Followers

Sunday, January 4, 2009

Kak Chik


Entry ini aku dedikasikan buat kakak ku.

Selamat hari lahir buat Kak Chik a.k.a Nor Nazila yang menyambut hari lahirnya pada 03 Januari. Bertambah lagi usia dan semoga semakin bertambah keimanan kepada-Nya. Semoga tahun ini lebih banyak kejayaan dan barakah yang dilimpahkan oleh Nya.

Panggilan kak chik amat senonim dengannya. Kenapa dia dipanggil kak chik aku pun tak tahu. Semua kenalan sekolah rendahnya lebih mengenalinya dengan nama kak chik sampaikan ada yang tidak tahu nama sebenar sebab kebanyakan orang memanggil namanya sebegitu. Amat tegas, tetap pendirian dan komited dengan apa yang dilakukan. Ingin membuat yang terbaik dalam apa jua perkara.

Pada ku, dia adalah yang paling pandai dan paling rajin belajar dalam keluarga kami. Pernah belajar di KISAS, UM, UKM dan sekarang UIA. Selamat menghabiskan pengajian master (MA Syariah) di tahun ini. Semoga najah dengan cemerlang.

Terima kasih atas segala jasa baik, sokongan dan sentiasa menolong ku. Diharap pertolongan kewangan, nasihat, pendapat dan bimbingan tidak akan berkurang. Maaf di atas segala kesalahan ku selama ini dan mungkin yang akan datang.. siapa tahu. Dulu kami selalu gak bergaduh. Zaman budak2 dan zaman sekolah, biasa lah kan..hehehe. Zaman dewasa ini bergaduhnya lain sikit.. tak sama dengan zaman budak2..:-)

Melawan kakak/(abang) sebenarnya satu kesalahan dalam keluarga. Mesti hormat, taat dan ikut. Berkata/ membahasakan diri ganti nama sebagai ”aku” ketika geram, nak marah atau secara tidak sengaja adalah SALAH. Akan dianggap biadap dan tidak hormat kepada orang tua. Jadi jika timbul perasaan amarah, kenalah bersabar jangan terkeluar perkataan ”aku”. Sekiranya terkeluar juga perkataan ”aku”, bersedialah untuk menerima ceramah pendek. Bukan dari seorang tapi daripada ramai orang dalam keluarga, huhuhu. Menginsafkan untuk seketika. Oleh itu gunalah ganti nama yang lain untuk mengekpresikan perasaan marah..kekeke.. Menjadi ke kalau marah guna ganti nama (contoh) sebagai ”saya’/ ’adik’/ ’kita’ dll??

Semoga tahun ini mendatangkan lebih banyak kejayaan dan kebaikan dari tahun sebelumnya. Semoga segala apa yang dicita-citakan akan tercapai. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan sentiasa kejayaan kita bersama..

Terima kasih kerana ’membelanja’ kami sempena menyambut hari lahir tahun ini. Terima kasih daun keladi. Tahun depan belanja lah lagi. Terima kasih kerana menjadi kakak ku.

No comments: