Followers

Thursday, August 14, 2008

Meeting... Audit

boss - chairman meeting

Salam semua..

Hari ini ada aku ada meeting bulanan bagi jabatanku pada jam 9 pagi . Meeting kali ini diadakan di SGS Room, Level 9. Jauh jugak kena menapak dari office aku. Ini kali pertama aku masuk SGS room ini. Tak sangka ada bilik SGS di Aras 9. Boss yang pilih tempat ni, jadi kami semua ikut jer.. Seperti biasa boss akan jadi chairman. Namun pencatat minit a.k.a secretary pada hari ini bukan aku..minit dicatat oleh rakan sekerjaku..:) Meeting berjalan lancar seperti biasa, tiada hal berbangkit atau masalah besar dibincangkan. Keputusan mesyuarat diterima oleh semua yang hadir. Meeting tidak berlarutan lama sebab selepas meeting akan ada tetamu yang datang ke jabatan ku hari ini. Sebenarnya tetamu ini telah datang pada 2 hari lepas dan menyerahkan satu surat yang menyatakan hari ini dan esok Jabatan aku akan di audit oleh beliau. Dalam masa dua hari kami semua di Jabatan kena menyediakan segala dokumen yang dikehendaki seperti yang tercatat di dalam surat.

Tetamu tersebut ialah juruaudit dari Jabatan Audit Negara. Beliau ialah Mr.S. Oleh kerana boss ada urusan di Fakulti jadi aku terpaksa melayan Mr. S di pejabat. Segala dokumen yang diperlukan telah dikeluarkan dan dilonggokkan di atas meja untuk disemak oleh Mr.S. Mr. S melakukan tugasan beliau dengan menyemak segala dokumen yang ada. Beliau bertanyakan perkara-perkara yang ingin diketahui tentang Jabatan aku. Aku menjawab semua soalan seadanya. Setelah menyemak dokumen di pejabat, aku mengiringi Mr.S ke makmal pulak. Kebetulan boss tiba jadi kami bersama-sama menuju ke lab. Sampai di lab aku mencari-cari Lab manager. Aku ingatkan Lab Manager free, rupa-rupanya tengah entertain orang lain. Jadi, mahu atau tidak, kenalah mengiringi Mr. S buat lab tour dan menyemak inventory alat kelengkapan dalam lab. Kami lawati semua section dalam lab, tunjuk apa yang patut dan jawab soalan seadanya.. Penat tapi seronok layan karenah tetamu ni..hehehee.. Lab tour tamat bila dah dekat jam 1.00 tengahari.


Mr. S kata dia akan sambung audit lagi waktu petang. Jadi selepas lunch hour, Mr. S datang office dan sambung lagi kerjanya..Segala dokumen yang Mr. S berminat, dia minta difotocopi dan ingin di bawa pulang, jadi aku membuat salinan semua dokumen yang diperlukan..Penguditan tamat untuk hari ni.. Esok sambung audit lagi..huhuhu.. Semoga segalanya berjalan lancar..

No comments: