Followers

Friday, May 21, 2010

berbagai rasa

berbagai rasa melanda..sedih, takut, risau,berdebar-debar dll. pulang dari kantor agak lewat.. sampai di rumah terus memasukan pakaian ke dalam beg dan keluar rumah kembali.. perjalanan yang jauh perlu ditempuhi. keesokkan harinya tiba di destinasi yang dituju. kepenatan bagi pengemudi, aku ketiduran sepanjang perjalanan. ketemu orang yang sangat dirindui, keadaannya sedikit merisaukan aku dan mereka-mereka yang lain juga...

kepulangan ini tidak dimaklumi sesiapa kecuali mereka yang terdekat dan tertentu sahaja.. yang selainnya akan dimaklumkan kemudian..

menguruskan urusan yang perlu diuruskan..ke rumah sakit. menunggu keputusan x-ray, berdebar-debar.. hanya mendoakan yang baik-baik aja. alhamdulillah tidak terlalu serius walaupun ada perubahan pada bentuk asal..follow up minggu depan ke rumah sakit lagi.. semoga cepat sembuh..

berbagai rasa di atas kepulangan ini, antara urusan keluarga dan kerja.. namun keluarga lebih utama. maafkan aku kawan2-kawan di atas ketidakhadiran ini.

berbagai rasa juga untuk pulang ke kuala lumpur semula, bagaimana dengan mereka yang berada di sini, bagaimana juga dengan kerja yang menanti, tugasan yang perlu dilangsaikan.. berat hati untuk meninggalkan mereka-mereka ini. Ya Allah, permudahkan urusanku dan keluarga ku..peliharalah mereka dalam kesejahteraanMu.. aminn

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum kakzu,
Lama tak singgah ke blog ni, kakzu apa khabar? Bahasa penulisan ni agak nusantara ni, bila nak menjejak kaki ke Jakarta lagi? Apa-apapun saya doakan kakzu sekeluarga senantiasa dirahmati dan dimudahkan urusan oleh Allah.