Followers

Showing posts with label alumni. Show all posts
Showing posts with label alumni. Show all posts

Monday, August 18, 2008

Alumni Day 3

hail amir

rozita ezlyn

noreen aziz

zur Eda

semua sekali...

Salam semua..

Alumni day 3, last day (Sunday). Aku berkesempatan mengikuti Konsert Ritma Kenangan pada waktu malam. Program di siang hari telah berlangsung aktiviti terbuka di peringkat fakulti. Konsert Ritma Kenangan ini adalah penutup kepada program Alumni Homecoming UiTM 2008. Konsert ini telah diadakan di Dataran Menara Sultan Abdul Aziz Shah. Ramai tetamu dan penonton yang hadir untuk menyaksikan konsert ini.

Konsert ini berlangsung dengan menggunakan band orkestra UiTM yang dipimpin oleh pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Muzik. Tenaga yang menjayakan konsert ini terdiri daripada produk-produk UiTM dan Alumni UiTM sendiri.

Antara artis yang diundang pada konsert ini ialah Hail Amir, Zur Eda, Rozita Izlyn, Amir SOFAZ dan Norin Aziz .. Lagu-lagu yang didendangkan adalah lagu 70an, 80an- terkini.. Tajuk lagu aku tak berapa ingat sebab tak menghafal bab-bab lagu ini..hehehe..Tidak ketinggalan NC turut menyampaikan sebuah lagu atas permintaan ramai.. Konsert yang bermula jam 9.00 mlm berakhir pada jam 11.30mlm.

Terima kasih kepada semua Alumni yang hadir sehingga bertemu lagi di program alumni yang akan datang..:)

Saturday, August 16, 2008

Alumni Day 2

senamrobik di awal pagi

senamrobik

opening ceremony

band

mula/tamat tresure hunt..nampak tak siapa yang pegang bendera kuning tu?

Salam semua..

Program Alumni hari ini dimulakan dengan Senamrobik di awal pagi.. Aku juga berkesempatan menyertai senamrobik ini..Bagus jugak sekali sekala exercise di waktu pagi ni..huhuhu..

Selepas acara senamrobik, semua alumni berkumpul di dalam dewan Kompleks Sukan untuk acara perasmian oleh Naib Canselor. Pelbagai amanat disampaikan oleh NC kepada Alumni yang hadir.. Perasmian berjalan lancar, siap ada gimik lagi.. orang turun daripada bumbung..hehehee..

Sejurus selepas perasmian, diadakan acara cabutan bertuah. Aku tergolong dalam orang yang bertuah hari ini kerana nombor aku turut terpilih.:). Pelbagai hadiah disediakan seperti hamper dan barangan elektrik.

Di luar dewan diadakan persembahan pancaragam untuk tontonan umum. Pelbagai lagu-lagu menarik didendangkan untuk tetatmu yang hadir sambil menjamu selera.

Lebih kurang jam 11.30 pagi, acara Explorace bermula..Explorace dilepaskan oleh NC. Ianya dijangka tamat pada waktu petang. Kawasan explorace meliputi sekitar UiTM Shah Alam. Selamat menjelajahi UiTM kepada semua Alumni..

Friday, August 15, 2008

Alumni

banner alumni homecoming

daftar peserta alumni homecoming dapat goody bag ni

day 1-futsal

day 1- netball

caps

Salam semua..

Alumni Homecoming UiTM 2008, Nostalgia 52 telah bermula pada hari ini,15hb- 17hb Ogos 2008. Aku juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program ini dan telah mendaftarkan diri sebagai peserta pada jam 4.30 petang di Kolej Mawar. Semua peserta yang mendaftar diberikan goody bag yang menarik berisi topi, notepad, mineral water etc..

Bagi Alumni yang datang dari jauh, penginapan dan makan minum disediakan secara percuma di Kolej. Aku tidak menginap di kolej kerana tinggal berdekatan dengan UiTM. Pelbagai program disediakan sepanjang 3 hari ini.

Pada malam ini ada pertandingan futsal dan bola jaring bertempat di Kompleks Sukan.

Pada hari sabtu ada senamrobik, perasmian, explorace dan sebagainya.. Semua acara yang bakal berlangsung pastinya menarik dan pelbagai hadiah ditawarkan..

Semua Alumni UiTM dijemput hadir.. Jom bersama-sama memeriahkannya..