Followers

Sunday, August 31, 2008

Dirgahayu MALAYsia

flag

Selamat Hari Merdeka ke 51 MALAYSIA

MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..

Selamat hari merdeka buat semua..Proud to be Malaysian.
Semoga kecintaan terhadap tanahair tetap utuh..

Hari ini ramai orang sambut merdeka dengan pergi tengok perbarisan di Dataran Merdeka.. aku dan kakak pagi2 lagi, jam 6.30am dah keluar pergi pasar borong Selayang..beli apa yang patut untuk bekalan menyambut puasa..Pergi pasar basah ni suatu kemestian walaupun tak berapa suka.. tapi kena biasakan diri gak..huhuhu..teringat kali pertama pergi pasar basah ni..nak masuk pasar pun segan (bukan malu, tapi rasa geli dan semacam jer). Sekarang dah ok sikit..hehehe..perubahan yang baik buat diriku..nak pilih ikan dah tak guna/pakai plastik kat tangan lagi..:p

Balik umah bersarapan roti canai, nasi lemak & mee goreng sambil tengok acara perbarisan kat TV.. Acara tahunan sambutan hari merdeka yang ditunggu2..:-) Bagi mereka yang menjayakan perbarisan hari kemerdekaan ini, pasti merasa bangga sebab dapat turut serta dalam sambutan 31 Ogos yang diadakan setiap tahun.. orang yang tak pernah melalui pengalaman ini mungkin tak rasa apa2..aku cakap gitu sebab aku pernah melalui pengalaman perbarisan ini 7 tahun dulu..ahaks..walaupun sekali tapi kenangan itu tetap indah sampai hari ini..wakakaka..

Pelbagai orang, ada pelbagai ragam dan cara untuk menyambut hari Kemerdekaan.. namun pilih la cara yang terbaik dalam melahirkan ekspresi kegembiraan terhadap ulang tahun ke 51 ini..semoga tidak mengundang murka Allah..nasihat untuk diri sendiri ni..:p

Semoga Allah sentiasa memberkati bumi bertuah ni dan semoga kita semua memang "merdeka" dalam erti kata sebenar, bukan dari segi lahiriah sahaja..

MERDEKA!!

No comments: