Followers

Saturday, September 13, 2008

KL Sentral lagi..lagi..

aku, natrah, nie, hanah & ct za

pijul, wadi, seidi


jom balik..
Salam semua..

Hari ni aku ke KL Sentral lagi.. ada meeting dengan kawan2 sekolah lama berkenaan reunion. Kali ini aku tidak terlewat, orang paling awal sampai..hehehe..Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk meeting..Ni kira meeting last di KL..Antara yang hadir Hanah, Ct Za, Natrah, Seidi, Pijul, Wadi & Nie. Terima kasih buat semua yang hadir walaupun kali pertama..:-)

Seperti biasa aku jadi pengerusinya..meeting hari ni agak lama lebih kurang 3 jam lebih baru meeting habis.. sebab meeting + berborak + called orang..huhuhu.. Semua urusan yang dibincangkan lancar walaupun masih berbaki beberapa perkara yang belum selesai..

Terima kasih buat Seidi sebab bagi kebenaran guna phone hang. Dah jadi macam ‘public phone’. Guna buat called sana sini..tak berbayar pulak tu..hahaha.. Terima kasih daun keladi, Lain kali boleh pinjam phone hang lagi..:-) Untuk urusan yang belum selesai itu, kita akan bereskan bila balik ke negeri tercinta nanti:-) Next meeting di rumah Kina..tuan rumah dah setuju.:-) Pakat-pakat serbu rumah Kina sehari sebelum Aidilfitri..lalalala…

Meeting selesai jam 2.20 pm, semua bersurai dan menuju destinasi masing2.. Aku ke SOGO jumpa kakak dan balik ke Jinjang Utara.. Ada family gathering adik-beradik, berbuka puasa bersama-sama di rumah kakak no.2.. Semua adik-beradik perempuan hadir..:p

Menu berbuka puasa adalah nasi kerabu..Dah lama tak makan nasi kerabu home made ni..dengan ayam goreng, daging, solok lada, sambal kelapa (kelapa goreng+ isi ikan), telur masin, ulam-ulaman, tumis, budu & air lada. Semuanya buat sendiri.. memang best la..

Housemates aku pun suka nasi kerabu ni..diaorang selalu beli kat bazar Ramadhan..Aku jarang beli sebab tak berapa suka nasi kerabu Shah Alam/KL.. rela tunggu balik kg kalau nak makan nasi kerabu.. Tunggu la aku belajar buat sendiri nasi kerabu ni..pastu tak yah susah2 beli kat kedai lagi..hahahaa..

Ermm.. selamat berpuasa..berterawih & selamat beribadat buat semua..

Saturday, September 6, 2008

KL Sentral lagi..

ct za & ajai

ct za & hanah at universiti station

at bazar Ramadhan

traffic jamm

Selamat berpuasa..

Hari keenam Ramadhan, Sabtu..hari cuti hujung minggu.. Petangnya aku ke KL sentral, ada date dengan kawan-kawan sekolah untuk meeting reunion.. Tiba lewat 15 minit di KL sentral, jam 3.45pm..huhuhu.. Kawan2 dah menunggu aku…Sorry.. Empat orang yang hadir Hanah, Ct Za, Jai & aku. Terima kasih pada yang hadir dan sudi meluangkan masa..

Meeting ringkas bermula, aku mempengerusikannya.. selesai perbincangan dalam pukul 5 petang.. Selepas itu Ct Za mengajak aku dan Hanah pergi berbuka puasa di rumahnya.. Perancangan awalnya kami ingin berbuka puasa KL Sentral.. Oleh kerana meeting habis awal, jadi masih ada banyak masa lagi..sempat untuk masak-memasak di rumah.. Jai pulang ke rumah selepas meeting selesai...**

Aku dan Hanah ke rumah Ct Za di Vista Angkasa, menaiki LRT turun di station Universiti.. Kami sempat singgah di bazar Ramadhan sebelum ke rumah Ct Za. Kami beli buah, kuih-muih dan air tebu..

Ct Za memasak untuk kami berbuka puasa di rumahnya..hehee.. Thank you so much!! Jemputan untuk bermalam di rumah Ct Za tak dapat dipenuhi.. sebab unplanned, lagi pun masing-masing ada hal yang belum selesai pada hari itu. Next time ye Ct Za..jangan serik ajak kami datang rumah lagi..;-)

Selepas berbuka puasa, aku dan Hanah ke KL sentral semula untuk pulang ke destinasi masing- masing.. Hanah ke Putrajaya dan aku ke Shah Alam.. Alhamdulillah, jam 10pm selamat tiba di rumah Shah Alam..

------------------------------------------------------------------------------------

** rupa-rupanya Jai buka posa dlm kete..huhuhu..

Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan 1429H


Selamat berpuasa...

Firman Allah S.W.T

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. "(Al-Baqarah:183).

Hari pertama berpuasa, aku bersahur di rumah kakak... Bersahur bersama mereka kerana kami tiada kesempatan untuk pulang ke kampung menyambut puasa bersama keluarga. Pastinya di penghujung Ramadhan masih berpeluang berpuasa beberapa hari di kampung halaman bersama parents tercinta..

Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat diriku dan harap ianya lebih baik daripada yang sebelumnya..Ameen..

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam seluruh dunia..


Aku suka baca cerita orang berpuasa di Mekah kat sini & sini..:-)
----------------------------------------------------------------------------

p/s: Apa khabar orang Finland? Macamana puasa tahun ni??..we all miss you so much!

Sunday, August 31, 2008

Dirgahayu MALAYsia

flag

Selamat Hari Merdeka ke 51 MALAYSIA

MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..

Selamat hari merdeka buat semua..Proud to be Malaysian.
Semoga kecintaan terhadap tanahair tetap utuh..

Hari ini ramai orang sambut merdeka dengan pergi tengok perbarisan di Dataran Merdeka.. aku dan kakak pagi2 lagi, jam 6.30am dah keluar pergi pasar borong Selayang..beli apa yang patut untuk bekalan menyambut puasa..Pergi pasar basah ni suatu kemestian walaupun tak berapa suka.. tapi kena biasakan diri gak..huhuhu..teringat kali pertama pergi pasar basah ni..nak masuk pasar pun segan (bukan malu, tapi rasa geli dan semacam jer). Sekarang dah ok sikit..hehehe..perubahan yang baik buat diriku..nak pilih ikan dah tak guna/pakai plastik kat tangan lagi..:p

Balik umah bersarapan roti canai, nasi lemak & mee goreng sambil tengok acara perbarisan kat TV.. Acara tahunan sambutan hari merdeka yang ditunggu2..:-) Bagi mereka yang menjayakan perbarisan hari kemerdekaan ini, pasti merasa bangga sebab dapat turut serta dalam sambutan 31 Ogos yang diadakan setiap tahun.. orang yang tak pernah melalui pengalaman ini mungkin tak rasa apa2..aku cakap gitu sebab aku pernah melalui pengalaman perbarisan ini 7 tahun dulu..ahaks..walaupun sekali tapi kenangan itu tetap indah sampai hari ini..wakakaka..

Pelbagai orang, ada pelbagai ragam dan cara untuk menyambut hari Kemerdekaan.. namun pilih la cara yang terbaik dalam melahirkan ekspresi kegembiraan terhadap ulang tahun ke 51 ini..semoga tidak mengundang murka Allah..nasihat untuk diri sendiri ni..:p

Semoga Allah sentiasa memberkati bumi bertuah ni dan semoga kita semua memang "merdeka" dalam erti kata sebenar, bukan dari segi lahiriah sahaja..

MERDEKA!!

Saturday, August 30, 2008

Subang Jaya..

