sedara..take away.. Pastu balik rumah..

billboard simpang 4 traffic light pasir tumbuh..MB kelantan

Kat rumah jamu anak sedara dengan KFC. Anak sedara tanya kenapa beli KFC banyak ni..kakak aku jawab..”ini sempena birthday aku semalam”.. Celebrate birthday dengan belanja anak2 sedara makan KFC.

Petangnya aku pergi ke Bachok dengan kawan dari Terengganu. Pergi ke Seri Nipah Resort ambil kunci bilik, check in resort..letak barang jer.. tak bermalam kat situ.. Sebelum balik singgah Pantai Irama Bachok, minum petang.. orang ramai sangat..jalan sesak. Lepas minum terus balik rumah.
seri nipah resort (tolong promote)

Malamnya pula kami sekeluarga makan satay.. home made satay...abang ipar yang tolong bakar. Memang best makan satay ramai-ramai..yang paling seronok anak2 sedara aku..

Saturday, September 13, 2008

KL Sentral lagi..lagi..

aku, natrah, nie, hanah & ct za

pijul, wadi, seidi


jom balik..
Salam semua..

Hari ni aku ke KL Sentral lagi.. ada meeting dengan kawan2 sekolah lama berkenaan reunion. Kali ini aku tidak terlewat, orang paling awal sampai..hehehe..Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk meeting..Ni kira meeting last di KL..Antara yang hadir Hanah, Ct Za, Natrah, Seidi, Pijul, Wadi & Nie. Terima kasih buat semua yang hadir walaupun kali pertama..:-)

Seperti biasa aku jadi pengerusinya..meeting hari ni agak lama lebih kurang 3 jam lebih baru meeting habis.. sebab meeting + berborak + called orang..huhuhu.. Semua urusan yang dibincangkan lancar walaupun masih berbaki beberapa perkara yang belum selesai..

Terima kasih buat Seidi sebab bagi kebenaran guna phone hang. Dah jadi macam ‘public phone’. Guna buat called sana sini..tak berbayar pulak tu..hahaha.. Terima kasih daun keladi, Lain kali boleh pinjam phone hang lagi..:-) Untuk urusan yang belum selesai itu, kita akan bereskan bila balik ke negeri tercinta nanti:-) Next meeting di rumah Kina..tuan rumah dah setuju.:-) Pakat-pakat serbu rumah Kina sehari sebelum Aidilfitri..lalalala…

Meeting selesai jam 2.20 pm, semua bersurai dan menuju destinasi masing2.. Aku ke SOGO jumpa kakak dan balik ke Jinjang Utara.. Ada family gathering adik-beradik, berbuka puasa bersama-sama di rumah kakak no.2.. Semua adik-beradik perempuan hadir..:p

Menu berbuka puasa adalah nasi kerabu..Dah lama tak makan nasi kerabu home made ni..dengan ayam goreng, daging, solok lada, sambal kelapa (kelapa goreng+ isi ikan), telur masin, ulam-ulaman, tumis, budu & air lada. Semuanya buat sendiri.. memang best la..

Housemates aku pun suka nasi kerabu ni..diaorang selalu beli kat bazar Ramadhan..Aku jarang beli sebab tak berapa suka nasi kerabu Shah Alam/KL.. rela tunggu balik kg kalau nak makan nasi kerabu.. Tunggu la aku belajar buat sendiri nasi kerabu ni..pastu tak yah susah2 beli kat kedai lagi..hahahaa..

Ermm.. selamat berpuasa..berterawih & selamat beribadat buat semua..