Followers

Sunday, September 14, 2008

6.35am

air terjun tak nampak pun..cahaya lampu jer

canseleri atas bukit itu..



Hari Isnin, hari ke 15 Ramadhan..cepatnya masa berlalu..sedar tak sedar dah masuk separuh masa kedua bulan Ramadhan..masih berbaki 15 hari lagi untuk mengutip segala ganjaran & barakah yang tersedia di bulan yang mulia ini..jangan bertangguh, perbanyakkan amal ibadah..Adakah ini Ramadhan yang terakhir??..

Seperti biasa, dalam bulan September ini, aku keluar awal untuk pergi keje.. 6.30am dah keluar rumah..selalunya selepas aku tengok citer Al-Risalah kat TV9 jam 6.00am-6.30am..habis jer citer tu, aku pergi keje..padahal jarak rumah dengan tempat keje agak dekat, 5 minit jer.. patutnya pergi keje lambat2 pun boleh..:p

Masuk je pagar UiTM, masih gelap lagi..kadang2 lampu jalan menyala..selalunya lampu padam la..sebab tu gelap gelita..hahaha..(jimat letrik..:p) Aku melalui jalan depan air terjun, kalau waktu masih gelap gini..nampaklah lampu air terjun bertingkat yang bernyala..di atas bukit itu pula ada bangunan Canseleri.. Hari ini tergerak hati nak berhenti tepi jalan sebab nak snap gambar air terjun dalam gelap..hohoho..masa aku dok snap gambar tu, aku tengok jam, pukul 6.35am, awal lagi..:-)

Ambil gambar air terjun memang tak nampak la sebab gelap..tapi boleh la nampak lampu yang menyala kat situ..pastu snap sekali gambar bangunan kat atas bukit tu..jarak yang jauh kurang jelas gambarnya.. Kalau naik atas bukit tu, boleh nampak view sekitar Shah Alam..Waktu malam pemandangan Shah Alam cantik..sebab boleh nampak masjid negeri dan banyak lampu..:-) Gambar pemandangan dari atas bukit tu, lain kali la aku snap..bila aku free dan ada mood rajin. Untuk itu boleh tengok gambar jam 6.35am kat atas tu dulu..gambar tak cantik..gelap jer..wakakaka..

Selamat berpuasa..

No comments: