Followers

Tuesday, August 19, 2008

KOOP

VIPs

ahli lembaga Koop

buku minit mesyuarat..buat rujukan

Salam semua..

Semalam, 18 hb dan hari ini, 19hb aku berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan ke 13 Koperasi Kakitangan UiTM Berhad. Dua hari menghadiri mesyuarat dengan mendapat pelepasan bertugas daripada Pendaftar. Mesyuarat kali ini diadakan di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam. Kali pertama aku menghadiri mesyuarat seperti ini setelah dilantik menjadi perwakilan bagi Zon 5 semasa mesyuarat Agung Kawasan ke -9 pada bulan Julai lalu..

Perwakilan dari seluruh cawangan hadir untuk mesyuarat ini. Pelbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat ini. Aku menjadi pendengar, memerhati dan mencatat apa yang patut..kena belajar dulu..:) Next time boleh la jadi pencadang/ penyokong / pembahas dan pemberi pandangan..hehehe..

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan tamat seperti yang dijadualkan.. Tahun ini semua ahli koperasi akan mendapat dividen 5.5% dan bonus 20% daripada syer masing-masing.. Didiven dan bonus akan dibayar oleh koperasi sebelum Aidilfitri 1429H..:)

Kepada kawan-kawan yang belum menjadi ahli Koperasi, dialu-alukan menjadi ahli kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi seperti boleh membuat pinjaman, pelbagai sumbangan kebajikan diberikan kepada ahli dan sebagainya..

Kepada yang telah menjadi ahli, sama-samalah kita menyokong dan memajukan koperasi kita.. Koperasi maju dan berjaya, anggota juga akan mendapat manfaat dividen dan bonus lebih tinggi tahun hadapan..:) Berusahalah !!

No comments: