Followers

Saturday, September 6, 2008

KL Sentral lagi..

ct za & ajai

ct za & hanah at universiti station

at bazar Ramadhan

traffic jamm

Selamat berpuasa..

Hari keenam Ramadhan, Sabtu..hari cuti hujung minggu.. Petangnya aku ke KL sentral, ada date dengan kawan-kawan sekolah untuk meeting reunion.. Tiba lewat 15 minit di KL sentral, jam 3.45pm..huhuhu.. Kawan2 dah menunggu aku…Sorry.. Empat orang yang hadir Hanah, Ct Za, Jai & aku. Terima kasih pada yang hadir dan sudi meluangkan masa..

Meeting ringkas bermula, aku mempengerusikannya.. selesai perbincangan dalam pukul 5 petang.. Selepas itu Ct Za mengajak aku dan Hanah pergi berbuka puasa di rumahnya.. Perancangan awalnya kami ingin berbuka puasa KL Sentral.. Oleh kerana meeting habis awal, jadi masih ada banyak masa lagi..sempat untuk masak-memasak di rumah.. Jai pulang ke rumah selepas meeting selesai...**

Aku dan Hanah ke rumah Ct Za di Vista Angkasa, menaiki LRT turun di station Universiti.. Kami sempat singgah di bazar Ramadhan sebelum ke rumah Ct Za. Kami beli buah, kuih-muih dan air tebu..

Ct Za memasak untuk kami berbuka puasa di rumahnya..hehee.. Thank you so much!! Jemputan untuk bermalam di rumah Ct Za tak dapat dipenuhi.. sebab unplanned, lagi pun masing-masing ada hal yang belum selesai pada hari itu. Next time ye Ct Za..jangan serik ajak kami datang rumah lagi..;-)

Selepas berbuka puasa, aku dan Hanah ke KL sentral semula untuk pulang ke destinasi masing- masing.. Hanah ke Putrajaya dan aku ke Shah Alam.. Alhamdulillah, jam 10pm selamat tiba di rumah Shah Alam..

------------------------------------------------------------------------------------

** rupa-rupanya Jai buka posa dlm kete..huhuhu..

No comments: