Followers

Friday, October 24, 2008

Ketereh Part2

16 Oct, hari ini dalam agenda mengemas tempat untuk program health screening.. oleh kerana di kelantan masih lagi bersekolah, jadi mengemas tempat dibuat waktu petang.

Aktiviti pagi ini adalah pergi jalan2, makan2 dan shopping di bandar Kota Bharu..

Aku?? Pergi bandar KB dari rumah selepas bersarapan nasi kerabu dengan emak dan ayah.. Jumpa member di bandar KB dan balik bersama ke Ketereh.. Aku sempat gak shopping sikit2.. beli tudung bawal, itupun sebab housemates yang kirim..untuk diri sendir beli makanan jer untuk makan dalam bus.. barang2 lain tak beli sebab benda yang aku nak beli tidak kesampaian. Aku nak beli dinar emas, pusing2 bandar KB cari kedai Ar Rahn. Kedai kat Jalan Temenggung, tutup sebab kes kecurian hari tu. Pastu aku cari kedai lain dalam cuaca yang panas aku berjalan sorang2, panas yang amat. Tanya orang kat KB, dia bagitahu ada kedai lain, aku pun pergi kat situ, tapi tak jual dinar, buat urusan pajak gadai jer.. Tapi dalam kepala aku, masih ada kedai lain kat KB ni, tapi kat mana ek?? Aku dah buntu..tambah2 lagi cuaca yang panas.. Oleh itu aku memutuskan untuk tidak meneruskan pencarian.. ayat bagi menyedapkan hati ”boleh beli lain kali bila datang KB lagi”.

Aku singgah di kedai makan, lunch kat situ minum tea bing. Pastu pergi ke tempat parking bas di dataran depan Istana Jahar. Member2 baru jer lepas lunch di kedai makan tepi sungai Kelate..makan apa? Nasi air/nasi sup, minum singa bing..hehehee...

Jam 2.30 pm bas bertolak ke Ketereh..tiba di sekolah dekat jam 3.00pm.. Pastu mulalah keje mengemas bilik darjah, keluarkan barang dari lori dan bus.. kaum hawa tukang kemas bilik darjah..angkat2 barang berat kaum Adam jer yang buat..hehehe..Dekat jam 5pm keje2 mengemas siap..

Lepak kat sekolah dulu sambil minum petang.. Makcik Nin sediakan air sirap, pisang goreng, kerepek pisang, cempedak goreng..besh2..

Ada yang tak best sebab nak balik guest house, tak boleh..kunci rumah tertinggal dalam bus..En. driver dah pergi tempat lain.. nak tunggu dapat balik kunci tu lambat la.. Kemudian dapat solve the problem dengan minta tuan kedai bukakan pintu rumah kami dengan kunci pendua..Alhamdulillah.. Dapat gak masuk rumah tu walaupun dah jam 6.30pm..

Kebetulan hari ni ada pasar malam..apa lagi, semua oarng pergi membeli juadah dinner di pasar malam.. aku dimaklumkan ,satay untuk dinner yang di sponsor pun tak habis di makan..hehehe..

Aku tak lepaskan peluang membeli makanan di pasar malam. Pastu tumpang K. Wanie untuk balik rumah. Dropped aku di Melor.. kemudian Shahmi datang jemput aku di situ. Malam ni bermalam kat rumah lagi..besh2.. Abang Pi ada balik rumah jugak sebab weekend, sekolah cuti.

Lepas isyak.. tolong emak kemas pakaian, esok ayah & emak ada kursus haji perdana di USM kelantan..Kursus sehari semalam. Kemaskan beg baju ayah.. emak dah siap kemas bajunya sendiri.. Bawa keperluan yang perlu sahaja. Pastu semua beristirehat. Tido.


dataran depan Istana Jahar

dah penat bershopping..jom pulang

Mall yang paling besar setakat ni di Kelantan


**nota: Kedai Ar Rahn nak beli Dinar emas ni kat Bangunan Hotel Ansar/ Hotel Raudah

Trip to Ketereh part 1

Minggu lepas aku mengikuti trip Pure Rus Study ke Ketereh.. berikut adalah coretan kisah sepanjang pure rus di Ketereh.. part 1-part 5

15 Oct, Jam 11am kami berkumpul di depan anatomi lab, tunggu bas datang. Perjalanan jam 11.30 pagi. .tetapi bus datang jam 12 tghari..huh! penat menunggu..penantian suatu penyiksaan.. yeke? Tak sabar langsung...kekeke..

Angkut semua barang masuk dalam bus, jam 12.30 tghari bertolak.. 2 buah bus, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita.. bus baru & selesa..duduk sorang2..nak tido pun best..yang tak bestnya kepala pening, bas baru..bau kedai lagi..hahahaa.. niat untuk membaca dalam bus terbantut sebab kepala pening..buku La Tahzan yang di bawa tersimpan kemas dalam beg sandang aku.. kalu membaca jugak, tak pasal2 nanti ada yang termuntah dalam bas..haru nanti..huhuhu..

Singgah di genting sempah, lunch dan solat.. pastu teruskan perjalanan lagi..driver pandu bus slow and steady jer.. aku rasa slow sangat..orang yang duduk seat belakang terasa bus dah cukup laju sampai terlambung2 dek kerana jalan yang bengkang bengkok..hehehehe

Jam 7.08 pm baru sampai R&R gua musang.. kami singgah solat. Dinner kemudian sebab Alif bagitau emaknya dah masak untuk kitaorang. Perjalanan diteruska, tiba dekat rumah Alif di Pendek dalam jam 10 lebih.. Dinner meehun goreng, sedappp mungkin dah lapar sangat kot..huhuhu.. siap boleh tambah banyak kali.. Ada orang tu balun bahulu berbiji-biji.. peminat bahulu..cicah tea O..kekekee..

Pastu pergi Ketereh semula, sampai di SK Ketereh dah jam 11pm lebih..mengantuk, penat dan segala macam la.. Namun mengenangkan AJK Rukun Tetangga Ketereh dah tunggu kami, kena dengar la juga taklimat di sekolah tu.. Taklimat untuk program pada lusa dan tulat, 17 & 18 Okt.

Selepas taklimat, beramai2 berjalan kaki ke tempat penginapan yang disewa khas untuk kami..guesthouse Sri Wangi..di tingkat atas rumah kedai kat Pekan Ketereh..kiranya tak jauh dari sekolah itu.

Aku bawa beg masuk dalam rumah.. lepas letak beg, terus keluar sebab nak balik dan bermalam di rumah ku yang jaraknya 10km dari Ketereh.. Abah Yati tumpangkan sebab diaorang nak balik Jelawat, melalui depan rumah aku.. TQ Yati.

Tiba di rumah dah jam 12.45 tgh malam. Emak buka pintu, dia tak sangka aku balik bermalam kat rumah malam tu. Sorry mom, last minutes decided nak balik rumah..hehehee.

Ayah tak ada kat rumah, emak aku duk sorang2..ayah pergi tahlil orang meninggal tak balik lagi. Kesian kat emak, mesti selalu duk sorang2 gini kalu ayah aku tak der..isk2..

Berehat dan bersembang seketika dengan emak.. pastu apa lagi..urus diri la..sehari tak mandi..hahaha.. jam 1pagi ayah aku balik.. bersembang kejap dengan ayah, pastu tido..mengantuk yang amat..


tunggu bus lambat tiba..barang banyak lagi nak kena bawa ni..

lepak2 sambil bersembang

bergambar sebelum naik bus

suasana dalam bus

dinner kat rumah Alif.. aku tambah 2 kali..hehehe..

kat sekolah, tengah dengar taklimat


Esok ada urusan lain lagi...zzzzz..

Sunday, October 12, 2008

Sekendi

12 Syawal. Hari ini aku bersama warga Fakulti berhari raya di rumah anak-anak yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor. Perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit dari Shah Alam untuk tiba di Sekendi, Sabak Bernam.

Tiba di rumah anak yatim jam 10.50pagi.. Kemudian kami bergotong royong memasak makanan untuk jamuan hari raya.. Pihak rumah anak yatim tidak perlu memasak makanan hari ini kerana kami yang akan memasak untuk mereka. Kami memasak juadah hari raya untuk meraikan warga rumah anak yatim tersebut.

Chef2 terdiri daripada rakan sekerja yang mempunyai kepakaran masing2 dalam memasak. Kami memasak rendang minang, chef di datangkan dari Kuala Pilah N9, chef Sham& Saba. Masak laksa utara, mee goreng, begedil oleh chef Razif. Masak soto, meehun sup oleh chef Ima. BBQ oleh Rahman & the geng. Juadah lain yang dibawa nasi himpit & kuah kacang, kuih-muih dan buah-buahan.

Sementara menunggu juadah siap dimasak, ativiti berkumpulan dijalankan bersama anak2 yatim..Fasilitator terdiri daripada staf dan pelajar fakulti perubatan.

Majlis jamuan hari raya bermula jam 2 petang. Disamping membuat jamuan raya..kami turut memberikan duit raya dan menyerahkan sumbangan wang kepada pengetua rumah anak yatim ini. Terima kasih buat pensyarah, staf, pelajar dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada rumah anak yatim ini.

Majlis tamat sekitar jam 5 petang. Jam 5.30 petang kami bertolak pulang ke Shah Alam. Pengalaman kali pertama aku berhari raya di rumah anak yatim amat meriah dan menyeronokkan. :-)


tiba di rumah anak yatim, disambut oleh mereka..

tetiba diserbu anak2 yatim untuk bersalaman..

di tempat memasak, kupas kulit telor..En Im yang sporting, tak sangka jumpa kat sini..hehehe

bergotong-royong membuat persiapan memasak

chef Razif, cikgu ? & Suhail..memasak laksa

akhawat kupas bawang..

ikhwah pun kupas bawang gak..:-)

suasana di dapur..busy:-)

chef Rahman & the geng..:-) buat BBQ

ni nak masak apa ni??

soto, begedil & meehun sup..siap untuk di makan

laksa, siap untuk dimakan..:-) jangan lupa kuahnya..

mengambil juadah..

bersama anak2 yatim..

pilih2 juadah, macam2 ada..:-)

penyampaian sumbangan..

ucapan penutup oleh Ust Helmi, pengetua rumah anak yatim

anak2 yatim..

bergambar di atas buaian sebelum pulang..:-)


Penghuni rumah anak yatim ini seramai 71 orang dan keadaan rumah anak yatim ini amat sederhana. Mempunyai asrama untuk lelaki dan wanita, surau dan kantin.

Bagi yang ingin membantu bolehlah menghubungi Ust. Helmi (Pengetua Rumah Anak Yatim Sekendi) di talian 012-6911998.

Thursday, October 9, 2008

Balik KL..

5 Syawal, hari ni aku akan pulang ke KL bersama kakak..rasa malas nak bersiap.. ikutkan hati tak nak balik lagi.. masih mood bercuti.. tapi apakan daya, hari isnin dah kena keje.. Aku bersiap paling last.. Pastu masukkan barang2 dalam kete..sarapan dulu sebelum bertolak.

Jam 8.30pagi bertolak dari rumah, singgah Petronas isi minyak kete..penuh. Perjalanan diteruskan menuju ke Machang, jalan dah mula sesak..traffic jam!.. Kete banyak dan semua ingin menuju ke pantai barat.. Jam 1.00pm kami sampai di R& R Gua Musang..masih belum keluar dari negeri ku ini. Singgah untuk solat zuhur dan lunch..R&R ni sediakan minuman percuma lagi:-) Selepas 1 jam 20 minit berehat, perjalanan diteruskan..


R&R penuh dengan kete parkir..

jom minum dulu..nescafe free!!

Sepanjang jalan traffic jam..nak memotong pun tak boleh..bergerak amat perlahan..Singgah Petronas Benta, isi minyak lagi..6.30 petang sampai di Raub, singgah KFC Raub..makan dan lepas tu teruskan perjalanan.

highway pun jamm jugak..

traffic jam ...(pic low quality)

9.00 malam, singgah di Masjid Lentang..solat dan rehat..kemudian perjalanan diteruskan lagi. Jam teruk sebelum melepasi tol bentong..highway karak juga jam..duduk lama dalam kereta amat memenatkan dan membuatkan kepala ku pening..yang drived kete apatah lagi..amatlah penat..huhuhu. Sekitar jam 11.00 malam, setelah melepasi tol gombak baru lah perjalanan lancar. Sampai rumah jam 12.00 tengah malam. Rehat, mandi dan tido.. penat bebb.. perjalanan dekat 16 jam.. Ini lah peristiwa yang tak leh nak lupa dan pertama kali dalam hidup aku, perjalanan balik KL yang paling lama..:(

-------------------------------------------------------------
Itulah citer sepanjang balik beraya di kampung tempohari.. kini telah kembali bertugas seperti biasa.. Undangan open house memenuhi jadual setiap hujung minggu..ahaks..


Wednesday, October 8, 2008

reunion smkm98

4 Syawal, Hanah datang jemput kat rumah, nak pergi Seri Nipah Resort, Bachok..ada reunion sekolah lama. Sampai resort jam 11.00 pagi.. Cik Tul dan keluarga adalah orang pertama tiba.. kemudian diikuti oleh rakan2 sekolah yang lain.. kami target 40 orang datang tapi yang datang 33 orang.. kehadiran amat memuaskan..

Buat BBQ dan ada cabutan bertuah..majlis makan-makan, bertemu muka selepas 1 dekad tidak berjumpa.. dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim.. Tukar-tukar hadiah, aku dapat hadiah dari Nije. Dia bagi mug dari Brunei dan dapat duit rayo $ 1 Brunei..huhuhu..

Sebelum bersurai kami bergambar beramai-ramai..menghampiri jam 4.00 petang ramai yang dah bersurai.. tinggallah ajk penganjur.. lepas tu kami pergi berjalan2 tepi pantai.. pantai kat resort ni cantik masih sesuai untuk mandi-manda sebab bersih dan landai.. Jam 5.00 petang aku pulang ke rumah..
pendaftaran..dapat door gift

BBQ..macam hangus jer makanan tu..:p

ber BBQ dan bersembang

kaum hawa..menjamu selera

walaupun rupamu kurang menarik, tapi rasamu amat sedap.:-)

bergambar beramai-ramai..after 10 years, gamaknya lagi ramai ni..

berbual2 di bawah pokok rhu..

berdiri: Shah, Mije, Seidi, Mie,Zarif, Edi,Nije
duduk: Ct Za, Zu, Nat, Kina

hanah, bergambar di bawah pokok rhu..:-)

jejaka Malaya

the Kelantanese

berjalan menuju ke laut..

ada orang lain yang telah mendahului..

silap..Pijul terlebih dahulu sampai ke laut.. hehehe.

"aku nak lepak sini jer..duk atas pasir ni..mung gi lah main air nun"..:-)

"wei korang!, marilah main air sini" katanya cikgu kepada murid2.

"ok lah, aku join mung"..katanya si baju putih.

budak kaca mata

macho ke??..kuang3x.. (still available)

comel ke?..hehehe.. (all not available)..yeke?

cikgu & the ladies

basah kaki seluar ambo..

melihat dari laut ke daratan.. diaorang ni duk main pasir ke??

"bo lah duk bual, mari kita kelik" kata si baju pink kepada rakan2 nya..

pantai Nipah, Bachok..akan ku kunjungi lagi di lain masa..

Kepada semua yang hadir reunion, diucapkan ribuan terima kasih.. bagi yang tidak berkesempatan hadir, di lain masa kita akan buat lagi majlis sebegini..insyaAllah.

Kepada semua AJK, terima kasih atas sokongan, kerjasama, peruntukan waktu, kewangan serta keringat yang disumbangkan dalam menjayakan program reunion ini. Jasamu amat dihargai..Saya mohon maaf kiranya ada salah silap, terguris hati sepanjang mengendalikan program ini. Diharapkan ini bukan program terakhir kita dapat bekerjasama bersama.. team ini memang best!! Maaf Zahir & Batin..

p/s: entry khas untuk ex-smkm98..banyak lagi pics lain & video, kena minta dengan Mije

Wasalam.