Followers

Tuesday, September 23, 2008

dewan senat..berbuka posa

Sekitar jam 0900, aku menerima panggilan telefon dari Datin Seri..dia suruh aku mewakilkan dia meeting di bilik mesyuarat bangunan Canseleri jam 1430 nanti…aku pun menyetujuinya kerana ada kelapangan waktu ..Selepas talian dimatikan, barulah aku terfikir, bilik mesyuarat kat Canseleri banyak..bilik meeting aras berapa ni, bilik meeting mana satu ni??.aku bukannya selalu pergi meeting/ berurusan di bangunan canseleri tu..jadi sedikit tidak arif tentang tempat di sana..

Jam 1420 aku tiba di Canseleri..naik lif ke tingkat 4, jumpa kawan aku di pejabatnya kerana ingin bertanyakan pasal bilik meeting tersebut..member aku dengan baik hatinya menelefon bahagian korporat untuk mendapatkan kesahihan tempat mesyuarat.. selepas mendapat kesahihan, rupanya bilik mesyuarat di tingkat 4, meeting dalam Dewan Senat..senang urusan ku.. Dewan Senat ni, yang terawal ditemui kalu melangkah masuk ke aras 4, bangunan Canseleri.

dewan senat, aras 4, bangunan Canseleri

dalam dewan senat

bermesyuarat

Kali pertama aku jejak kaki dalam Dewan Senat..cantik juga dewan ini..menunggu meeting dimulakan..agak lewat....sabor je la.. tak lama selepas itu chairman tiba..meeting terus dimulakan dan semuanya berjalan lancar..meeting ni adalah berkenaan pasal jamuan raya perdana 1429 H. Tarikhnya 17 Oktober 2008, jam 1500, selepas solat Jumaat..bertempat di padang kawad..katanya 14 buah khemah akan disediakan untuk gerai juadah hari raya..kehadiran dijangkakan 3,500 orang.. Kepada semua warga uitm staf & student dijemput hadir.. makan free, macam2 menu ada, menu utama semestinya satay untuk 3500 orang.. menu dari seluruh negeri dalam Malaysia pun ada ..penuh dengan makanan la gamaknya..

17hb Okt, PEWANI buat jamuan hari raya juga, start jam 0800, bertempat di Padang Pusat Islam. Hari jumaat tu nanti, semua keje tak jalan la..semua staf pegi majlis makan2..hehehe..Yang pasti aku berada di luar daerah pada tarikh itu.. tak dapat la turut serta..huhuhu..

Berbuka posa..

Fakulti aku mengadakan majlis berbuka puasa hari ini..jemput semua lecturers, staffs & students..majlis bermula jam 6.00pm. Aku antara yang hadir ke majlis tersebut..mewakili jabatan sebab member-member yang lain semua nak balik berbuka puasa di rumah..

Oleh kerana terleka a.ka. ralit, jam 7.06pm baru aku turun ke foyer untuk menyertai majlis berbuka posa..aku bergegas turun dengan lif..yelah.. dah lambat..kalut la jadinya.. Sampai-sampai sahaja di foyer, students dah memenuhi meja yang disediakan, duk menunggu waktu berbuka..

students menunggu untuk berbuka posa

Aku terus ke bawah khemah yang disediakan..mencari rakan sekerja yang lain..rupa-rupanya diaorang dah duduk di meja masing2.. aku kira lambat laa..tapi tak menjadi masalah..janji aku hadir untuk berbuka posa.. meja kebanyakkannya sudah penuh, aku duduk semeja dengan students.. duduk sekejap untuk berbuka posa.. berbuka puasa disediakan kurma, roti jala dan kuih muih sahaja..mana makanan lain??:-)


lecturers berbuka posa

staffs berbuka posa

students berbuka posa

lecturers (berbuka gak, tapi tak posa :p)

VVIP- bersongkok hitam

Selepas berbuka posa dengan juadah ringan, solat maghrib diadakan di foyer, beralaskan tikar dan berbumbungkan khemah sahaja.. Tetamu jemputan dan VIP Dato’ Seri VC turut bersolat maghrib di situ..

Selepas solat maghrib, barulah makanan utama dihidangkan.. menunya nasi tomato kalu tak silap aku..semua orang menjamu selera..aku duduk semeja bersama rakan sekerja yang lain.. Selepas makan, ada ucapan daripada Dean & Vice Chancellor.. selepas sesi bergambar, VIP berangkat pulang..seterusnya di sambung dengan solat isyak & solat terawih..yang meramaikan solat terawih adalah students..hehehe.. menghampiri jam 2200 barulah aku pulang ke rumah..

No comments: