Followers

Thursday, August 19, 2010

bertapa

Hari ini seharian aku bertapa di bilik mesyuarat dalam ofis. Melarikan diri daripada workstation untuk mendapatkan ketenangan dan mengelakkan gangguan dari sesiapa. Melarikan diri untuk menyiapkan tugasan iaitu slide presentation. Alhamdulilah, siap juga akhirkan.. walaupun hari ni terpaksa pulang lewat ke rumah.

Boss agak pelik melihat aku seorang diri berada di bilik mesyuarat sehingga jam 5 petang..dia agak curious, sehinggakan datang menjenguk aku dan bertanya " why you are here?" aku hanya tersenyum.. tiada jawapan diberikan. lagipun dia datang nak tanya benda lain in a first place, jadi aku hanya menjawab soalan tersebut saja..heheee.

Bertapa ini bagus jugak sekali sekala sekiranya tiada kerja hakiki yang urgent.. banyak benda/kerja dapat disiapkan bila tiada banyak gangguan.

Slide presentation ini telah siap, semoga aku dapat membuat presentation ini dengan sebaiknya.. Ya Allah permudahkan urusan ku ini.. Amin..

Friday, August 13, 2010

berbuka puasa

hari ke4 puasa, mendapat jemputan berbuka puasa di rumah kakak no2.. insyallah lepas asar akan bertolak ke rumah kakak no.2 bersama kakak no.3 dan no. 4.

dah lama tak menziarahi kakak no.2 , dapat berjumpa dengan anak-anak sedara yang semakin besar. Terima kasih Kak Nik untuk jemputan berbuka puasa hari ni.

Ramadhan Kareem 1431H

Salam Ramadhan Kareem!. selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat di mana jua berada..Semoga amalan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Hari ni dah masuk hari ke3 berpuasa..baru nak wish..heheehe..

Hari ke3 berpuasa ,aku belum menjengah bazar iftar lagi.. setakat ini lebih selesa makan di rumah. Housemates setiap hari singgah bazar iftar.. macam-macam kueh yang dibeli..bagi peminat kueh-mueh , time Ramadhan lah pelbagai jenis kueh yang dijual.. Aku bukan kategori peminat kueh..

Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak pulang ke kampung halaman untuk sambut puasa bersama parents. InsyAllah akan pulang beraya bila penghujung Ramadhan..

Berpuasa kali ini di Sungai Buloh. Sangat rindukan suasana Ramadhan di Shah Alam. di Shah alam senang nak ke masjid/ surau untuk berterawih.. di sini, terawih di rumah saja. walaupun begitu, cuba menceriakan hati sendiri walau dimana saja berada. Cuba menyukai suasana puasa di tempat baru.. Semoga aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah..

SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA..

Saturday, July 10, 2010

Esok

Esok, ahad 11 Julai 2010 akan bermula satu lagi sejarah baru dalam hidup ku.. Mengulangi perkara yang telah 7 tahun di tinggalkan.. Episod baru akan bermula, persiapan untuk esok telah disiapkan. semoga ianya berjalan lancar.

seperti kata orang terdekat dengan diriku semasa mengemas keperluan untuk esok.."semangat baru"..insyAllah.. Esok hari pertama..semoga segalanya baik-baik belaka.. permulaan yang baik, perkenalan yang lancar, pertemuan yang memberangsangkan, pemahaman yang jitu, kecerdasan, kecekalan, kecergasan, daya ingatan yang kuat, suasana yang harmoni.. aku memang mengharapkan semuanya adalah baik.

Ya Allah, pemudahkan segalanya untuk ku dunia dan akhirat..Amin..

Friday, May 21, 2010

berbagai rasa

berbagai rasa melanda..sedih, takut, risau,berdebar-debar dll. pulang dari kantor agak lewat.. sampai di rumah terus memasukan pakaian ke dalam beg dan keluar rumah kembali.. perjalanan yang jauh perlu ditempuhi. keesokkan harinya tiba di destinasi yang dituju. kepenatan bagi pengemudi, aku ketiduran sepanjang perjalanan. ketemu orang yang sangat dirindui, keadaannya sedikit merisaukan aku dan mereka-mereka yang lain juga...

kepulangan ini tidak dimaklumi sesiapa kecuali mereka yang terdekat dan tertentu sahaja.. yang selainnya akan dimaklumkan kemudian..

menguruskan urusan yang perlu diuruskan..ke rumah sakit. menunggu keputusan x-ray, berdebar-debar.. hanya mendoakan yang baik-baik aja. alhamdulillah tidak terlalu serius walaupun ada perubahan pada bentuk asal..follow up minggu depan ke rumah sakit lagi.. semoga cepat sembuh..

berbagai rasa di atas kepulangan ini, antara urusan keluarga dan kerja.. namun keluarga lebih utama. maafkan aku kawan2-kawan di atas ketidakhadiran ini.

berbagai rasa juga untuk pulang ke kuala lumpur semula, bagaimana dengan mereka yang berada di sini, bagaimana juga dengan kerja yang menanti, tugasan yang perlu dilangsaikan.. berat hati untuk meninggalkan mereka-mereka ini. Ya Allah, permudahkan urusanku dan keluarga ku..peliharalah mereka dalam kesejahteraanMu.. aminn

Tuesday, May 4, 2010

berbulan-bulan

Berbulan-bulan lamanya aku tidak meng updates blog ini. Adakah semakin hari semakin malas menulis? moga dijauhkan penyakit M ini jauh-jauh.

Pelbagai perkara yang telah berlaku dari bulan Februari- April 2010.. perkara yang gembira, sedih, benci, suka, tersuka kat orang, tercatat sejarah dalam hidup, membanggakan, merisaukan, menginsafkan dan pelbagai lagi..

2 februari yang lalu secara rasmi, aku berpindah tempat bertugas di lokasi yang baru.. juga secara rasmi memasuki rumah sewa yang baru.. persekitaran tempat kerja yangberbeza sama sekali.. agak sunyi.. tempat tinggal yang kejiranan juga berbeza.. jiran depan rumah sampai sekarang aku belum kenal lagi, tidak pernah bersua muka..hhuhu. Dalam bulan Feb juga, sempat balik kampung ketemu parents sempena cuti panjang tahun baru cina.

Bulan Mac, tragedi tak tersangka.. kehilangan harta dunia..dan sangat2 bersyukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udaranya sehingga saat ini.. Yang sangat terasa mungkin kakak ku kerana itu harta dunianya.. insyAllah akan berganti yang baru.. Moga dipermudahkan rezeki sentiasa..

Sebulan juga terpaksa dengan rela bersusah payah di awal pagi keluar ke tempat mencari rezeki bersama kakak. Keluar rumah sebelum azan subuh berkumandang..mengorbankan waktu tido, mengantuk sebenarnya.huhuhu. Berkorban yang sedikit pada ahli keluarga, terasa sangat susah pada awal nya..namun lama-kelamaan, terasa berbaloi.. apalah sangat pertolongan dan pengorbanan ini jika dibandingkan kesusahan, pengorbanan, pertolongan orang lain dan adik beradik kepada ku selama ini..benarlah setiap yang berlaku itu ada hikmah nya.. syukur ya Allah..

Allah lebih tahu atas segalanya.. Allah mempermudahkan urusan kami dalam pelbagai bentuk. Ada yang menawarkan pertolongan tanpa diminta.. mereka adalah orang yang sangat memahami kesulitan yang dihadapi..terima kasih bro & big sister!

Di penghujung April, mengadakan family day tempat kerja..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. semoga di tahun mendatang, kehadiran akan lebih ramai dan semakin meriah dengan pertambahan bilangan ahli-ahlinya.. Selain tiu harta dunia kakak yang baru telah berganti.. dan dengan itu aku tidak perlu lagi ke tempat kerja sebelum azan subuh berkumandang. Alhamdulillah..

Bulan Mei telah datang.. pelbagai perancangan di bulan ini. Jadual aku agak penuh. Aktiviti bersukan telah bermula semula setelah berbulan-bulan ditinggalkan. Semoga dapat membahagikan masa dan tugas dengan sebaiknya serta dipermudahkan urusan oleh Nya sentiasa.. Aku sangat bertuah mempunyai boss yang suportive, dikelilingi oleh rakan setugas yang memahami, menceriakan, mendamaikan hati.. ketidaksenangan hati yang sedikit, bisa terubat dan terhilang oleh mereka-mereka ini.. Semangat team work sangat berkesan! Wahai kawan, jika terlihat aku ada kesilapan, tegur-tegurlah selalu..sangat mengharapkan teguran dari kamu...

Tahniah kepada kaum kerabat yang telah menimang cahaya mata baru di Bangi, yang bakal menimang cahayamata di bumi dingin, juga rakan setugas atas kenaikan pangkat. Tahniah untuk semua..cukup la dulu, dah panjang entri ini.. wasalam.

Thursday, January 28, 2010

tempat baru..

hari Jumaat 29 Januari , pergi kerja untuk hari terakhir di Shah Alam. Mengetuk kad perakam waktu di shah alam. Berjumpa labmates dan bersarapan. Seterusnya ke Sungai Buloh. hari ini bersiaran dari sungai buloh. Ketemu boss di Sungai Buloh dan fellows IMMB yang turut datang ke tempat baru. Pulang dari kerja nanti akan mengetuk kad perakam waktu di sungai buloh.

Boss seharian berada Sungai Buloh hari ini. Dia mengemas biliknya (director room). Nice room for her! ketika aku menulis blog ini, kelihatan boss sibuk mengangkat kotak bukunya ke dalam bilik. Aku tolong tengok..hehhee.. Bukan tak nak tolong tapi tak mampu nak tolong pun.

Kebanyakan members IMMB berada di Sungai Buloh hari ni. Semua sibuk di bahagian masing-masing. Ada di bahagian admin, RNA Lab, Protein Lab, DNA Lab, Histo Lab, Cell Culture Lab dan sebagainya. Di bahagian aku, kotak bertimbun-timbun..tak tahu nak mulakan dari mana.. Next aku akan memulakan proses unpacking segalanya.. Aku hanya mencuba (test) network internet sahaja..hehehe..dan hasilnya mengisi masa, aku updates blog ini.. dan test talian telefon di pejabat..hasilnya director dapat line A, ada yang line B dan kebanyakkan line C.. kena double check next week lagi..

Kepada semua labmates dan ofismates selamat bertugas di tempat baru mulai 1 februari.. tempat baru dengan suasana yang baru..:-)