Followers

Friday, August 15, 2008

Audit... PPUM


Salam semua

Hari ini, auditor datang lagi, sambung pengauditan semalam. Mr. S datang awal pagi bila waktu bekerja bermula. Aku entertain Mr. S seperti semalam. Mr. S menyemak fail dan dokumen yang berlonggok atas meja dan minta aku membuat salinan beberapa dokumen yang dia berminat.

Apabila jarum jam menghampiri angka 10 pagi, Mr. S menamatkan pengauditannya. Dia menyatakan mahu berjumpa boss pada minggu depan untuk exit report. Mr. S mengucapkan terima kasih kepada aku sebab dua hari aku entertain dia dan memberi kerjasama sepanjang penguditan berlangsung..:) Jadi, minggu depan tunggulah hasil laporan audit ini...huhuhu. Walau apa pun, leganya hati ku bila pengauditan ini tamat..hehehee.. Aku mengiringi Mr. S keluar dari pejabat dan mengucapkan terima kasih.kepada beliau.


Sejurus selepas itu, aku juga turut keluar dari pejabat, setelah mendapat kebenaran dari boss.. ada urusan di luar pejabat. Aku akan ke PPUM untuk lawatan ke wad Pediatrik. Lawatan ini anjuran PEWANI. Rombongan di ketuai oleh Datin Seri selaku Yang Di Pertua PEWANI. Kami bertolak jam 10.15 pagi dan tiba jam 10.50 pagi di PPUM. Rombongan seramai 10 orang disambut oleh wakil dari Unit Korporat PPUM dan kami di bawa ke Wad Pediatrik 6, Tingkat 11, Menara Utama PPUM.

Di wad Pediatrik, kami di sambut oleh ketua Jururawat wad dan diberikan penerangan sebelum lawatan dilakukan. Di wad ini, ditempatkan kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser...Lawatan ini disertai dengan penyerahan sumbangan kepada kanak-kanak yang berada itu. Lawatan selama 1 jam setengah dirasakan amat cepat berlalu..namun banyak pengalaman dan iktibar yang dapat diambil dari lawatan ini.. ”kalu kita merasa kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dan ramai lagi yang lebih memerlukan bantuan...” .

Jam 12.30 kami bertolak pulang ke Shah Alam.. Terima kasih buat staff PPUM yang menerima kehadiran kami dan di atas layanan yang diberikan.. Sehingga bertemu lagi di lain waktu..

No comments: