Followers

Thursday, January 28, 2010

last day..

Malam ini merupakan malam terakhir aku bermalam dan menginap di rumah no 50. tarikh akhir sepatutnya 31 januari. Namun aku mempunyai urusan lain pada waktu itu, jadi aku mengambil keputusan untuk keluar 3 hari lebih awal.

Lebih kurang 5 tahun aku menginap di sini, agak lama. Rumah no. 50 merupakan rumah pertama yang aku menyewa, belajar berdikari, tinggal sendiri dan bermacam pengalaman yang diperolehi di sini. Banyak kenangan pahit manis berada di rumah ini. Rumah yang berada di kawasan kejiranan yang baik, persekitaran yang selesa, berdekatan dengan segala kemudahan, rasa damai bila mendengar azan di subuh hari dan tazkirah dipagi yang hening. Aku akan merindui riadah di tasik yang berdekatan dengan rumah. ABC Pakcik Burn dan akan merindui segalanya yang ada di Shah Alam.

Esok pagi akan ketempat kerja dan seterusnya keluar daripada rumah ini. Aku menyiapkan kerja-kerja mengemas barang-barang yang masih ada di bilik sehingga jam 3.00 pagi. Mengemas dalam cahaya samar-samar berbekalkan cahaya lampu daripada luar bilik. Tidak mahu mengganggu tidur rakan sebilik.

Jam 3.00 pagi melelapkan mata. Jam 6.00 pagi terjaga daripada tidur, seterusnya mengurus diri untuk ketempat kerja. Hari terakhir yang sayu..bersalaman dengan housemates yang sebelum melangkah ke tempat kerja. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.. mohon maaf untuk semua dan terima kasih segalanya..

No comments: