Followers

Wednesday, October 14, 2009

ke 71


Istiadat Konvokesyen UiTM ke 71 bermula hari ni 15 Oktober-27 Oktober 2009. Konvo kali ini UiTM telah menghasilkan 21,128 graduan lebih ramai berbanding konvokesyen yang terdahulu.
TAHNIAH kepada semua graduan dan selamat bergraduasi.

Dan buat pertama kalinya semasa istiadat konvo, UiTM tidak menyediakan refreshment bagi setiap sidang. Ini bagi mengelakkan perkumpulan beramai-ramai di suatu kawasan. Bagi mengelakkan wabak H1N1 menular. Pada kali ini juga graduan dan ibu bapa dimestikan memakai topeng muka semasa berada di dalam dewan konvo. Selepas tamat sidang semua graduan & tetamu dipersilakan pulang segera.


UiTM juga tidak menyediakan gerai-gerai makanan semasa konvo kali ini. Untuk tetamu dan graduan boleh membeli makanan di kafeteria menara SAAS. Hanya gerai bunga disediakan di menara SAAS.

Aku buat pertama kalinya bertugas untuk konvokesyen. Telah menjalani raptai beberapa hari yang lalu. Semoga sidang pertama pagi ini bersama Tuanku Canselor (DYMM Agung) akan berjalan dengan lancar. Dan aku mendapat pengalaman yang berbeza dalam tugasan ini.

Kepada anak sedara aku yang turut berkonvokesyen pada konvo ke 71 ini diucapkan TAHNIAH!!. Jumpa semasa hari konvokesyen nanti..aku bertugas hari itu!

p/s: Pastikan diri anda sihat untuk bergraduasi.. Suhu badan akan diimbas sebelum dibenarkan memasuki dewan konvo.

No comments: