Followers

Saturday, August 16, 2008

Alumni Day 2

senamrobik di awal pagi

senamrobik

opening ceremony

band

mula/tamat tresure hunt..nampak tak siapa yang pegang bendera kuning tu?

Salam semua..

Program Alumni hari ini dimulakan dengan Senamrobik di awal pagi.. Aku juga berkesempatan menyertai senamrobik ini..Bagus jugak sekali sekala exercise di waktu pagi ni..huhuhu..

Selepas acara senamrobik, semua alumni berkumpul di dalam dewan Kompleks Sukan untuk acara perasmian oleh Naib Canselor. Pelbagai amanat disampaikan oleh NC kepada Alumni yang hadir.. Perasmian berjalan lancar, siap ada gimik lagi.. orang turun daripada bumbung..hehehee..

Sejurus selepas perasmian, diadakan acara cabutan bertuah. Aku tergolong dalam orang yang bertuah hari ini kerana nombor aku turut terpilih.:). Pelbagai hadiah disediakan seperti hamper dan barangan elektrik.

Di luar dewan diadakan persembahan pancaragam untuk tontonan umum. Pelbagai lagu-lagu menarik didendangkan untuk tetatmu yang hadir sambil menjamu selera.

Lebih kurang jam 11.30 pagi, acara Explorace bermula..Explorace dilepaskan oleh NC. Ianya dijangka tamat pada waktu petang. Kawasan explorace meliputi sekitar UiTM Shah Alam. Selamat menjelajahi UiTM kepada semua Alumni..

No comments: