Hari ini, Khamis diadakan majlis Khatam Al-Quran peringkat UiTM Shah Alam dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1429H. Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU) dan Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) bekerjasama dalam penganjuran majlis ini. Majlis diadakan di dalam Dewan Solat, Pusat Islam UiTM.
Majlis Khatam Al-Quran telah disertai oleh staf seluruh fakulti, bahagian dan pusat serta para pelajar UiTM. Sumbangan Hari Raya adalah daripada Unit Zakat UiTM kepada asnaf yang layak di UiTM dan PEWANI menyampaikan sumbangan untuk balu/ibu tunggal serta anak-anak yatim staf UiTM.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PEWANI, Y.Bhg Datin Seri Zahariah Mohamed. Penyerahan sumbangan turut disampaikan oleh Datin Seri. Aku turut hadir dalam majlis ini bersama Puan K dan Kak Rock..hehehe...
Majlis tamat jam 11.00 pagi, sesi bergambar beramai-ramai seterusnya bersurai..
Terima kasih untuk Pengarah CITU dan stafnya.. semoga kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang mendatang.. terima kasih semua..:-)
Tengoklah gambar2 kat atas tu, malas nak tulis panjang2..lalalala...
No comments:
Post a Comment