Followers

Monday, August 18, 2008

Alumni Day 3

hail amir

rozita ezlyn

noreen aziz

zur Eda

semua sekali...

Salam semua..

Alumni day 3, last day (Sunday). Aku berkesempatan mengikuti Konsert Ritma Kenangan pada waktu malam. Program di siang hari telah berlangsung aktiviti terbuka di peringkat fakulti. Konsert Ritma Kenangan ini adalah penutup kepada program Alumni Homecoming UiTM 2008. Konsert ini telah diadakan di Dataran Menara Sultan Abdul Aziz Shah. Ramai tetamu dan penonton yang hadir untuk menyaksikan konsert ini.

Konsert ini berlangsung dengan menggunakan band orkestra UiTM yang dipimpin oleh pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Muzik. Tenaga yang menjayakan konsert ini terdiri daripada produk-produk UiTM dan Alumni UiTM sendiri.

Antara artis yang diundang pada konsert ini ialah Hail Amir, Zur Eda, Rozita Izlyn, Amir SOFAZ dan Norin Aziz .. Lagu-lagu yang didendangkan adalah lagu 70an, 80an- terkini.. Tajuk lagu aku tak berapa ingat sebab tak menghafal bab-bab lagu ini..hehehe..Tidak ketinggalan NC turut menyampaikan sebuah lagu atas permintaan ramai.. Konsert yang bermula jam 9.00 mlm berakhir pada jam 11.30mlm.

Terima kasih kepada semua Alumni yang hadir sehingga bertemu lagi di program alumni yang akan datang..:)

No comments: