Followers

Monday, December 8, 2008

Raya di KL

Salam Aidiladha buat semua..

Hari ke-2 raya haji, aku kembali bertugas seperti biasa. Kalau di Kelantan atau Terengganu cuti Aidiladha 2 hari. Di negeri lain cuti sehari jer dan aku tidak apply cuti untuk menyambung cuti selepas raya. Tak berbaloi bercuti duduk di Shah Alam/KL.

Hari Raya Adiladha tahun ni aku beraya di rumah Kak Nik. Aku, Kak Cik & Kak Zan pergi rumah K.Nik hari Ahad petang, sampai agak lewat, asalnya janji nak sampai lepas zohor. Kak Nik dah siap buat ketupat daun palas. Kami tolong Kak Nik memasak di malam raya. Aku baked 2 biji kek atas arahan tuan rumah. Kak Zan masak rendang. Kak Cik & Kak Nik masak lauk untuk nasi dagang. Nasi dagang dikukus pagi hari raya, lepas subuh.

Pagi hari raya, lepas subuh bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha. Anak sedara ku Nabilah dan Nadiah turut bersiap dengan baju kurungnya. Aku membantu memakaikan tudung untuk mereka. Padahal anak sedara tidak akan ikut ke masjid, namun bersiap juga sebab hari raya. Hujan turun renyai-renyai daripada malam hari lagi. Hujan rahmat di hari raya. Keluar rumah jam 7.45am, kawasan perumahan sunyi jer.. orang masih tido lagi kot. Lagipun pagi-pagi hujan..

Kami solat sunat Aidiladha di Masjid Batu 5, Jalan Ipoh, KL. Ramai yang hadir, kiranya penuh jugak la saf perempuan dalam masjid itu. Saf lelaki tak nampak sebab terlindung di sebalik tabir. Kebanyakkan yang datang solat adalah orang seperti kami, yang tidak pulang ke kampung halaman. Maksudnya bukan orang tempatan di situ. Yang memenuhkan masjid adalah orang Indonesia, Bangladesh dan rakyat asing. Orang Melayu pun ada. Mungkin berdekatan kawasan di situ dihuni oleh ramai orang asing sebab tu muka-muka yang aku nampak ramainya bukan orang tempatan.

Jam 8.30am start solat sunat dan habis jam 9.15am. Sampai rumah jam 9.30am. Kak Cik menghidangkan juadah hari raya. Ada nasi dagang dengan gulai ayam & ikan tongkol, acar timun, ketupat daun palas, rendang ayam, kek coklat & vanilla, pudding cocktail, tapai pulut & kueh raya. Kami bersarapan bersama-sama. Aku makan nasi putih, nasi lain tak berapa minat. Kami beraya bersama adik beradik. Jiran tetangga, rumah macam berkunci jer. Senyap sunyi sekeliling..

Lepas makan, semua beristirehat sambil tengok tv. Mengantuk pun ada sebab tiada aktiviti (betullah kata kawanku, beraya di KL ni lepas balik solat raya, tido sampai tengahari). Situasi aku pun sama gak, begini perasaan beraya di KL. Boring. Kalau di kampung sibuk menguruskan korban, agih daging dan masak-masak. Dapat jumpa saudara-mara dan kawan-kawan. Seronok.

Tengahari, Kak Yah sekeluarga datang beraya. Mereka lunch dengan juadah hari raya yang tersedia. Kak Yah bawa nasi himpit, kuah kacang, masak lodeh & rendang daging untuk Kak Nik. Berkumpul dan bersembang bila semua adik beradik perempuan ada, macam-macam cerita keluar..dapat menghilangkan sikit perasaan boring beraya di sini.

Petangnya aku, kak cik dan kak zan pergi beraya rumah kak yah pula. Makan-makan di rumah kak Yah. Kemudian aku dihantar pulang ke Shah Alam ditemani oleh anak sedara Ida dan Syafiq. Esok kena pergi kerje. Jam 6.30 petang sampai Shah Alam. Begitulah sambutan kali pertama hari raya Aidiladha di KL pada tahun ini. Apa perasaan?? Biasa jer.. tak seronok, boring!! Apa-apa pun kena bersyukur sebab dapat beraya di KL ni.. bila lagi nak dapat pengalaman beraya di sini kan??

No comments: