Followers

Saturday, August 30, 2008

Subang Jaya..

at the curve
cineleisure

nak pegi main golf
the golfer ;p
Selepas balik daripada keje, petang Jumaat semalam pergi ke Subang Jaya.. jumpa ’keluarga angkat’. Mengenali keluarga ini 9 tahun yang lepas.. lama kan?..zaman aku belajar dulu2.. Walaupun daddy dan mama dah tak der (al-fatihah untuk Iskandar Abdullah & Jamaliah Ahmad) tetapi hubungan keluarga tetap terjalin.. Datang ke Subang Jaya untuk jumpa Udiq, Uci , Pidin & yang pastinya Laila.. Last time jumpa Laila hujung tahun lepas masa diaorang balik dari Oman.. Laila sudah pun meningkat remaja, makin cantik, makin matang..makin ramai peminat..hehehe..
Sampai di Subang Jaya dah lewat petang.. selepas maghrib kami keluar dinner ramai-ramai bersama Dr. Za dan Ida jugak.. Kami ke the Curve/ Cineleisure..jalan-jalan tengok orang dan ambil gambar guna h/p.. dig cam tinggal kat umah..huhuhu.. Dinner kat Vivo..American food..apalagi makan pasta, pizza etc..Pidin belanja.. Udiq yang bayar..:-) trimas..
Then balik umah, stay di Subang Jaya..
Pagi Sabtu, sarapan nasi goreng, Ida masak..best jugak makan dengan keropok..:-) Hari ini diaorang rancang nak wat BBQ malam nanti sambil sambut merdeka.. Aku?? Tak dapat join sebab tengahari ni kena pegi KL jumpa kakak then balik ke Damansara Damai..
Tengaharinya Udiq dan Uci keluar sama dengan aku.. Uci & Udiq nak pegi main golf..memang kaki golf budak dua orang ni..main golf tengahari lak tu..patut la sunburn semacam jer.hahaha.. Uci hantar aku ke station komuter Subang dan dia terus ke UPM. Aku ke KL sentral..Kakak jemput aku then balik ke D.Damai..
Malamnya tido awal.. tiada sambutan merdeka..kakak aku kata rugi tak tengok bunga api semalam.. Aku tak kisah, dah selalu tengok bunga api kat Shah Alam..tahun2 yang lepas..hehehe..
Selamat menyambut hari Merdeka ke-51 negaraku Malaysia..
Semoga Malaysia tetap aman & makmur..

No comments: