Followers

Tuesday, December 30, 2008

Cerita Thailand

Alhamdulillah, selamat kembali ke Malaysia dan kembali bertugas seperti biasa pada 2 Muharram 1430 H. Terlebih dahulu ingin diucapkan Selamat Tahun baru Hijriah 1430H buat semua. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan dilimpahkan barakah oleh Nya..
Selama 10 hari berkelana a.k.a bercuti di Thailand bermula 19- 28 Disember 2008. Sedikit catatan sepanjang 10 hari di negara Thai. Aku akan mulakan catatan daripada hari pertama sehingga hari ke sepuluh.
Hari pertama, 19/12/2008- Jumaat
Jam 6.00 pagi aku tiba di Melor. Abang Lie datang menjemputku di stesen bus dan pulang ke rumah. Rumah sunyi, kedengaran Abg Pi tengah solat subuh berjemaah dan isterinya. Aku menunggu di luar rumah sehingga pintu dibuka usai mereka solat. Naik ke rumah bersalaman dengan Kak Nun. Kebiasaannya emak dan ayah menyambut kepulanganku. Buat masa ini emak dan ayah masih di tanah haram. Kemudian aku mandi, solat subuh dan bersiap. Sebelum keluar, bersarapan dengan nasi berlauk yang dibeli oleh Abg Lie. Jam 7.10am bertolak UiTM Machang, melalui Banggol Judah (betul ke ejaan ni?), kali pertama melalui jalan ini. Abg Lie kata ini jalan short cut untuk sampai uitm machang. Tiba di uitm machang jam 8.05 pagi. Bus dah menunggu di sana. Aku mengeluarkan beg dari kereta dan membawa ke bus. Selepas bersalaman dengan Abg Lie, aku menaiki bus dan dia pun pulang ke Kok Lanas.
Di dalam bus aku duduk sorang, ahli rombongan yang bersama-sama dengan ku tidak ku kenali. Cuma terdapat beberapa muka yang familiar, yang pernah aku lihat. Tapi di mana ya? Mereka ini warga uitm..mungkin pernah jumpa di mana-mana events dalam uitm. Lima belas minit selepas itu bus mula bergerak ke rantau Panjang. Di dalam bus, En. Khalid selaku urusetia rombongan menawarkan bantuan sekiranya sesiapa yang ingin menukar wang RM ke THB boleh la memberikan kepada beliau untuk ditukarkan di kaunter money changer di rantau panjang. Aku turut mengambil peluang ini, kerana tidak berkesempatan menukar wang di shah alam. Sebelum sampai di rantau panjang, bus berhenti di sebuah kedai makan, semua turun untuk bersarapan. Aku yang sudah bersarapan masih kenyang lagi. Aku minta izin untuk duduk semeja dengan 2 gadis ini. Dia mempersilakan. Kemudian kami berkenalan, rupanya mereka dua beradik. Liza dan Lin. Liza dari UiTM Perak. Liza membawa adiknya Lin bersama sebagai peneman di kala berkelana ini.
Selepas bersarapan, semua menaiki bus. Di dalam bus sedikit taklimat diberikan dan dilantik ketua deligasi tidak rasmi. Ustaz Noor menjadi ketua deligasi duta kecil uitm ke negara gajah putih. Beliau memberi peringatan dan nasihat semasa berada di negara orang nanti kepada rombongan seramai 37 orang. Lagi 2 orang menunggu di rantau panjang. Seramai 39 orang yang join trip terdiri daripada family yang turut membawa anak2, berpasangan dan single. Sebelum perjalanan diteruskan bacaan doa dibacakan oleh beliau. Semoga perjalanan ini selamat, program berjalan lancar dan diberkati Allah. Ameen.
Menghampiri jam 10.15 pagi, kami tiba di imegresen rantau panjang. Semua turun daripada bus dan menuju ke kaunter imegresen. Ada yang beratur cop pasport, ada yang menggunakan sistem pengimbas pasport. Aku menggunakan sistem pengimbas pasport sebab cepat dan mudah. Kemudian berjalan menuju ke jambatan sungai Golok. Bertemu dengan Azira, semasa berjalan beriringan. Berkenalan di atas jambatan sungai golok. Azira dari uitm perlis. Dia datang sendirian tidak berteman untuk trip ini. Dia mengajak aku ’saing’ bersama. Aku terus mengiyakan kerana kami sama-sama sendirian. Kami menuju ke kaunter imegresen Sungai Golok. Kaunter imegresen sungai golok biasa-biasa aja seperti kaunter di pejabat pos. Aku ambil borang departure & arrival. Seperti biasa kena isi borang itu dahulu kalau nak masuk ke negara lain. Kemudian barulah pasport dicop untuk masuk ke negara tersebut. Kami sempat bergambar di kaunter imegresen ketika beratur menunggu giliran. Apa nak buat, kali pertama masuk negara gajah putih ini..hehehe..ambil gambar dan bergambar itu penting!
Bus yang akan membawa kami menjelajah negara gajah putih telah sedia menunggu. Segala bagasi/ beg telah dipindahkan dari bus uitm kepada bus berplat siam. Aku meletakkan beg sandang sebagai ’cop’ tempat dalam bus. Berkira-kira ingin duduk di seat mana? Bus double decker. Nak duduk di bawah atau di atas? Aku memilih untuk duduk di atas dan di tempat paling hadapan berikutan pengalaman lalu naik bus 2 tingkat duduk seat paling hadapan.. Kenapa pilih seat paling depan? Kerana boleh tengok view yang luas..pandangan hadapan, kiri dan kanan.
Azira bertanyakan aku, ”duduk seat mana”? Aku memberitahu aku dah ’cop’ tempat duduk di hadapan. Dia ikut sahaja kerana dah janji akan ’saing’ dengan aku dalam perjalanan ini. Pada aku, seat hadapan agak selesa. Ada tempat untuk letak bag di depan, dan boleh melunjurkan kaki..ruang yang luas..kekeke..
Jam 11.07pagi waktu malaysia, perjalanan pun bermula meninggalkan sungai golok. En. Khalid memberitahu sepanjang berada di Thailand, kami kena menggunakan waktu Thailand bagi mengelakkan kekeliruan. Waktu Thailand lewat sejam berbanding Malaysia. Aku tidak meng adjust jam kepada waktu Thailand. Masih menggunakan waktu malaysia. Setiap kali tengok jam, kena tolak 1 jam. Waktu yang aku nyatakan nanti semuanya ikut jam malaysia.
Sepanjang perjalanan di Selatan Thai, terdapat banyak road block, dengan kawat berduri, kenderaan bergerak seperti huruf Z. Lebih dari 20 road block kami lalui..mungkin banyak lagi sebab aku tak kira. Sepanjang road block ada police atau tentera Thai yang berkawal dan bersenjata. Aku rasakan mungkin disebabkan peristiwa pergolakan di selatan Thai menyebabkan keadaan seperti ini berlaku. Agak tidak adil..menyukarkan perjalanan dan menyusahkan..Mungkin atas sebab keselamatan mereka berbuat demikian.
Kami melalui highway.. disepanjang jalan kelihatan signboard ke Hat Yai, Yala, Narathiwat dan wilayah lain di selatan Thai. Aku perhatikan jalanrayanya lurus tidak banyak yang bengkang-bengkok. Disajikan pemandangan sawah padi dan kami juga nampak lautan di perjalanan. Laut andaman mungkin atau laut China selatan, tak pasti. Kami melalui perkampungan muslim Thai. Tetapi aku tidak tahu di wilayah mana. Kelihatan di jalanan mereka baru pulang daripada solat Jumaat. Ada berserban, berkopiah dan berjubah putih. Aku hanya snap gambar mereka dalam perjalanan. Sememangnya selatan Thai, majoriti adalah muslim.
Dalam pukul 4 petang, bus berhenti di Cha Nak (ejaan nama tempat tak pasti). Kami berhenti makan a.k.a lunch. Makan di kedai muslim, di hadapan kedainya ada pokok jambu air warna merah.Tuan kedai boleh berbahasa Melayu. Memudahkan untuk kami membuat pesanan makanan. Di kedainya turut disediakan kemudahan tandas dan runag untuk solat. Ada yang mengambil kesempatan untuk bersolat di situ. Setelah makan kami meneruskan perjalanan.
Jam 6.00pm kami singgah di suatu hentian di Trang. Berhenti untuk solat jamak zuhur dan asar bagi yang belum menunaikan solat lagi. Sempat melihat-lihat dan membeli makanan di kedai di hentian Trang tersebut. En. Khalid menjadi tempat rujukan sebelum kami membeli makanan kerana beliau boleh berbahasa Thai dan membaca tulisan Thai. Mana yang halal dan mana yang tidak halal untuk dimakan. Siapakah En. Khalid ini? Nantilah aku tulis sikit cerita asal beliau..kalu rajin..hehehe
Setelah selesai bersolat, berehat dan membeli belah di kedai di Trang, perjalanan diteruskan. Destinasi pertama yang kami ingin tuju adalah Phuket. Jam 10.00 malam, kami berhenti lagi..untuk dinner. Kedainya makan ini aku tak tahu di mana sebab dah malam, jadi tak ambil tahu.
Selepas makan malam a.k.a supper, kami meneruskan perjalanan ke Phuket. Memasuki wilayah Phuket jam 11.26pm. Tiba di bandar Phuket jam 12.00 tengah malam dan menuju ke hotel. Jam 12.20 tengah malam check in di The Metropole Hotel, Phuket.
Mr. Khalid, dalam bus uitm menuju ke Rantau Panjang

Rantau Panjang, Kelantan
at Imigresen Rantau Panjang, scan pasport
menuju ke jambatan Sg. Golok
at Imigresen Sg. Golok- in
menuju ke bus yang sedia menanti

di sini negara Thai, disana Malaysia
road block
signboard di perjalanan
road block lagi
masjid di wilayah selatan Thai, di perjalanan
baru pulang dari masjid, singgah kedai
pemandangan laut di perjalanan

welcome to Phuket..blurr
Phuket town at night
check in hotel
The metropole, phuket

Aku dan Azira berkongsi bilik yang sama. Bilik yang agak selesa dengan 2 single bed. Selepas mengurus diri dan solat, kami beradu. Masing-masing kepenatan dengan perjalanan yang berjam-jam lamanya. Sebelum tido, set alarm jam 6.00am (5.00am Thai) untuk bangun pagi keesokan harinya.



5 comments:

dr who said...

nice journey!!

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ooh.. bestnya gi jalan2.. letaklah gambar banyak lagi.. best tengok.. nanti ada rezeki nak pergi jugaklah.. insya allah. kak fausariah dah balik ke belom?

Anonymous said...

kamitaken: memang best gi jalan2..fulus pun banyak gak melayang..hohoho..
kak fausariah dah balik malaysia.

Isma Ae Mohamad said...

saya selalu dicurigai tentera setiap kali melalui sekatan jalanraya kerana macam orang Malaysia padahal memegang kerakyatan Thai. "Dua IC?"

Anonymous said...

Isma Ae Mohd: "dua IC?" Tak mustahil ada orang yang mempunyai 2 IC, kerakyatan 2 negara :-)