Followers

Sunday, August 24, 2008

KL Sentral

hanah

ajai

hanah & ct za

at bazar , Jln masjid India

inside Masjid India

Hari ni pergi KL sentral, jumpa schoolmates zaman sekolah dulu.. berbincang tentang perancangan mengadakan Reunion pada bulan Syawal nanti.. Yang hadir 4 orang termasuk aku.. yang lain tak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan masing-masing.. Terima kasih buat teman-teman yang sudi hadir dan meluangkan masa hujung minggu untuk bertemu di KL sentral..:)

Selepas berbincang apa yang patut.. kami bersurai dalam jam 1 tengahari.. Kemudian aku dan 2 orang lagi rakan meneruskan agenda window shopping a.k.a berjalan-jalan sekitar Masjid India dan Jalan TAR.. Dari KL sentral , menaiki LRT ke masjid Jamek.. Kebetulan hujan turun.. Beli payung dengan kakak yang jual payung di tepi stesen LRT. Kami terpaksa berjalan dalam hujan renyai.. Singgah di masjid India menunaikan solat zuhur.. Kali pertama aku singgah solat kat masjid ni..hehehe... masjid India, cantik juga dekorasi di dalam ruang solatnya..

Selepas solat zuhur, window shopping diteruskan sehingga ke jalan TAR.. dan kami singgah di SOGO..Pastu pegi makan kat KFC Pertama Kompleks.. Lepas makan, singgah semula SOGO.. pusing-pusing dalam SOGO..orang ramai sangat, kami tak membeli apa-apa, nak memilih pun terbatas..next time la. Sekarang SOGO sedang SALE lagi sehingga 1hb September 2008..

Selepas dah penat + boring jalan-jalan dalam SOGO, kami pun pulang.. Dari stesen bank negara, kami menaiki train komuter ke KL Sentral dan pulang ke destinasi masing-masing.. Hasil dari jalan-jalan dalam hujan renyai-renyai di sekitar masjid India dan jalan TAR ialah aku membawa balik sekaki payung..hahaha.. Natijah lain yang tersirat, banyak juga yang dapat.. Cuma tak tulis kat sini jer..;)

2 comments:

ajai said...

hehe. meeting2
upload lg ar zu pic2 lain ek. jai nk save gak. xpun emel ar...hehee

jumpa 13/10 nt k

dzuraini said...

Jai, nanti zu emelkan pics tu.