Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

konvokesyen ke73

Hari ini aku ke Shah Alam untuk urusan berkursus seharian dari pagi sampai petang. Di samping itu menghadiri raptai penuh istiadat konvokesyen. Esok, 25 nov akan bermula Konvokesyen UiTM ke 73. Selamat bergraduasi kepada semua graduan UiTM, TAHNIAH!!

Aku akan bertugas pada 25, 26, 27, 28 Nov dan 1, 5 &6 Dis 2010. Sesiapa yang ada sidang pada hari tersebut boleh maklumkan kepada ku, boleh tolong2 adjust tempat duduk ibu bapa atau waris kat dalam dewan seri budiman.

.......

Untuk anak sepupu ku di Finland. TAHNIAH! kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel pada 20 Nov 2010. Semoga ibu cepat sembuh dan baby sihat walafiat sentiasa.. semoga baby Aman yang comel akan membesar menjadi anak yang soleh..penyejuk hati ibu dan bapa..

Wednesday, November 10, 2010

oktober 2010

Oktober 2010 yang telah berlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku

1 oct- bermalam di hostel, perkara yang jarang-jarang berlaku..

2 oct- hari lahir aku

2 oct- sister convocation ke 26 di IIUM. pertama kali menghadiri istiadat konvokesyen UIA.. parkir agak jauh di kuliah undang-undang, berjalan kaki melalui library, melalui masjid sebelum sampai ke dewan konvokesyen at CAC.. konvokesyen yang menarik dan aku suka lagu UIA.. walaupun tertido ketika ucapan berlangung sementara menunggu acara pembahagian ijazah..hehehe.. tahniah sister!!

3 oct- kuliah terakhir semester ini

11-13 oct- workshop LAHW -aku lulus 4 sijil untuk animal handling. Alhamdulillah

16 oct -kelas tambahan Law

19 oct- kakak sulung meninggal dunia.. "setiap yang hidup pasti akan mati"..redha..
mati itu sangat dekat, tanpa dijangka..begitula apa yang aku rasakan bila merasa kehilangan kakak pertama dalam keluarga.. berlaku dengan pantas..oleh itu bersedialah untuk kembali kepadaNya pada bila-bila masa.. al-fatihah..

19-23 oct -berada di kelantan. cuti untuk urusan kematian dan cuti rehat.

30 oct- bola, kelantan menang piala malaysia 2010.. tengok bola melalui television di rumah saja, tidak ke stadium seperti tahun sebelumnya.. tahniah kelantan!

24- 31 oct- study week aku sebelum final exam..

cepatnya masa berlalu dan takkan kembali lagi.. semoga hari2 yang telah dilalui diberkati Allah.. Amin..

Friday, May 21, 2010

berbagai rasa

berbagai rasa melanda..sedih, takut, risau,berdebar-debar dll. pulang dari kantor agak lewat.. sampai di rumah terus memasukan pakaian ke dalam beg dan keluar rumah kembali.. perjalanan yang jauh perlu ditempuhi. keesokkan harinya tiba di destinasi yang dituju. kepenatan bagi pengemudi, aku ketiduran sepanjang perjalanan. ketemu orang yang sangat dirindui, keadaannya sedikit merisaukan aku dan mereka-mereka yang lain juga...

kepulangan ini tidak dimaklumi sesiapa kecuali mereka yang terdekat dan tertentu sahaja.. yang selainnya akan dimaklumkan kemudian..

menguruskan urusan yang perlu diuruskan..ke rumah sakit. menunggu keputusan x-ray, berdebar-debar.. hanya mendoakan yang baik-baik aja. alhamdulillah tidak terlalu serius walaupun ada perubahan pada bentuk asal..follow up minggu depan ke rumah sakit lagi.. semoga cepat sembuh..

berbagai rasa di atas kepulangan ini, antara urusan keluarga dan kerja.. namun keluarga lebih utama. maafkan aku kawan2-kawan di atas ketidakhadiran ini.

berbagai rasa juga untuk pulang ke kuala lumpur semula, bagaimana dengan mereka yang berada di sini, bagaimana juga dengan kerja yang menanti, tugasan yang perlu dilangsaikan.. berat hati untuk meninggalkan mereka-mereka ini. Ya Allah, permudahkan urusanku dan keluarga ku..peliharalah mereka dalam kesejahteraanMu.. aminn

Tuesday, June 9, 2009

Naqib

Naqib tidor

Tidor

Malas bangun, nak tidor la..

Lena

Naqib botak, kepala besar

Bertemu anak sedara ke 18 di Kok Lanas pada 8 Jun 2009 buat kali pertama. Si kecil sudah berumur sebulan (30 hari). Masih kecit lagi, rupa macam siapa, aku tak boleh agak. Yang pasti campuran rupa ibu dan bapanya.


Berziarah ke Kok Lanas bersama family Kak Nik. Jumpa sister in law, umie Naqib. Abang aku tiada, ada urusan keluarga ke Johor. Ketemu Iman Nasuha yang masih mengada-ngada.:-). Baby Naqib tidak banyak karenah, minum susu then tidor aja keje nya. Baby tiada rambut (botak) selepas bercukur, belum tumbuh rambut baru..kekekeke..


Berbual-bual , bertanya kabar , minum-minum dan makan-makan, kemudian pulang ke rumah.


p/s: Buat Kak Cik, Kak Zan, Kak Yah, tengok la gambar kat atas tu.. Raya posa nanti baru boleh jumpa si kecil ini :-)

Sunday, May 31, 2009

Ulu Yam

berehat seketika

berdua-duaan

Berhujung minggu (ahad) bersama kakak dan family ke Ulu Yam. Semua kakak ada kecuali family kakak sulung. Bersama 3 anak sedara . Berkunjung ke Ulu Yam untuk berbeku dan mandi manda.

Bertolak dari rumah jam 8.30pagi dan bertolak pulang jam 3petang. Bersarapan ,lunch di Ulu Yam.

Mandi manda sehingga jari jemari kecut dan sejuk menggigil.. macam tak pernah jumpa air, mandi tak ingat dunia..:-)

Selepas asar, kakak hantar aku pulang ke Shah Alam. Itulah cerita di hujung minggu ini. Sekian.

Friday, May 15, 2009

pendidik

SELAMAT HARI GURU

Buat guru-guru ku di sekolah rendah, menengah dan universiti. Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan.

Juga buat ibu dan bapa ku yang juga guru bagiku.. didikan mereka sejak aku kecil sehingga kini tidak pernah putus.. Terima emak dan ayah atas didikan yang tidak pernah jemu.

SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada

Abg Pi
Kak Nun
Abg Li
Kak As

dan semua guru di dunia ini..

Thursday, May 14, 2009

nama ke 18

Nama ahli baru (nephew) ke 18 dalam keluarga besar kami telah pun ada. Nama ke -18 ialah Ahmad Naqib Abqari bin Mohd Azlisham bermaksud Ketua Yang Bijaksana dan terpuji (Ahmad) menurut apa yang diberitakan oleh kak ipar ku.

Semoga Ahmad Naqib Abqari membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh, berjasa, kebanggaan keluarga dan menjadi pendaulat agama, bangsa dan negara.

Telah selamat bercukur (jambul) pagi tadi, Jumaat, 15 Mei. Kita jumpa bulan Jun nanti ye, Naqib. InsyaAllah..

..............

Iman Nasuha makin cerdik dan memahami. Sudah kenal adiknya dan penyayang. Akan marah bila orang mengusik adiknya. Layanan mengada-ngada (kemanjaan) beralih kepada bapanya kerana memahami umminya masih sakit. Lagipun ummi kena layan baby baru..:-)

Friday, May 8, 2009

ke 18

9hb Mei, jam 5.48am minit aku menerima SMS yang bertulis Kak dah selamat. Lahir jam 3.27am. Baby boy”. Aku membaca sms dan dapat mengagak bahawa kakak ipar telah selamat melahirkan bayi lelaki jam 3.27am. Berita yang mengujakan. Aku dapat anak sedara lagi!. Selamat datang ke dalam keluarga besar kami. Menjadi cucu ke 18 ayahanda dan bonda ku. Semoga menjadi anak yang soleh.

Aku berbalas sms dengan kakak ipar dan dia memberitahu bersalin di hospital Kota Bharu. Perancangan awal untuk bersalin di hospital Machang tidak menjadi. Kelahiran lebih awal daripada tarikh yang dijangka pada 13 Mei. Walauapapun, Alhamdulillah ibu dan bayi selamat. Semoga ibu si bayi cepat sembuh dan baby boy sihat sentiasa.

Sekarang Iman Nasuha sudah menjadi kakak. Tahap kemanjaan mungkin berkurang..hehee.. Kena behave seperti kakak dan lebih bertangungjawab (Iman bukan tahu apa pun, kecil lagi). Nama untuk baby baru belum tahu lagi. Masih difikirkan..(ada cadangan nama untuk bayi lelaki?). Jam 8 pagi, Abang aku menghantar sms memaklumkan pada semua ahli keluarga bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi lelaki.

Jam 11 pagi, si ibu telah discharge daripada hospital dan selamat pulang ke rumah. Selamat berpantang selama bercuti 2 bulan. Bulan Jun nanti , barulah boleh bertemu dengan baby bila pulang ke kampong.

.........................

Selamat hari Ibu buat Emak dan semua ibu-ibu di dunia ini. Terima kasih untuk segalanya Emak.. jasamu tidak terbalas…

Monday, February 9, 2009

cameron highland

si comot

nur

iman

nasuha

bersama pengasuh Cik Jah & Cik Lah

cameron valley- tea

ladang tea

di ladang teh

rose

strawberry

pokok bunga

cactus

daisy

kedai cenderamata

Bercuti di cameron highland. 3 jam perjalanan dari KL. Bertemu si kecil yang menetap di cameron, menginap dirumahnya. Cuaca sejuk dan berangin. Bercakap (hembus nafas) keluar asap..kekeke. Berjalan-jalan di sekitar cameron dan membeli-belah. Percutian yang singkat dan menyeronokkan. Terima kasih tuan rumah atas layanan yang diberikan, lain kali kami datang melawat lagi..:-)

Wednesday, January 14, 2009

Cerita last week..

bersesak-sesak

sabar menanti

'mereka' ada di situ

9 Januari 2009, Jumaat

Jam 7.00 pagi kami bertolak pulang ke kampung. Pagi ini emak dan ayah tiba di Malaysia daripada Madinah. Kakaks yang tidak pulang ke kampung, menunggu parents di KLIA. Jam 8.00 pagi ketibaan. Semasa dalam perjalanan pulang, kakak menghantar sms dan memberitahu bahawa mereka telah berjumpa dengan emak dan ayah di KLIA. Kakak membuat panggilan daripada KLIA dan aku dapat bercakap dengan emak. Parents sihat dan ceria. Flight parents ke KB pula jam 3.20 petang.

Tiba di rumah jam 2.10pm. Solat dan rehat. Sejam kemudian kami menuju ke airport pengkalan Chepa. Tiba di sana jam 4.10pm. Flight dari KL baru tiba. Berjalan menuju ke balai ketibaan. Ramai manusia yang berkumpul di sana, semuanya menunggu kepulangan orang tersayang dan saudara-mara.

Melihat ke ruang ketibaan, jemaah haji yang pulang belum kelihatan.. mungkin baru keluar daripada flight. Semua orang menunggu dengan sabar. Orang semakin ramai dan bersesak-sesak di depan pintu balai ketibaan. Tidak berapa lama selepas itu aku melihat kelibat emak, menuju ke tempat bagasi dan ayah juga menuju ke tempat sama.

Kami menunggu lagi, seorang demi seorang jemaah haji keluar dari balai ketibaan. Termasuklah parents kami..aku memeluk dan bersalaman dengan emak dan ayah. Perubahan fizikal yang ketara pada ayah dan emak ialah mereka kelihatan lebih cerah daripada biasa. Mungkin suhu dan cuaca di tanah haram yang dingin.

Alhamdulillah, kedua orang tua ku sihat walaupun ayah ada sedikit batuk-batuk. Kami pulang ke rumah dengan gembira kerana mereka telah selamat pulang daripada mengerjakan haji dan kembali ke tanah air.


10 Januari 2009, Sabtu

Awal pagi pergi pasar, beli barang-barang basah untuk kenduri kesyukuran sempena kepulangan parents dari tanah haram. Abg Pi sponsor kambing seekor. Siapa yang sembelih kambing? mungkin ayah atau mungkin Abg Pi sendiri..tak pasti sebab aku ke pasar.

Balik dari pasar, kerja masak memasak pun berlangsung. Seperti biasa chef adalah Abg Pi. Tetamu jemputan adalah saudara-mara dan jiran tetangga. Tengahari Abg Li sampai dari Cameron Highlands. Dia singgah di Kok Lanas dulu, bawa mertua a.k.a besan ayah datang sekali ke rumah. Tetamu hadir dari tengahari sehingga malam.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun kepenatan..:-)


11 Januari 2009, Ahad

Pergi HUSM, bawa parents jumpa doktor, check kesihatan. Tekanan darah emak normal dan sambung pengambilan ubat-ubatan seperti biasa. Ayah seperti biasa kena ambil darah untuk check kecairan darah dan sambung ubat-ubatannya. Result kecairan darah akan diperolehi keeseokkan harinya. Ayah kena datang HUSM lagi esok dengan Abg Pi. Kali pertama emak dikenakan bayaran perubatan sebab surat jaminan emak dah expired tahun lalu. Kena bawa surat baru untuk emak next time. Ayah dapat rawatan percuma.

Petangnya kami pergi Bandar KB, untuk shopping. Seperti biasa membeli-belah pesanan dan kiriman orang dan buah tangan untuk housemates dan kawan-kawan.


12 Januari 2009, Isnin

Jam 7.30am bertolak ke Kuala Lumpur. Tiba di KL jam 3pm. Solat dan rehat seketika di rumah kakak. Aku sampai di rumah Shah Alam jam 6.30pm. 13 Januari 2009, kembali bertugas seperti biasa.

Wednesday, January 7, 2009

Besday


HAPPY BIRTHDAY!!

SELAMAT HARI LAHIR buat Kak Zan yang lahir pada 8hb Januari.

" Ya Allah, panjangkanlah umur dalam mentaatiMu & mentaati utusanMu serta jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh." Amin..

Diucapkan selamat panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera selalu. Dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Nya sentiasa.

Sunday, January 4, 2009

Kak Chik


Entry ini aku dedikasikan buat kakak ku.

Selamat hari lahir buat Kak Chik a.k.a Nor Nazila yang menyambut hari lahirnya pada 03 Januari. Bertambah lagi usia dan semoga semakin bertambah keimanan kepada-Nya. Semoga tahun ini lebih banyak kejayaan dan barakah yang dilimpahkan oleh Nya.

Panggilan kak chik amat senonim dengannya. Kenapa dia dipanggil kak chik aku pun tak tahu. Semua kenalan sekolah rendahnya lebih mengenalinya dengan nama kak chik sampaikan ada yang tidak tahu nama sebenar sebab kebanyakan orang memanggil namanya sebegitu. Amat tegas, tetap pendirian dan komited dengan apa yang dilakukan. Ingin membuat yang terbaik dalam apa jua perkara.

Pada ku, dia adalah yang paling pandai dan paling rajin belajar dalam keluarga kami. Pernah belajar di KISAS, UM, UKM dan sekarang UIA. Selamat menghabiskan pengajian master (MA Syariah) di tahun ini. Semoga najah dengan cemerlang.

Terima kasih atas segala jasa baik, sokongan dan sentiasa menolong ku. Diharap pertolongan kewangan, nasihat, pendapat dan bimbingan tidak akan berkurang. Maaf di atas segala kesalahan ku selama ini dan mungkin yang akan datang.. siapa tahu. Dulu kami selalu gak bergaduh. Zaman budak2 dan zaman sekolah, biasa lah kan..hehehe. Zaman dewasa ini bergaduhnya lain sikit.. tak sama dengan zaman budak2..:-)

Melawan kakak/(abang) sebenarnya satu kesalahan dalam keluarga. Mesti hormat, taat dan ikut. Berkata/ membahasakan diri ganti nama sebagai ”aku” ketika geram, nak marah atau secara tidak sengaja adalah SALAH. Akan dianggap biadap dan tidak hormat kepada orang tua. Jadi jika timbul perasaan amarah, kenalah bersabar jangan terkeluar perkataan ”aku”. Sekiranya terkeluar juga perkataan ”aku”, bersedialah untuk menerima ceramah pendek. Bukan dari seorang tapi daripada ramai orang dalam keluarga, huhuhu. Menginsafkan untuk seketika. Oleh itu gunalah ganti nama yang lain untuk mengekpresikan perasaan marah..kekeke.. Menjadi ke kalau marah guna ganti nama (contoh) sebagai ”saya’/ ’adik’/ ’kita’ dll??

Semoga tahun ini mendatangkan lebih banyak kejayaan dan kebaikan dari tahun sebelumnya. Semoga segala apa yang dicita-citakan akan tercapai. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan sentiasa kejayaan kita bersama..

Terima kasih kerana ’membelanja’ kami sempena menyambut hari lahir tahun ini. Terima kasih daun keladi. Tahun depan belanja lah lagi. Terima kasih kerana menjadi kakak ku.

Sunday, November 30, 2008

Lambaian Haji

28 November, aku bertolak dari Shah Alam jam 8.30 malam ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Bertujuan untuk bertemu emak, ayah, makcik dan sepupu serta rakan-rakan emak ayah yang baru tiba di Kelana Jaya selepas maghrib.

Aku bersama sepupu sampai dahulu, kemudian anak saudara emak turut datang untuk bertemu mata dan mengucapkan selamat jalan. Tidak lama selepas itu kakak sampai. Kakak membawa makanan untuk dinner bersama emak ayah.

Kawasan kompleks Tabung Haji ramai dengan manusia yang menghantar saudara mara untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

orang ramai

menghantar sedara mara untuk menunaikan haji

Sementara menunggu untuk dipanggil masuk ke dalam asrama kompleks TH, emak ayah dan makcik dinner. Apabila waktu menghampiri tengah malam, saudara-mara yang datang meminta diri untuk pulang. Aku dan adik-beradik masih menunggu di situ sehingga emak ayah check in. Jam 3pagi emak ayah check in. Kemudian kami pun pulang. Aku tiba di Shah Alam jam 4 pagi.

dinner

bersiap sebelum check in

Selamat jalan emak dan ayah. Selamat pergi dan pulang . Selamat menunaikan ibadat haji dengan sempurna. Semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.