Followers
Friday, August 13, 2010
berbuka puasa
dah lama tak menziarahi kakak no.2 , dapat berjumpa dengan anak-anak sedara yang semakin besar. Terima kasih Kak Nik untuk jemputan berbuka puasa hari ni.
Ramadhan Kareem 1431H
Hari ke3 berpuasa ,aku belum menjengah bazar iftar lagi.. setakat ini lebih selesa makan di rumah. Housemates setiap hari singgah bazar iftar.. macam-macam kueh yang dibeli..bagi peminat kueh-mueh , time Ramadhan lah pelbagai jenis kueh yang dijual.. Aku bukan kategori peminat kueh..
Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak pulang ke kampung halaman untuk sambut puasa bersama parents. InsyAllah akan pulang beraya bila penghujung Ramadhan..
Berpuasa kali ini di Sungai Buloh. Sangat rindukan suasana Ramadhan di Shah Alam. di Shah alam senang nak ke masjid/ surau untuk berterawih.. di sini, terawih di rumah saja. walaupun begitu, cuba menceriakan hati sendiri walau dimana saja berada. Cuba menyukai suasana puasa di tempat baru.. Semoga aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah..
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA..
Wednesday, September 16, 2009
akhir Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini masuk ke 27 Ramadhan. Beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Ada orang berasa gembira dengan berakhirnya Ramadhan dan sedikit orang berasa sedih bila mana Ramadhan akan berlalu. Jika di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, mereka menangis dan sangat bersedih bila Ramadhan berakhir. Bagaimana dengan kita di zaman ini ? fikir-fikirkanlah .. Adakah Ramadhan ini yang terakhir buatku?.. semoga Allah ketemukan aku lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang..amin
buat semua selamat menjalani ibadah puasa sehingga ke penghujungnya.. selamat menyambut 1 Syawal yang akan menjelang tiba.
dikesempatan ini, aku dan keluarga ingin mengucapkan selamat beribadah dan selamat menyambut Aidilfitri buat semua sanak saudara yang jauh dan dekat, semua sahabat handai, kenalan, pembaca blog ini dan semua yang mengenali diri ini dan keluarga. Sekiranya ada salah dan silap, mohon kemaafan daripada anda semua.
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Friday, August 21, 2009
salam Ramadhan
Wednesday, October 8, 2008
30 Ramadhan
Hari Selasa, aku ada meeting reunion kat rumah Kina..pegi rumah Kina jam 10.00 pagi, balik jam 12.30 tengahari.. Hari ini last puasa..hari orang buat ketupat kat tempat aku la.. ketupat pulut daun palas..ketupat nasi daun kelapa pun ada, tapi jarang-jarang buat kat umah aku..
Aku balik dah tengahari, emak buat tapai, dah siap bungkus pun..sempat tengok emak dan kakak duk buat ketupat palas..aku tengok jer ;-), takder skill buat ketupat palas ni..kalu buat nanti tak menjadi..huhuhu..dalam adik beradik aku, bukan semer yang ada skill buat ketupat ni..kak Zan jer yang selalu buat ni..cayalah!
Tugas aku sehari sebelum hari raya hanya buat keje2 teknikal sahaja sebab hal masak-memasak dah ramai yang terer..hehehe.. Selalunya kena tolong mesin kelapa, kupas bawang, potong itu ini, pasang langsir, isi kueh raya dalam bekas ..itu jer...selebihnya tolong tengok.:-)
Hari last berbuka posa, seperti biasa berbuka posa dengan parents dan semua adik beradik..memang meriah la sebab ramai..air yang selalu ada untuk berbuka posa ialah air nira, soya dan air tebu, tiap hari macam tu..tak jemu2..:-)
Hari terakhir Ramadhan tahun ini..semoga dipanjangkan umur olehNya untuk bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang..Aminn..
-------------------------------
Malam Raya..
Malam raya, zakat fitrah aku tak bayar lagi, baru nak bayar..huhuhu..Orang lain semua dah bayar sebelum balik kampung..bayar kat KL/ Selangor RM5.20 kalu tak silap, kat negeri aku RM7.60. Mahal sikit sebab orang negeri aku makan beras Siam kot :p Selalunya ayah yang bayarkan, semenjak bekerja ni , aku larang ayah tolong bayarkan.. nak bayar sendiri.. Jadi malam tu tak bayar pada amil, terus bagi pada asnaf yang layak..zakat fitrah kena bayar sebelum solat sunat hari raya aidilfitri..
Malam raya, acara masak-memasak..Seperti biasa abang Pi akan memasak:-) masak kari kambing, gulai daging, acar buah (buat waktu petang), kakak goreng ayam buat ayam masak merah. Acar mentimun, nasi minyak buat pagi raya. Siap memasak sebelum jam 12 tghmlm.. Rancangan tv malam raya aku tak layan..sebab duk pasang langsir..huhuhu..
28 Ramadhan
Hari ahad, keluar ke pekan teman kakak buat urusan kat BSN kemudian pegi bandar KB, jalan raya sesak.. sepatutnya 30 minit- 40 minit aku dah boleh masuk bandar, tapi hari ni 1 jam 30 minit..Pening kepala jadinya sebab jalan raya sesak ditambah pulak cuaca panas di negeriku ini..amat panas berbanding KL gamaknya.. Aircond dalam kete tak terasa sejuknya..
Sampai dalam bandar..pusing2 cari tempat parkir, semua penuh..tapi dapat gak pakir. Ramai sungguh perantau sudah balik kampung..bershopping apa yang patut dan terus pulang untuk mengelakkan kesesakan kali ke2 waktu orang pulang bekerja.
-----------------------------
29 Ramadhan
Hari Isnin, pegi pasar Jelawat, Bachok.. keluar rumah jam 7pagi..nak elak kesesakan jalan raya. Sampai kat pasar, mencari tempat parkir.. pagi2 pun dah ramai orang datang..parkir depan rumah orang.
Kat sini kalu nak beli barangan basah contohnya sayuran yang banyak dengan harga murah, datang la sini..memang murah.. Aku berjalan2 sekitar pasar.. kakak masuk kedai ikan, aku tak ikut...tak perlu bersesak2 dalam kedai ikan..biar orang yang nak beli ikan jer pegi kedai ikan..hehehe..Aku lepak kat tempat pakcik jual ubat..ramai orang duk tengok, aku turut tengok gak..sekali terleka.. memang pandai la pakcik jual ubat sakit gigi ni, siap buat demonstrasi lagi..pastu guna ayat-ayat manis..kelakar pun ada..pelaris kot. Kami shopping mcm2 kat pasar jelawat, beli barang2 basah dan sayuran serta cili hijau muda (buat solok lada).
Kami menuju ke tempat parkir kete, bila nak balik, cucunya datang minta tol, rupanya kena bayar parking!!hahaha.. Aku bagi RM1, banyak lagi kete lain memenuhi halaman rumahnya.. untung budak kecil tu, leh buat duit rayo..Citer selepas raya
Hari ni hari, 8 Syawal…baru aku nak updates blog ni.. seminggu bercuti.. jadi lembap la pulak.. nak start keje pun lembap juga.. mood bercuti raya masih ada..adoiii.. Macam2 aku nak citer pasal hari raya tempohari dan peristiwa tak dapat dilupakan berlaku kali pertama dalam sejarah hidup setakat ini…
Nantilah aku citer sikit2... peristiwa raya tempohari.. aku kena mula dengan perjalanan balik kampung dulu..hari raya.. sampai lepas raya..
Balik Kampung..
Aku balik kampung 27 Ramadhan, Sabtu.. bertolak jam 6.30pagi dari rumah kakak. Kemudian singgah ambil anak sedara dekat umah kakak sulung, dia ikut kitaorang balik awal sebab parents nya balik kampung 30 Sept.
Kemudian perjalanan diteruskan ke Tol Gombak, Abang Ngah menanti kat situ..ambil abang dan teruskan perjalanan..8.30pagi kami dah sampai Raub, jalan tak berapa sesak.. dalam pukul 11pagi dah berada di Gua Musang..dan jam 3.00 petang sampai di Melor.. Singgah kedai Melor kejap, beli juadah.. 3.30petang sampai rumah.. sempat solat zuhur kat rumah lagi..Alhamdulillah, perjalanan hari tu tidak terlalu sesak...
Masuk rumah, bersalaman dengan family.. sampai terlupa nak keluarkan barang dari butt kete..hehehe. Kakak yang keluarkan semua barang dibantu anak2 sedara yang dah ada di rumah.
Lepas solat asar Abang Pi kata nak sembelih kambing..kebetulan kakak aku nak buat doa selamat hari raya nanti.. Jadi dapat kambing free daripada abang la..jimat kos beli daging lembu..hehehe..
Abang Li sampai rumah lepas solat asar, jadi cukup korum untuk buat keje2 sembelihan.. aku terlepas moment nak tengok orang sembelih kambing..sebab ingatkan abang Pi yang nak sembelih kambing, rupanya ayah dah sembelih.. aku cepat2 pegi belakang rumah..betullah kambing dah siap disembelih..tunggu nak lapah jer..Sebelum maghrib semua keje menguruskan kambing selesai.. Daging kambing diambil untuk masak juadah berbuka posa sikit dan selebihnya dibekukan untuk buat kenduri doa selamat..
daging siap untuk dibekukan
Ramadhan tahun ini berkesempatan berbuka posa dengan emak dan ayah selama 4 hari di kampung..Alhamdulillah..
Thursday, September 25, 2008
balik kampung..

Sabtu, 27hb Okt.. aku dan kakaks akan bertolak pulang ke kampung..perjalanan yang melebihi 8 jam bakal ditempuhi.. Semoga Allah permudahkan dan memberkati perjalanan ku ini..Ameen..
Sehingga itu blog tidak akan di updates (ada ke orang baca blog aku ni??) tunggu la selepas kembali semula ke Shah alam ni..blog akan di update seperti biasa..
Oleh itu aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sehingga ke penghujung Ramadhan dan selamat menyambut hari raya Eidul Fitri kepada semua umat Islam seluruhnya..
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI 1429H
MAAF ZAHIR & BATIN
Wasalam
-daripada Aku & keluarga-
Tuesday, September 23, 2008
dewan senat..berbuka posa
Jam 1420 aku tiba di Canseleri..naik lif ke tingkat 4, jumpa kawan aku di pejabatnya kerana ingin bertanyakan pasal bilik meeting tersebut..member aku dengan baik hatinya menelefon bahagian korporat untuk mendapatkan kesahihan tempat mesyuarat.. selepas mendapat kesahihan, rupanya bilik mesyuarat di tingkat 4, meeting dalam Dewan Senat..senang urusan ku.. Dewan Senat ni, yang terawal ditemui kalu melangkah masuk ke aras 4, bangunan Canseleri.
17hb Okt, PEWANI buat jamuan hari raya juga, start jam 0800, bertempat di Padang Pusat Islam. Hari jumaat tu nanti, semua keje tak jalan la..semua staf pegi majlis makan2..hehehe..Yang pasti aku berada di luar daerah pada tarikh itu.. tak dapat la turut serta..huhuhu..
Berbuka posa..
Fakulti aku mengadakan majlis berbuka puasa hari ini..jemput semua lecturers, staffs & students..majlis bermula jam 6.00pm. Aku antara yang hadir ke majlis tersebut..mewakili jabatan sebab member-member yang lain semua nak balik berbuka puasa di rumah..
Aku terus ke bawah khemah yang disediakan..mencari rakan sekerja yang lain..rupa-rupanya diaorang dah duduk di meja masing2.. aku kira lambat laa..tapi tak menjadi masalah..janji aku hadir untuk berbuka posa.. meja kebanyakkannya sudah penuh, aku duduk semeja dengan students.. duduk sekejap untuk berbuka posa.. berbuka puasa disediakan kurma, roti jala dan kuih muih sahaja..mana makanan lain??:-)
Selepas berbuka posa dengan juadah ringan, solat maghrib diadakan di foyer, beralaskan tikar dan berbumbungkan khemah sahaja.. Tetamu jemputan dan VIP Dato’ Seri VC turut bersolat maghrib di situ..
Selepas solat maghrib, barulah makanan utama dihidangkan.. menunya nasi tomato kalu tak silap aku..semua orang menjamu selera..aku duduk semeja bersama rakan sekerja yang lain.. Selepas makan, ada ucapan daripada Dean & Vice Chancellor.. selepas sesi bergambar, VIP berangkat pulang..seterusnya di sambung dengan solat isyak & solat terawih..yang meramaikan solat terawih adalah students..hehehe.. menghampiri jam 2200 barulah aku pulang ke rumah..
Saturday, September 6, 2008
KL Sentral lagi..
Selamat berpuasa..
Hari keenam Ramadhan, Sabtu..hari cuti hujung minggu.. Petangnya aku ke KL sentral, ada date dengan kawan-kawan sekolah untuk meeting reunion.. Tiba lewat 15 minit di KL sentral, jam
Meeting ringkas bermula, aku mempengerusikannya.. selesai perbincangan dalam pukul 5 petang.. Selepas itu Ct Za mengajak aku dan Hanah pergi berbuka puasa di rumahnya.. Perancangan awalnya kami ingin berbuka puasa KL Sentral.. Oleh kerana meeting habis awal, jadi masih ada banyak masa lagi..sempat untuk masak-memasak di rumah.. Jai pulang ke rumah selepas meeting selesai...**
Aku dan Hanah ke rumah Ct Za di Vista Angkasa, menaiki LRT turun di station Universiti.. Kami sempat singgah di bazar Ramadhan sebelum ke rumah Ct Za. Kami beli buah, kuih-muih dan air tebu..
Ct Za memasak untuk kami berbuka puasa di rumahnya..hehee.. Thank you so much!! Jemputan untuk bermalam di rumah Ct Za tak dapat dipenuhi.. sebab unplanned, lagi pun masing-masing ada hal yang belum selesai pada hari itu. Next time ye Ct Za..jangan serik ajak kami datang rumah lagi..;-)
Selepas berbuka puasa, aku dan Hanah ke KL sentral semula untuk pulang ke destinasi masing- masing.. Hanah ke Putrajaya dan aku ke Shah Alam.. Alhamdulillah, jam 10pm selamat tiba di rumah Shah Alam..
------------------------------------------------------------------------------------
Monday, September 1, 2008
1 Ramadhan 1429H

Selamat berpuasa...
Firman Allah S.W.T
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
Hari pertama berpuasa, aku bersahur di rumah kakak... Bersahur bersama mereka kerana kami tiada kesempatan untuk pulang ke kampung menyambut puasa bersama keluarga. Pastinya di penghujung Ramadhan masih berpeluang berpuasa beberapa hari di kampung halaman bersama parents tercinta..
Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat diriku dan harap ianya lebih baik daripada yang sebelumnya..Ameen..
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam seluruh dunia..
----------------------------------------------------------------------------
p/s: Apa khabar orang
