Followers

Wednesday, January 14, 2009

Cerita last week..

bersesak-sesak

sabar menanti

'mereka' ada di situ

9 Januari 2009, Jumaat

Jam 7.00 pagi kami bertolak pulang ke kampung. Pagi ini emak dan ayah tiba di Malaysia daripada Madinah. Kakaks yang tidak pulang ke kampung, menunggu parents di KLIA. Jam 8.00 pagi ketibaan. Semasa dalam perjalanan pulang, kakak menghantar sms dan memberitahu bahawa mereka telah berjumpa dengan emak dan ayah di KLIA. Kakak membuat panggilan daripada KLIA dan aku dapat bercakap dengan emak. Parents sihat dan ceria. Flight parents ke KB pula jam 3.20 petang.

Tiba di rumah jam 2.10pm. Solat dan rehat. Sejam kemudian kami menuju ke airport pengkalan Chepa. Tiba di sana jam 4.10pm. Flight dari KL baru tiba. Berjalan menuju ke balai ketibaan. Ramai manusia yang berkumpul di sana, semuanya menunggu kepulangan orang tersayang dan saudara-mara.

Melihat ke ruang ketibaan, jemaah haji yang pulang belum kelihatan.. mungkin baru keluar daripada flight. Semua orang menunggu dengan sabar. Orang semakin ramai dan bersesak-sesak di depan pintu balai ketibaan. Tidak berapa lama selepas itu aku melihat kelibat emak, menuju ke tempat bagasi dan ayah juga menuju ke tempat sama.

Kami menunggu lagi, seorang demi seorang jemaah haji keluar dari balai ketibaan. Termasuklah parents kami..aku memeluk dan bersalaman dengan emak dan ayah. Perubahan fizikal yang ketara pada ayah dan emak ialah mereka kelihatan lebih cerah daripada biasa. Mungkin suhu dan cuaca di tanah haram yang dingin.

Alhamdulillah, kedua orang tua ku sihat walaupun ayah ada sedikit batuk-batuk. Kami pulang ke rumah dengan gembira kerana mereka telah selamat pulang daripada mengerjakan haji dan kembali ke tanah air.


10 Januari 2009, Sabtu

Awal pagi pergi pasar, beli barang-barang basah untuk kenduri kesyukuran sempena kepulangan parents dari tanah haram. Abg Pi sponsor kambing seekor. Siapa yang sembelih kambing? mungkin ayah atau mungkin Abg Pi sendiri..tak pasti sebab aku ke pasar.

Balik dari pasar, kerja masak memasak pun berlangsung. Seperti biasa chef adalah Abg Pi. Tetamu jemputan adalah saudara-mara dan jiran tetangga. Tengahari Abg Li sampai dari Cameron Highlands. Dia singgah di Kok Lanas dulu, bawa mertua a.k.a besan ayah datang sekali ke rumah. Tetamu hadir dari tengahari sehingga malam.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun kepenatan..:-)


11 Januari 2009, Ahad

Pergi HUSM, bawa parents jumpa doktor, check kesihatan. Tekanan darah emak normal dan sambung pengambilan ubat-ubatan seperti biasa. Ayah seperti biasa kena ambil darah untuk check kecairan darah dan sambung ubat-ubatannya. Result kecairan darah akan diperolehi keeseokkan harinya. Ayah kena datang HUSM lagi esok dengan Abg Pi. Kali pertama emak dikenakan bayaran perubatan sebab surat jaminan emak dah expired tahun lalu. Kena bawa surat baru untuk emak next time. Ayah dapat rawatan percuma.

Petangnya kami pergi Bandar KB, untuk shopping. Seperti biasa membeli-belah pesanan dan kiriman orang dan buah tangan untuk housemates dan kawan-kawan.


12 Januari 2009, Isnin

Jam 7.30am bertolak ke Kuala Lumpur. Tiba di KL jam 3pm. Solat dan rehat seketika di rumah kakak. Aku sampai di rumah Shah Alam jam 6.30pm. 13 Januari 2009, kembali bertugas seperti biasa.

No comments: