Followers

Showing posts with label immb. Show all posts
Showing posts with label immb. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

tempat baru..

hari Jumaat 29 Januari , pergi kerja untuk hari terakhir di Shah Alam. Mengetuk kad perakam waktu di shah alam. Berjumpa labmates dan bersarapan. Seterusnya ke Sungai Buloh. hari ini bersiaran dari sungai buloh. Ketemu boss di Sungai Buloh dan fellows IMMB yang turut datang ke tempat baru. Pulang dari kerja nanti akan mengetuk kad perakam waktu di sungai buloh.

Boss seharian berada Sungai Buloh hari ini. Dia mengemas biliknya (director room). Nice room for her! ketika aku menulis blog ini, kelihatan boss sibuk mengangkat kotak bukunya ke dalam bilik. Aku tolong tengok..hehhee.. Bukan tak nak tolong tapi tak mampu nak tolong pun.

Kebanyakan members IMMB berada di Sungai Buloh hari ni. Semua sibuk di bahagian masing-masing. Ada di bahagian admin, RNA Lab, Protein Lab, DNA Lab, Histo Lab, Cell Culture Lab dan sebagainya. Di bahagian aku, kotak bertimbun-timbun..tak tahu nak mulakan dari mana.. Next aku akan memulakan proses unpacking segalanya.. Aku hanya mencuba (test) network internet sahaja..hehehe..dan hasilnya mengisi masa, aku updates blog ini.. dan test talian telefon di pejabat..hasilnya director dapat line A, ada yang line B dan kebanyakkan line C.. kena double check next week lagi..

Kepada semua labmates dan ofismates selamat bertugas di tempat baru mulai 1 februari.. tempat baru dengan suasana yang baru..:-)

Sunday, November 30, 2008

Journal Club

Jurnal Club diadakan setiap minggu di IMMB. Bagi bulan November dimulai oleh boss, Pengarah IMMB. Waktu jurnal club telah berubah, kalau dahulu jam 3pm, sekarang 12.45tengahari. Boss kata jam 3pm , ramai orang busy dengan lab work, jadi buat waktu lunch, semua orang tak sibuk. Semua members bersetuju. Hari tetap sama iaitu hari Rabu. Peruntukan masa 15-30 minit untuk setiap presentation. Setiap minggu speaker adalah berlainan dan topic juga berlainan.

Tajuk journal club 5 November 2008 ialah Osteoblastic Cellular Function During Spaceflight. Ianya pasal projek yang dibawa oleh Angkasawan Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszhaphar Shukor Sheikh Mustapha ke ruang angkasa ISS. Pasal sel tulang (osteoblast, bone cell). Kesan microgravity during space flight. Nak tengok perbezaan/ gene expression ketika di bumi dan selepas naik ke angkasa dan turun semula ke bumi. Resultnya tak boleh bagi tahu lagi sebab hak milik MOSTI. Confidential. Biarlah pihak MOSTI umumkan bila dah complete sepenuhnya research ni. Lab aku (IMMB) khasnya dan UiTM umumnya antara universiti yang berjaya turut serta dalam projek penyelidikan angkasawan ini. Glamour la sekejap, itu dulu2 la semasa angkasawan datang lawat lab kami ini..kekekeke..

the Speaker

audience

boss

Sebelum ini kami menjemput IMMB members jer hadir dengar presentation ini, sekarang jemputan kepada semua warga fakulti yang berminat untuk hadir. Presenter setakat ini daripada kalangan IMMB members. Ianya terdiri daripada staff, master & PhD students serta lectures. Selepas ini kalau ada warga fakulti yang berminat untuk present di IMMB adalah dialu-alukan. Presentation berkisar tentang penyelidikan dan penemuan terkini dalam bidang Sains, topik-topik umum juga dibolehkan.

Bagusnya jurnal club ni, semua orang boleh berkongsi knowledge yang ada kepada umum. Tak kisah la ilmu yang ada tu sikit atau banyak. Lepas tu boleh develop public speaking skills, then senang untuk viva di hadapan examiner nanti..hehehe.. Setiap orang kena present dalam bahasa Inggeris. Walaupun bukan semua orang fluent English, at least tahu gak ler cakap omputih sikit-sikit, biarpun grammar berterabur..huahuahua...

Bila time nak present perasaan berdebar dan perasaan takut mulalah muncul. Takut cakap BI salah, takut orang tak faham dan macam2 lagi. Paling takut/ risau bila time Q&A, takut tak dapat nak jawab soalan daripada audiens. Haru beb!!.. Namun begitu, selalunya ada jer orang back up, ada tukang tolong jawab kalu dah blank sangat..hehehe. So, don’t worry, be happy. Kena confident la. Like discussion jugak la. Salah/ silap cakap tak per.. Itu proses pembelajaran. “Practice make perfect”, kata boss aku. Padahal kena cakap orang putih sebab boss aku tak berapa faham bila kami cakap Bahasa Melayu.. huhuhu..

So, next journal club, datang ramai2 ye. Refreshment disediakan, jangan risau kalu tak sempat nak pergi lunch.. datang jer makan free kat IMMB setiap hari Rabu jam 12.15 tengahari. All are welcome. Thank you.

Journal Club yang telah berlalu..

12th November 2008 (Wednesday). Time: 12.45 noon. Presenter: Mr. MOHD FAEEZ SARULAN. Chairperson: Mr. MOHAMAD ROS SIDEK. Title: Laboratory Safety.

audience

19th November 2008 (Wednesday). Time: 12.45 noon. Presenter: Mr. MOHAMAD ROS SIDEK. Chairperson: Mrs. SHARIDA SHOIN. Title: Oral Presentation Skills

the Title


the Speaker

audience

26th November 2008 (Wednesday). Time: 12.45 noon. Presenter: Ms. NORUL HAJAR CHE ‘GHAZALI. Chairperson: Ms. NUR SUHANA HAMZAN Title: Gene Mutations in Exfoliated Cells as Molecular Markers for Oral Squamous Cell Carcinoma.

Thank You.