Followers

Friday, August 22, 2008

Laila

mba Ayu, teh Zur, yuli & laila

Yuli, laila& aku

at Tangkubang Parahu, Bandung

yuk pulang..

Hari ini hujan turun lagi.. waktu petang. Alhamdulillah.. sejuk bumi ini.. Dua hari lepas hujan turun waktu pagi sehingga petang setelah sekian lama tidak dibasahi hujan..

Hari ini aku banyak waktu terluang dan tidak busy seperti hari-hari lain.. Tambahan pulak ramai yang bercuti rehat dan cuti sakit..

Hari ini aku sempat berbicara/ berbual melalui telefon dengan teman dari Bandung, Indonesia.. Perkenalan singkat semasa kunjungan ke Bandung hujung tahun lepas amat bermakna..Persahabatan masih kekal sampai saat ini.. kenalan ini namanya Laila dan Yuli, asli bandung.. Kami berkenalan semasa di dalam angkutan.. Aku tertarik untuk menegurnya kerana personalitinya yang menampakkan dia orang yang baik.. Aku hanya bertawakkal sahaja, moga tidak tersalah menegur/ menyapa orang.

Kami terpaksa menegur/bertanya kepadanya kerana semasa berada di dalam angkutan, kami takut tersalah naik kenderaan... Dia menjawab dengan ramah. Dalam masa yang singkat aku sempat minta nombor telefon dia. Aku bilang esoknya, mahu melawat sekitar bandung dan sekiranya dia berkelapangan/ libur bolehla menemani kami nanti. Mereka bilang biasa aja..hehehe.. Itulah kenangan tahun lepas semasa di Bandung..

Hari ini aku menelefon Laila kerana beberapa purnama yang lalu, sms yang aku hantar tidak berbalas.. terfikir juga , sudah tukar nombor telefon ke? Kerana sebelum ni kami bersms tiada masalah dan dia pernah menyatakan akan bernikah tahun ini.. Dan hari ini telah terjawab bahawa dia telah selamat diijab kabulkan pada 3 ogos yang lalu.. Selamat Pengantin Baru buat Laila dan Hafiz.. Masih dalam mood honeymoon..heheee.. Aku termiss untuk attend majlis perkahwinannya.. Dia memberitahu bahawa telah menghantar sms untuk menjemputku tapi sms tidak berjaya dihantar dan memberitahu bahawa telah menyuruh Teh Yuli mengirimkan emel kepada ku.. namun tiada emel yang aku terima..

Walauapapun, aku tidak berkecil hati..sekiranya ada rezeki , kita akan ketemu lagi kan? Kapan ke bandung lagi?? tanya Laila, aku bilang mungkin hujung tahun ini atau tahun- tahun berikutnya.. Suaranya di telefon amat ceria sekali.. Dia panggil aku Teh Zur.. singkatan gamaknya..kalu di jakarta dipanggil Mba= kakak. Di bandung bahasanya lembut sikit , teh= kakak. Orang Bandung juga cantik-cantik.. berkulit cerah..hehe..

Semasa berbicara denganya , Laila siap pass kan telefon sama hubby nya, suruh aku berbicara sama suaminya.. Suaminya Hafiz aku kira baik orangnya.. bicaranya yang sopan dan menceriakan.. dia bilang suara aku lucu!! Lucu itu apa ya dalam bahasa Indon? Lucu= comel /cute? Betul ke? Munawir / Zul sila jawab..hehehe..

Aku mempelawa Laila datang ke Kuala Lumpur. Datang la.. Boleh melawat KL nanti.. Talian telefon ditamatkan setelah 14 minit berbicara.. Laila bilang dia mahu ke pasar bersama suaminya..sekejapnya dirasakan bersembang dengannya.. Next time bisa ngomong lagi kan Laila??..:)

*gambar di atas kenangan semasa di Bandung bersama Laila(tudung hitam) & Yuli(tudung biru)

2 comments:

Lana said...

nice blog sista...

Lana said...

lucu is FUNNY... :P