at the curve
cineleisure

nak pegi main golf
the golfer ;p
Selepas balik daripada keje, petang Jumaat semalam pergi ke Subang Jaya.. jumpa ’keluarga angkat’. Mengenali keluarga ini 9 tahun yang lepas.. lama kan?..zaman aku belajar dulu2.. Walaupun daddy dan mama dah tak der (al-fatihah untuk Iskandar Abdullah & Jamaliah Ahmad) tetapi hubungan keluarga tetap terjalin.. Datang ke Subang Jaya untuk jumpa Udiq, Uci , Pidin & yang pastinya Laila.. Last time jumpa Laila hujung tahun lepas masa diaorang balik dari Oman.. Laila sudah pun meningkat remaja, makin cantik, makin matang..makin ramai peminat..hehehe..
Sampai di Subang Jaya dah lewat petang.. selepas maghrib kami keluar dinner ramai-ramai bersama Dr. Za dan Ida jugak.. Kami ke the Curve/ Cineleisure..jalan-jalan tengok orang dan ambil gambar guna h/p.. dig cam tinggal kat umah..huhuhu.. Dinner kat Vivo..American food..apalagi makan pasta, pizza etc..Pidin belanja.. Udiq yang bayar..:-) trimas..
Then balik umah, stay di Subang Jaya..
Pagi Sabtu, sarapan nasi goreng, Ida masak..best jugak makan dengan keropok..:-) Hari ini diaorang rancang nak wat BBQ malam nanti sambil sambut merdeka.. Aku?? Tak dapat join sebab tengahari ni kena pegi KL jumpa kakak then balik ke Damansara Damai..
Tengaharinya Udiq dan Uci keluar sama dengan aku.. Uci & Udiq nak pegi main golf..memang kaki golf budak dua orang ni..main golf tengahari lak tu..patut la sunburn semacam jer.hahaha.. Uci hantar aku ke station komuter Subang dan dia terus ke UPM. Aku ke KL sentral..Kakak jemput aku then balik ke D.Damai..
Malamnya tido awal.. tiada sambutan merdeka..kakak aku kata rugi tak tengok bunga api semalam.. Aku tak kisah, dah selalu tengok bunga api kat Shah Alam..tahun2 yang lepas..hehehe..
Selamat menyambut hari Merdeka ke-51 negaraku Malaysia..
Semoga Malaysia tetap aman & makmur..

Friday, August 29, 2008

selamat berpuasa..

buka hamper

makan sambil berdiskusi

Assoc Prof Dr Flossie & boss

Training Flowcytometry yang sepatutnya habis semalam, 28hb disambung lagi hari ini.. Aku antara yang tidak hadir..huhuhu.. Member-member lain yang setia dan perlu hadir tetap kena hadir..:)

Hari ini Jumaat,hari akhir bekerja di bulan Sya’aban pada minggu ni. Next week dah bermula puasa dengan kehadiran Ramadhan yang penuh barakah.. Jadi kebanyakan tempat/ office buat majlis makan-makan sempena menjelang Ramadhan.. termasuk la tempat kerja aku ni...hehehe.. So, makan free lagi hari ni.. seminggu makan free.. memang best la..

Sempat lagi minta maaf dengan boss kalu ada salah silap sebelum berpuasa.. terasa macam nak raya lak kalu bermaaf-maafan ni..hehehe.. boss gelak jer..mungkin tak faham kot kenapa aku minta maaf sebab belum hari raya lagi.. pastu aku kata Ramadhan wishes la.. Ermm..pastu baru dia faham..hahaaa..lawak2.. Sorry ye boss.. Boss aku memang cool, dia jenis tak kisah..kalu dia buat baik, orang balas jahat.. dia relak jer.. aku selalu dengar dia cakap “Allah knows best”..hmmm…

Selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak buat semua.. maaf zahir batin..

Wassalam.

Monday, August 25, 2008

Training Flow

Salam semua..

Selamat bekerja pada yang bekerja hari ni dan yang sewaktu dengannya.. hari ini kat tempat keje aku ada training, bermula 25hb- 28hb Ogos. Training untuk alat yang namanya Flourescence Activated Cell Sorter a.k.a Flow cytometry. Trainer local, dari Malaysia gak..hehehe.. tapi not bad sebab dia expert bidang ni.. Belajar pasal theory dan practical..Cuma satu jer yang tak best sebab company ni tak benarkan kami record training yang berlangsung..huh!

Seperti biasa, kalu ada training mesti ada makan.. 4 hari makan free..hahaha..company yang buat training ni sponsor makanan untuk 4 hari, TQ..hehehe..

Nampaknya lepas training ini, semua yang attend training sepenuhnya dah master dalam mengendalikan alat ni:) berusahalah!! pasti anda berjaya..

Sesiapa yang berminat nak guna alat ni, boleh la datang tempat kerja aku.. setakat ni belum dikenakan charge.. tetapi sample & reagent & sewaktu denganya kena bawa sendiri la.. Lepas-lepas ini mungkin kena charge.. siapa cepat.. dia boleh guna alat secara percuma..hehehe..siap promote lagi;) mau bising boss aku..hahaha..



------------------------------------------------------------

* gambar semasa training akan menyusul kemudian..:)